27 September 2012

~Frog VLE~

Sekolah aku adalah sebahagian perintis untuk Frog VLE Perak. Perlukah guru menjadi katak dalam hal membantu anak didik sepanjang masa? Jika sebelum ini hubungan guru-murid lebih terhad dalam kawasan sekolah (jika di luar pun hanyalah di FB :P), sekarang sudah ada platfom baru. Boleh simpan data, beri nota dan latihan, forum, urusan dengan pihak pentadbir sekolah dipermudah hinggalah ke urusan menempah bilik2 khas secara online dll.

Guru sekarang kena celik IT. Walaupun guru2 senior mengeluh, sesetengahnyalah, ada sebahagian yang sangat teruja. Tiap2 hari sebut "mari kita jadi katak!". Aku suka, sebab aku memang kaki mengadap laptop, tiap2 hari ok. Frog ni aku boleh cakap macam gabungan FB dengan blog la. Interesting kan:)

Projek ni baru diperingkat permulaan. Kami pun baru dapat kursus asas pasal Frog ni. Maklumat pun tak sampai lagi kat murid2.

Kejayaan penggunaan program ni di sekolah aku? Entah la. We'll see. LCD pun tak cukup. Tapi aku ok sebab aku mengajar Sains. Kat lab ada LCD :P


Frog Learning Platform

No comments: