13 October 2012

~PBS-Band-Diskriptor-Evidens vs PMR~


Dimaklumkan bahawa semua prestasi murid (Akademik dan Non-Akademik) Tingkatan 1 2012 perlu dimasukkan ke dalam SPPBS selewat-lewatnya pada 20 Nov 2012. Selepas tarikh ini, segala kemasukan prestasi tidak boleh dilaksanakan lagi, bagi memberi laluan kepada APDM melaksanakan proses 'Naik Kelas'.


Makanya, 'saya yang menurut perintah' bakal menyiapkannya sebelum tarikh itu. Banyak versi PBS yang aku dengar. Ye la kan. Yang pergi taklimat berapa kerat sangat kan. Dah tu bila maklumat disampaikan secara lisan dari mulut ke mulut, peratus ketirisan maklumat tu makin tinggi. Yang tinggal berapa sangatlah yang betul2 maklumat asal dari KPM. Tu sebab kena bertanya kepada ramai guru PBS yang lain dari sekolah berlainan.


Maklumat asal aku dapat semasa taklimat pertama PBS, cikgu2 boleh mula dari tajuk semasa, tajuk yang diajar pada masa tersebut. Tak terfikir pula, kalau masa tu aku dah ajar bab 4, maka Band asas tak diuji la kan.

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS): Sains

KERANGKA STANDARD PRESTASI:

BAND    STANDARD
  1         Tahu
  2         Tahu dan Faham
  3         Tahu, Faham dan Boleh Buat
  4         Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
  5         Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
  6         Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali


BAND  PERNYATAAN STANDARD

 1        Mengetahui konsep dan prinsip asas sains

 2        Mengetahui dan memahami tentang aplikasi konsep dan prinsip sains dalam sains dan   
           teknologi

 3        Menggunakan pengetahuan untuk mengembangkan pemahaman tentang konsep dan 
           prinsip sains dalam kehidupan seharian

 4        Mengaplikasi pengetahuan saintifik dan kemahiran saintifik dalam membentuk konsep dan 
           prinsip sains dalam penyelesaian masalah

 5        Mengamal dan menilai maklumat tentang konsep dan prinsip sains yang berkaitan dengan 
           sains dan teknologi

 6        Menangani cabaran dan menyumbang idea dalam melestarikan perkara-perkara yang 
           berkaitan dengan sains dan teknologi


Untuk subjek Sains Tingkatan 1, terdapat 6 Band yang dipecahkan kepada beberapa Diskriptor dan Evidens di mana band tertinggi ialah Band 6. 


Moga Falsafah Pendidikan Negara dapat dicapai dengan lebih berkesan (walaupun setakat ini aku sebagai guru pun agak 50-50 bersetuju tentang perlaksanaan PBS di sekolah. Harap makin baik dan aku makin percaya PBS lebih baik daripada PMR -__-)


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat
dan negara."

 

No comments: