16 May 2012

~Selamat Hari Guru-kisah pengorbanan dan terharu~

SELAMAT HARI GURU warga pendidik. 
Tak kira di peringkat mana pun, dari kelas prasekolah hingga ke Universiti, walau apa pun panggilannya, cikgu, teacher, sensei, ustaz, ustazah. Panggilan tidak menunjukkan perbezaan, guru itu universal, panggilan mungkin berbeza tapi tugasnya sama. Kalau dulu selalu jumpa kata2 ini ''Guru ibarat lilin membakar diri''. Guru, jangan jadi lilin, jadi mentol. Memberi cahaya, terang, tetapi tidak pula semakin lama semakin memendek. Makin lama mencurah ilmu, makin banyak juga ilmu diterima. Panas tapi cepat sejuk.
Hari Guru sekali dalam setahun.Setiap hari kita wajib menghargai guru, tetapi apa salahnya sehari dalam setahun kita memuliakan guru? Kenang penat lelah guru mengajar kita. Tanpa guru, siapalah kita. Tahukah kita membaca dan mengira? 
Insyaallah, nama2 guru yang ''inspired me a lot'' masih terpahat kukuh:
Cikgu Sabariah - cikgu tadika aku. Guru pertama yang memeluk aku  tatkala aku meronta2 nak ikut mak balik seminggu pertama di sekolah.

Cikgu Azizah - Cikgu BM Darjah 1 SKPP yang selalu memberi peluang anak2 murid berlagak guru di depan kelas dengan pembaris mengajar kawan2, yang selalu membawa anak2nya yang comel ke kelas. Kami suka sangat masa tu.

Cikgu Aida- Cikgu BI Darjah 1 dan 2 SKPP. Macam kat spa! Berebut nak urut bahu cikgu :P
Cikgu Hamzah - Cikgu Matematik Darjah 2 SKPP. Orang kedua selepas mak yang sangat2 pentingkan sifir. Tidak boleh duduk jika tidak dapat jawab congak sifir. Siap dapat extra ''kerabu perut'' jika tak dapat jawab.

Cikgu Idris - Cikgu BM Darjah 3 SKPP. Selalu suruh kami berlakon dalam kelas. Tambah keyakinan diri!

Cikgu Aminah- Cikgu Math Darjah 4 SKPP. Habis belajar Math cikgu bagi tulis huruf sambung, tulis ayat guna tulisan bersambung. Suka sungguh sebab tulisan memang seketul2!
Cikgu Isa - Cikgu Muzik Darjah 4 dan 5 SKPP. Ajar main rekorder sampai tahan dewa la dulu. Ingat lagi ayat feveret cikgu, ''Sapa tak solat subuh berdiri!" Aduh!

Cikgu Zul- Cikgu BM Darjah 6 SKPP. Cikgu paling garang dan ganas semesta. Pernah ikat ketua darjah aku yang kureng menunjukkan tanggungjawab kat kipas siling! Dulu kalau dengar nama dia, semua kecut padahal cikgu sangat kelakar!
Sir Hari Chandran - Cikgu BI Darjah 6 SKPP. Sebab dia BI aku improve a lot! Cara dia ajar BI sangat best. "Ini pun tak tau jawab. Buduh! Pergi gantung diri kat pokok taugeh." Ayat itu bukan dalam nada marah sangat pun, kami siap boleh gelak2 lagi :P

**Kebanyakan cikgu2 ini dah jadi Guru Besar sekarang.

Cikgu Tajuddin - Cikgu Sejarah Ting.1.Glemer dengan GONG EMAs. Sapa kena luku, terus gatal kepala.

Cikgu Hassan- Cikgu Sains Ting.1. Sempoi!

Cikgu Puziah- Cikgu BM dan Geografi Ting.3 SMKSAT. Cara dia mengajar ada yang aku gunakan sekarang. Sangat keibuan.

Cikgu Zainab-Cikgu Sejarah Ting.3 SMKSAT. Sangat suka cara dia minta kami buat nota. Bab salin balik nota memanglah leceh dan memenatkan, tapi sangat suka bila cikgu selalu ambil buku nota aku dan tunjuk kat kelas, "buat macam ni la. Bagus!" Kembang kejap.

Cikgu Yati- Cikgu Kimia Ting.4 dan 5, Biologi Ting.5 SMKSAT. Ini yang palingggggg memberi aspirasi! Rasanya perwatakan aku sekarang 70% copy cikgu ini. Sempoi, suka bersembang, tak suka marah2, suka gelak, mengajar pun slumber je. Paling suka bila dia cerita zaman study di Amerika. Mengantuk pun aku celik balik :P Sebab cikgu ini aku jatuh cinta mati dengan  Kimia sampai buat degree pun ambil Kimia.

