30 May 2012

~3 hari lagi~

Tinggal 3 hari lagi akan bertolak ke Jakarta-Bandung. Rasanya masih 50-50 siap ni. Yang penting duit dah siap ditukar sedikit di sini. List barang hendak dibeli masih belum siap dibuat. Hanya nama2 penting ahli keluarga punya barang (termasuk orang yang dah order) siap dibuat. Sourvenir untuk kawan2 masih dalam 'list otak'. Kalut juga buat kerja last minutes ni tambah2 hal ke luar negara. Orang cakap, apalah kecohnya. Baru nak ke Indon, belum ke Europe lagi. Ini kali pertama ke luar negara tahu! Kali kedua naik kapal terbang. Teruja tu mesti la ada.


Terbang pukul 7 pagi. Aku membayangkan macam aku ke Kuching dulu. Hanya perlu berada di LCCT 1 jam lebih awal. Tapi apa yang aku tahu semalam, pukul 4 pagi dah kena berkumpul di sana! Awalnya! Kalau macamni, dalam flight mestilah aku tidur :-)


Published with Blogger-droid v2.0.4

2 comments:

Lizzie Yasmin said...

Kalau international 2 jam sebelum, pkul 4 tue ok lar. Nak kain lace warna hitam boleh? hehehe

Fiza Noor said...

insyaallah jika masih punya ongkosnya bisa dibeli buk. Pokoknya,gimana corak yg diingini?