26 July 2012

~Bazar Ramadan tempat gugat iman?~

"Ish, sekarang ni pergi bazar Ramadhan pun rasa dah tak selamat. Makin kering dosa je."

"Betul kak. Semalam saya pegi jumpa pempuan pakai skirt pendek, ketat. MELAYU kak!"

"Ish, ni lagi teruk!"

"Ada lagi?"

"Tak pakai apa trus!"

"Kat mana akak jumpa ni?" ......(muka confius abis dah)

"Kat bazar kat stadium la semalam."

"Semalam pun saya g kat stadium kak. Situ la saya tengok."

"Ish, ish, ish. Telanjang bulat......"

"Aik, lain macam je kak."

"Ye la, ayam panggang....memang la telanjang bulat. Tergoda aku dik!"


Ceh! Payah cakap dengan kaunselor ni :P

Merepek banyak, ada je idea putaq alam. Hehe

1 comment:

Arham Md Ali said...

Loyar buruk gila haha.