15 July 2012

~Summary For Almost 1 Week~

7 Julai 2012:

Perbarisan lintas hormat KRS SRC pada hari Sukan Tahunan Ke-48. Cian budak sorang ni, tngk la sapa yang berseluar paling gelebeh dan besar terlondeh? Jenuh cover nak jalan. Tu la, sapa suh tak bawa seluar KRS. Nak bagi pinjam yang cun pun dah abis stok.


Ni pula perbarisan Rumah Sukan Nila Utama, rumah aku le nih.

"Cikgu, cikgu rumah apa?"

"Cikgu rumah batu."

"Cikgu!!!!!!!!"

Hahahahaha.

10 Julai 2012:

Cantik tak cincin ni? Adik beradik batu jed la, tapi kalau brown colour masih dipanggil jed ke? Kira hadiah birthday gak le ye. Hehehehe :P

11 Julai 2012:

2 ekor tu wat pesta air! Tengah aku dok basuh baju main buih dalam toilet, depa tendang electric kettle aku yang sedang berisi air tunggu mendidih tu. Melimpah la air suam membasahi, melencunkan semua buku, kotak printer dan kotak dvd. Patutla bila aku keluar terus diam baik sopan takde main kejar2 macam time aku dalam toilet tadi. Tengok apa diorang buat. Terpaksa aku jemur semua buku. Tu sebahagian je ye.


8 Julai 2012:

Cerita tertinggal. Sakit gigi  makin menjadi2 hingga aku yang fobia klinik gigi terus gagah memandu di pagi ahad terus cari klinik. Geram sakit punya pasal nekad suruh doktor cabut je gigi tu. Tapi doktor baik hati kata gigi tu masih boleh diselamatkan, maka tampal aje ye cik. Fuh, lega.....sekarang dah ok ;)


 3 Julai 2012:

Bobby selamat melahirkan 3 ekor cutiest ini tapi aku dapat tengok 7 Julai lepas lepas balik dari sukan terus balik rumah sebab dah tak sabar nak tengok babies. 2 jantan dan seekor betina, si putih itu. Gambar di bawah selepas menyusu seusia 13 hari. They are so cute!!!!!


14 Julai 2012:

Hadiah birthday semalam! Love it! Sejak belajar di USM, aku rewardkan diri sendiri dengan Harry Potter pada hari lahir. Memandangkan tahun ni dah tak ada HP di cinema, kena cari hadiah lain la kan. Hehehe.


No comments: