07 September 2011

~Oh la Black Myvi dan pakgad, dua2 bikin aku panassss!~

Situasi di sekolah:

Mengajar mengikut silibus. Eceh :P


Ni bukan nak cerita pasal kat sekolah pun. Nak citer kisah pas balik sekolah. Kisah bengang dengan orang2 yang tak belajar Sivik, ke tido time cikgu mengajar Sivik?!!

Visitor parking lot punya le dekat, ko boleh parking kat lot aku. Ye, mula2 sampai aku memang sabar. Bunyikan hon pun ala2 sopan lagi, 2 minit, 5 minit, 10 minit! Ini sudah lebih bai! Orang lain dah boleh usyar ikut tingkap time aku hon, ko sedap sangat makan kat open house tu ke, telan banyak sangat ketupat ke sampai telinga ko tersumbat sampai tak boleh dengar orang hon? Ke ko ni memang tak sedar diri ingat parking lot tu ko wat untuk ko kat kawasan apartment ni? Panas!!!

Pergi eport kat guard. Ye la, guard tu la yang senang2 nak marah kalau kita silap parking, letak sat je pun kat visitor lot sebab nak angkat barang bawak naik atas pun dah marah2. Konon jaga kebajikan, jujur ikhlas la sangat. Tadi salah ko bagi visitor masuk, percaya visitor cakap masuk sat jer nak p open house, pastu parking suka hati, kena palak tu tempat aku parking. Memang wajib la suara not tinggi tu jadi rendah giler kan. Oi bang, mana de orang g open house 5 minit! Koman2 mau 30 minit, kalau makanan sedap2 mau lajak ke 1 jam. Berasap aku ni bila ko cakap

"Takpe, parking kat visitor dulu. Tapi kena ambil pas visitor kat pondok pengawal dulu ye. Diorang g open house kejap jer. Enjin pun panas lagi ni. Saya tak tau le plak diorang pegi open house rumah mana, tadi takde tulis. Nanti bleh parking balik kat sini. Diorang kejap jer."

Oih, banyak cantik!!!! Orang lain punya pasal aku nak kena buat 2-3 kerja. Pergi ambil pas pelawat, parking kat visitor, pastu malam ni nak kena turun hantar balik pas visitor tu dan hantar keta kat lot parking aku. Apa nih? Aku bayar parking le tiap2 bulan. Orang lain punya pasal aku kena keje susah. Kalau kitorang orang dalam ni salah parking sibuk jer ko nak clamp! P la clamp keta tadi tu.

"Apa ni bang. Orang lain wat salah saya plak kena susah. Tu lot saya tuh. Tak kira lah. Saya park kat visitor.Esok pagi la baru saya hantar pas visitor ni. Tak rajin saya nak turun naik parking keta ni."

"Ok. Ok. Parking visitor pun banyak, tak ramai visitor hari ni. Bleh hantar esok la."

Ceh, salah dia bukan main lembut dia cakap, kalau salah orang....berapi2 dia cakap.

Buat driver Myvi hitam tu: P pinjam buku teks Sivik anak anda dan study balik. Bongek!







*Tiba2 aku teringat kes tahun lepas jiran aku, lelaki India, maki orang salah parking kat lot dia. Lelaki Cina yang salah parking tu turun nak ubah keta dia, siap minta maaf tapi still kena maki. Kalau le Myvi tadi parking kat lot jiran aku......apa jadi ek???? Drama swasta la...




1 comment:

Lizzie Yasmin said...

tulis kat manila card, "ini bukan visitor parking".letak kat cermin keta dia.. hahaha.. nak ayAT kasa skit, serakan maki.. hehehe