13 September 2012

~Gaji pengemis setanding lepasan ijazah~

Laporan Khas 999 malam ni. Pendapatan bulanan pengemis di Penang mencecah RM2000 sebulan. Bapak2 hantar anak2 mengemis seawal 8 pagi, bapak goyang kaki tunggu duit dari anak. RM2000 sebulan! Tak payah susah payah perah otak 3-4 tahun. Bermodalkan muka sedih, suara merintih, menangis bila kena tangkap. Pun boleh mewah!

Teringat zaman masih muda remaja. Mula duduk berjauhan dengan keluarga (macam jauh sangat je budgetnye!), zaman mula belajar naik bas lompat2, zaman naik feri sampai boring...... zaman mula2 kenal stesen bas kat Butterworth, dari ada Parkson sampai Parkson terbakar, pengemis dah lama bermaharajalela di sana. Tengok muka memang bukan stok warganegara la. Masa tu aku pun tak tahu diorang ni bangsa apa, nampak macam India tapi tak cakap macam orang India. Ada yang cakap depa orang Myanmar, tapi gelap la. Aku ni bila sebut Myanmar dok pikir orangnya putih2 gebu, ye la, dah jirannya Siam kan, tak terfikir plak Myanmar bahagian sempadan Bangladesh of cos la rupanya seperti bangla!

Dengan selamba badak naik bas letak surah Yasin kecil atas riba penumpang. Bas ekspress ni ye, bukan bas lompat! Masa naik letak Yasin, masa patah balik nak turun, tuntut duit. Hey, bila masa penumpang cakap nak beli? Kalau berlakon tido pun selamba je depa letak atas riba. Ada yang naik minta duit je. Sapa nak bagi? Satu Penang dah tau kot tu kaki kencing je.

Mula2 ulang alik naik bas balik KMPP aku bagi gak, sedekah la konon, baik sungguh. Kesian tngk muka sorang2, orang Penag cakap belemoih habih la, muka berkarat ja. Lama2 dah tau tu sindiket, sorry lenak bagi.

Pernah masa belajar di USM, aku balik awal2 pagi, naik feri awal2. Ada sorang 'mummy' la, tengok muka...ya, Myanmar! Betoi punya garang dok arah dekat 10-15 budak2 umur lingkungan 4-10 tahun la rasanya naik feri dari Seberang Perai nak ke Penang. Sindiket weh! Orang2 tempatan takkan layan depa ni. Depa tau ramai pelancong nak p Penang, depa ambil ksempatan la. Yang sedekah duit pastinya orang yang baru masuk Penang atau pelancong. So, jangan tertipu muka sedih, ayat merintih tu ye.

Hah, lagi 1 aku ingat sampai bila2. Ada sorang pakcik ni, bertongkat, susah payah naik bas nak minta sedekah. Ayat tak bleh blah

" Adik, pakcik baru keluar hospital. Dah 2 hari pakcik tak makan. Tak dak duit nak makan.Bla bla bla."

Cakap sambil buat muka 2 kupang, suara memang lembek gila la. Sorry, I tak layan ye pakcik.  Tengok2 lagi sekali aku nak balik ke USM, aik, pakcik tu lagi. Yang tak bleh blah, guna ayat sama lagi.

"Pakcik, berapa kali kuar hospital? Minggu lepas dah kuar hospital 2 hari tak makan. Hari ni pun sama?"

Terus kalut dia turun bas. Kalau nak klentong guna ayat lain la, bongok!

So, kesimpulannya, kalau jumpa budak2 minta sedekah, mengemis, jangan percaya 100%. Yela, nak kata hang jenis lembut hati. Depa penipu je tu. Tu sindiket! Tolonglah selalu buat tangkapan wahai pihak berkuasa tempatan.


2 comments:

Orkid Edyliyne @ OrkEd said...

bukan setakat dekat Penang je...
dekat Kelantn ni pun ada jugak.
kadang tu, bukan dari sini pun budak-budak tu.
alahai...
tak tahu nak cakap ape...
macam nak kesian, macam tak boleh nak kesian. tak tahulah ape nak jadi...

Fiza Noor said...

btol la tu. semalam kat shell kota damansara, sorg awek cun, belasan tahun rasanya minta derma dan jual produk dari kereta ke kereta yang berhenti kat situ. cantik budaknya. terasa nak je terjah macam Mazidul TV3 buat. huhu