Akhir2 ini mula terfikir di mana kepuasannya mengajar? Penghasilan modal insan yang diwar2kan "pelajar kini lebih bijak", rasanya cakap2 kosong (bagi aku yang melihat di peringkat sekolah harian tahap biasa2). Bijak itu mungkin segelintir tapi bukan keseluruhan.
Bila pelajar yang lahirnya zaman alaf 21, celik mata semua mudah dan dipermudahkan. Apa perlu bersusah payah? Setiap kerja dibuat perlu bimbingan dari A to Z. Tiada lagi proses explore. Tapi pelik, canggih2 pun cakap suruh cari maklumat ikut Google, "cikgu, Google tu apa?" Tercapaikah Band 6 PBS setiap subjek secara keseluruhannya jika hasil kerja banyaknya 'copy and paste' 100%. Mungkin tak jumpa 'edit' ;(
Berkesankah pelbagai eksperimen dalam subjek Sains? Pelajar mengendalikannya mengikut prosedur, langkah demi langkah. Jika guru skip 1-2 langkah, sudah gelabah tak tahu apa nak buat. Ditanya apa yang kamu dapat hasil menjalankan eksperimen tadi? Ye, kelas yang tadinya bising tiba2 diladai tsunami....diam. Mungkin berbeza situasi di MRSM atau SBP mahupun sekolah berprestasi tinggi. Ini situasi sekolah harian biasa, tidak bicara lagi tentang sekolah luar bandar.
Rasa seperti kita melahirkan robot. 10 tahun akan datang macamana? Anak2 kita nanti, macamana? Itu kita tak fikir lagi pemimpin masa depan kalau Bumi masih panjang umur.
Bila tiba 'study week' sudah tak nampak situasi pegang buku duduk tepi longkang, petang2 buat homework sama2. Yang ada, "cikgu, apa tips?", " cikgu, kasi tips." Hei, hidup lepas zaman sekolah nanti nak minta tips kat sapa plak?
Ada yang tak mahu belajar, tak sedar belajar tu penting. Ok, fine. Anak tak mahu belajar, nak kerja, tapi dipaksa datang sekolah. Jasad di sekolah, otak luar pagar sekolah. Lepas SPM nak tunggu sijil. Hei, kalau gagal BM dengan Sejarah mana dapat sijil! Sia2 2 tahun jasad di sekolah. Kalau kerja dah ada duit tabung (tu pun kalau tau berjimat).
Anak2 sekarang makin banyak lemak, obes. Semua kerja mesin tolong. Tak kira la anak dara Jepun, teruna US, amoi China dan seangkatan. Pendek kata 24/7, tidur, celik mata, semua guna mesin. Kita yang zaman kecil merasa buat kerja guna fizikal pun bila dah makin tua ni asyik guna mesin, rajin lagi ke nak buat kerja manual guna kaki tangan? Rajin basuh baju sebesen besar guna tangan? Kipas guna kipas tangan kalau panas? Jalan kaki pergi kedai 0.5km dari rumah? Cuba bayangkan anak2 yang celik2 tidur dalam aircond, tengok TV ada Astro, baju busuk campak mesin. Oh ye, anak2 sekarang dah tak kenal apa itu buku sifir. Buat apa susah payah kalau dah boleh guna kalkulator saintifik. Itu pasal pelajar Ting. 5 tapi kalau ditanya soalan congak sifir gaya kita kena denda berdiri atas kerusi zaman kita sekolah rendah dulu, alamat 80% budak2 tu berdiri atas kerusi.
Oh ye, cikgu2 tak boleh denda pelajar teruk2, tak boleh rotan. Kita kan pengamal budaya sekolah penyayang. Lagipun kalau tersilap buat, mak bapak datang serang sekolah. Eh, mak bapak tu dulu tak pernah kena denda, tak pernah kena rotan ke? Ke terlalu teruk kena sampai anak kena sikit pun dah jadi superprotective? Pelik!
Apa jadi masa depan jika anak2 sekarang terlalu malas berfikir. Tunggu cikgu suap, sampai ada yang cikgu dah suap pun tak mau nganga. Apa jadi masa depan jika pelajar tengok soalan bergambar "eeee, cikgu tak pernah tunjuk gambar ni. Cikgu bagi yang lain", terus tutup soalan dan tak mau jawab. Apa jadi jika pelajar reti baca tapi selalu baca tak habis terus jawab, overconfident dia betul, padahal soalan tanya benda lain. Apa jadi masa depan jika pelajar sekarang asyik cuai ulang kesalahan yang sama walau cikgu berbuih mulut cakap, cara tu salah, cara ni yang betul. Apa jadi masa depan bila kita tanya hal hiburan pelajar boleh hurai 360 patah kata tapi bila suruh angkat tangan cuba jawab soalan macam semua kudung tak ada tangan.
Sedangkan cikgu banyak agenda, banyak dasar yang nak dilaksana......
Lagi fikir lagi pening. Kerja dari sekolah bawak balik ke rumah, tak pernah surut. Ok, jom tidoq!
No comments:
Post a Comment