19 March 2012

~Cerita untuk anak cucu~Ahad~18 Mac 2012~

Hari Ahad, hari terakhir cuti sekolah kali ni. Pagi2 pukul 4.30 Angah dah kejut sebab flight Penang-Kuching pukul 7.00 pagi. Mak bangun siap boleh goreng coq ubi lagi, bekal makan dalam keta mak kata. Abah tak mau ikut, tidoq lagi best. Btoi wo!

Balik dari airport boleh plak teringat nak p Root Walk, tapi aku cakap kat mak, tak best la p 2 orang je, abah tak ikut. So, keluar dari pulau. Singgah RnR Juru, mak nak beli nasi lemak kegemaran dia. Asal balik dari Penang mesti mak nak beli nasi lemak, mak kata sedap.

Sampai rumah, makan time! Aku telan 2 bungkus skali hadap! Makan, happy2, sembang; ye la japg aku nak bali Ipoh dah. Pas makan terus lalok, ngantuk. Bangun awal sangat....alasan! Zzzzzz. Tak sedar pun bila masa abah kuar g kenduri. Mak pun tido, tapi sat je.

Dalam kul12.30 automatik terjaga, panas beb! Lama giler aku tidur, macam tido malam je :P . Bangun, mandi, basuh baju.

TIBA-TIBA........

Aku dengar bunyi kuat giler. Sangat kuat! Dengar azan, dengar bunyi kuat, aku baek punya berkemban dalam bilik air. Bunyi tu sangat kuat. Pernah dengar kapal terbang mendarat? Tapi bunyi ni lebih berat daripada tu.Macam Concorde terbang rendah! Mak kat dapur, mak tanya bunyi apa tu? Aku cakap kat mak, try tengok kat luar ada apa2 yang pelik ke. Tak de kapal terbang apa pun. Mak tengok rumah abg chaq (sepupu aku) sebelah rumah aku. Maksud sebelah di sini memang betul2 sebelah la, tak sampai 2m pun. Mak nampak asap kat dapur rumah depa. Kak chaq ni bakar ikan ke berasap. Mak panggil kak chaq, tak de orang pun. Mak jalan sampai ke belakang sikit.

"Along, rumah abg chaq terbakar!!!"

Panic weh! Dah la berkemban baru pas mandi. Dapur memang dah berasap hitam, api pun dah nampak sikit. Mak dah lari keluar rumah panggil jiran2 mintak tolong. Aku terus 994. Prosedur oh prosedur! Tak payah prosedur sangat kot. Straight to da point minta address je tak boleh ke? Geram! Capai baju apa yang ada, rambut mengerbang dah rupa hantu kot. Lari keluar rumah, yang penting bawak lari beg yang ada IC, barang2 sekolah. Lari keluar rumah, ubah keta dari garaj. Garaj dengan rumah abg chaq lg dekat. Sekaki dua je dah sampai.

Family Abg chaq tak de. Rumah kami sederet ada 3 buah. Hujung rumah aku, tengah rumah Abg Chaq, depan rumah pakjang. Aku kol bomba, pakjang kol Abg chaq. Depa p kenduri. Tercungap2 aku kol sebab lari merata tempat. Abah pun takde, g kenduri tak balik lagi. Abis kol bomba terus kol abah balik. Nak nangis dah ni. Time aku kol bomba tu pun api yang tadi kat dapur je dah merebak ke rumah tengah. Tengah2 ada bilik. Api makan tilam...memang cepat la. Bunyi tong gas meletup! Rupanya yang bunyi macam angin kuat macam kapal terbang mendarat tu bunyi gas!

 Mak tarik paip air, jap siram kat rumah abg chaq, kejap siram rumah kami. Api kat rumah abg chaq dah besar, dah tak boleh simbah, dah takde kesan. Risau aku, aku suh mak jangan p dekat sangat dengan rumah abg chaq, mana tau.....tong gas melayang kang....

Abah balik, kawan2 abah ikut sekali. Jiran pun dah mula ramai datang tolong. Family abg chaq sampai, depa sebenarnya memang dah odw balik, dah sampai Parit Buntar dah pun. Sampai time api dah marak. Bomba sampai, 2 jentera. Pastu sampai lagi 2. Area rumah aku tak ada paip bomba, tapi lucky sebab ada parit besar depan jalan nak masuk ke rumah. Bomba pam air parit untuk siram. Mula dari aku kol bomba 1.47pm, 2pm lebih bomba sampai, abis padam area 3.30pm. Apa pun tak sempat selamat kecuali sofa kat depan rumah, tinggal sehelai sepinggang.

Sejak kebakaran sampai malam tak putus2 sedara dan orang kampung datang melawat. Mak cakap tadi awal2 pagi lg dah ada orang datang melawat. Ops! Semalam 1st time aku tengok YB datang, sebelum ni aku tak kenal pun :P Kebanyakan yang datang bagi derma...ikut kemampuan la. Ada bagi makanan, baju, duit. Bagus kan orang kampung; tolong-menolong, derma-menderma tu masih ada. Rupa2nya bunyi gas kuat yang aku dengar tu boleh di dengar lebih kurang radius 1km! Kuat kan!


-----------------------------------------------------------------
 
Fobia aku tak habis lagi. Semalam sebab penat sangat aku tertidur pas driving 1j dari kampung ke Ipoh. Ari ni konon2nya nak tidur petang, nak rehat, badan penant sangat, aku tak boleh tido weh! Teringat bunyi kuat tu, teringat api. 
 
Mujurlah semalam angin tak kuat. KALAU angin kuat? KALAU angin menghala ke rumah aku? KALAU la aku balik Ipoh awal pagi pas hantar Angah?....Mak sorang2 macamana? Teringat tu aku nangis.
 
Allah dah bagi petunjuk tapi kami tak sedar:
 
1) Tak jadi p jalan2 sebab abah tak ikut.
 
2) Aku tersentak terjaga dari tidur, macam ada orang kejut! (bilik aku tidur tu betul2 dekat dengan dapur abg chaq)

3) Aku tak kalut/tak teringat/tak sebut langsung pasal nak balik awal ke Ipoh sebab malas nak redah jem macam selalu.


Tapi aku pelik...kenapa orang yang betul2 dekat, sedekat kurang 1m berjiran tak boleh sedar, tak boleh dengar, tak cuba nak cari tu bunyi kuat tu bunyi apa????


Dugaan datang pelbagai rupa. Redha..... -_-









 

4 comments:

Lizzie Yasmin said...

Sebelah umah tue ka? So close.. Tong gas meletup sebab apa? Ada api tak tutup ke?

Fiza Noor said...

haah. rmh sblh tu le. maybe...

ctZue said...

ish..tak caye lak aku ko melalui kejadian tu..kalo aku tgh cuak dh xtau la nak tekan no bape nk kol bomba..syukur la ko anak beranak xde pape pijah..aku susah nk online skrg..tu yg ketinggalan tu.. :(

Fiza Noor said...

alhamdulillah. tiada kemalangan jiwa :)