Cikgu Ang- Cikgu Matematik Tambahan dan Fizik Ting.4 dan 5 SMKSAT. Cikgu, kenapa cikgu tak ingat nama saya masa Math.Tamb. tapi cikgu ingat masa Fizik? Adakah ini menunjukkan saya dagi hebat Fizik daripada Math. Tamb? :P Aku suka buat pembetulan kat cikgu, ''cikgu bukan 'lincin' tapi 'licin'?" "saya punya suka lah" Hehehehe. Mungkin sebab tu masa Fizik cikgu ingat aku ^__^

Teacher Marsilah- Cikgu BI Ting.3, 4, 5 SMKSAT. Ikut kelas kami sejak Ting.3. Sangat happy goes lucky. Cikgu pernah jugak paksa aku cakap BI tapi aku jenis tak makan saman kot.Ada le beberapa ayat je aku cakap BI kecuali oral test.
Miss Kazrina (sekarang dah Madam) - BI Lecturer Sem.1 KMPP. Super senior SMKSAT, anak mami. Cikgu ini telah menambahkan confident level aku mencanak2 naik sebab aku sangat pemalu orang kata tahap gila babi la kalau bab nak bertutur dalam BI. Cikgu suruh kami buat jurnal, tulis tiap2 hari. Semua masalah boleh share, personal pun OK. Makanya, cikgu kenal setiap pelajar. Aku teringin nak apply tapi sampai sekarang tak buat lagi sebab memikirkan relivennya dengan subjek yang aku ajar. Aku pernah nangis depan cikgu ni sebab citer pasal abah datang ambil aku kat matriks masa hujan lebat naik motor. Sampai sekarang aku nangis kalau teringat kisah tu.

En.Zaidi - Lecturer Fizik KMPP. Kelakar! ''Saya kagum giler dengan orang yang langgar WTC tu. Tu contoh orang belajar Fizik. Tengok cara bangunan tu roboh.....'' Aduh cikgu!

Ramai lagi tapi nama2 ini yang sangat dekat dengan aku. Cara aku mengajar banyak dipengaruhi nama2 besar di atas. TERIMA KASIH CIKGU!
 
..................................................................................................
~SRC 2012~
Pertama kali di sini, sambutan Hari Guru yang biasanya meriah sungguh suram. Jika tidak disatukan dengan majlis perpisahan PK Petang yang akan berpencen, agak2nya tiada sambutan langsung. Jamuan makan yang lebih kepada jamuan perpisahan, tanpa ucapan diraikan, makan secara buffet. Tidak terasa kemeriahan Hari Guru. Tiada sambutan di pagi hari. Masuk kelas seperti biasa dengan para pelajar yang tiada nafsu belajar mengalahkan orang yang patut diraikan hari ini.Pukul 11 pagi mendengar perutusan secara "on-air'' dengan keadaan hujan lebat, dapatkah anda mendengar radio daripada pembesar suara dengan jelas?
Sedikit kecewa dengan sambutan tahun ini. Terubat hati melihat gelagat guru2. Pagi2 ramai guru perempuan melaram dengan baju yang ditempah khas untuk Hari Guru walaupun tiada sambutan, hanya masuk kelas. Biasalah, sindrom  ''syok sendiri'' ada di mana2 sekolah :) Guru2 lelaki memasang lagu KAMI GURU MALAYSIA berulang2 kali dalam bilik guru, kuat plak tu. Diikuti pelbagai genre lagu; dari lagu Maher Zain, Kuch2 Hota Hai hingga ke lagu Cina yang aku terlupa tajuknya. Kelakar juga cikgu2 SRC. Tu tak termasuk mengambil gambar kertas relief masing2 untuk diupload di FB katanya. Layan je la...
Bukan guru meminta diraikan tapi apa salahnya sehari menghargai guru. Penuhkan muka dengan senyuman sambil mengucap  ''Selamat Hari Guru, cikgu.'' Hulurkan salam, cium tangan guru. Itu paling bermakna. Dapat hadiah lagi2 la cikgu suka :P
.....................................................................................................
 Menerima ucapan daripada anak2 murid di SMKTE amatlah mengharukan. Masih ingat korang kat cikgu ye. Ucapan di FB, SMS. Boleh nangis tau! 

Zahra, Alias, Melvin...terima kasih :)

"Assalamualaikum cikguuuu!! Selamat hari guru!! terima kasih ajar saya sains thn lepas!semua yang cikgu ajar 99.99% masuk otak dan ingat sampai sekarang! jasamu ku kenang selamanya!"

*Entah kenapa banyak benar (!) anak murid aku ini. Inilah anak murid yang paling kerap berhubung dengan aku.Something special about her, wish her a very good luck in her life :)


"Happy Teacher's day to my beloved Teacher's out there...Terima Kasih Cikgu~
Minta mAAF kALAU dE sALh sILP...!!!
10Q aGAIN!"
"Selamat Hari Guru~~! Rindu Cikgu~! :'DTak terharukah anda jika bekas anak murid anda menghantar SMS ini."



Tak terharukah anda????  TT__TT





***Silalah menghadam karangan panjang ini. Zue, most of the teachers adalah guru2 suamimu juga :)

2 comments:

Salmiza said...

Slmt hari guru fiza...

Salam kenal dan folo

Salmiza said...

Slmt hari guru fiza...

Salam kenal dan folo