11 April 2011

~Produk mahal vs produk murah~

Any suggestion tak? Produk mahal vs murah tu refer to facial skin care products la ni. Lately aku guna Safi. Produk Malaysia yang harga takde la cecah RM20 untuk 1 tube pencuci muka tu. Nampak la jerawat jarang2 nak timbul, tak macam dulu kalau kuar banyak sangat. Jerawat kuar time nak period atau pas period tu biasa la, ada la 2-3 tapi dah tak banyak dan tak besar2 macam dulu. Parut pun boleh nampak kurang sikit. Tapi kulit makin kering kot sekarang ni. Nak kata kurang air, aku ni kerap minum air tambah2 mengajar waktu petang. Bila kulit kering nampak macam tua sebelum usia jer :P (ke memang aku dah tua?)

Puas hati jerawat makin kurang keluar tapi tak puas hati sebab kulit makin kering. Sekarang plak dalam seminggu 2-3 kali datang berjemur di padang melatih pasukan bola jaring sekolah, terbakar pulak kulit yang tak seberapa ni! Ada yang kata Safi menipiskan kulit tu sebab parut makin hilang. Ye ke? Kulit takde la plak mengalami uneven tone, sekata jer, masalahnya tak mau le muka kering dan kulit makin nipis tambah2 kulit ini tergolong kategori kulit sensitif.

Eh, bagus sangat ke produk mahal2 tu? Tak payah la aku nak senaraikan kat sini kan, banyak jenama di pasaran. Kalau ikut nafsu nak jugak try, bukan kena beli tiap2 minggu pun kan. Hahaha. Orang kata 'alah membeli menang memakai', btol ke? Kalau nak ikut suggestion kawan2 sangat pun tak boleh gak kan, kulit kita bukan semua 100% sama. Ada tak sesapa yang mengalami masalah macam aku dan berjaya mengatasinya sampai dapat kulit halus mulus atau setidak2nya hampir halus mulus? Kalau aku kata aku tak jeles tengok kulit orang cantik2 itu memang tipu tahap gajah la kot kan. Gajah mana boleh sorok, macam tu la gayanya kalau aku tipu aku tak jeles tengok perempuan cantik.

So, entry ini entry meminta pendapat. Kalau ada opinion tinggalkan komen k :)

6 comments:

ctZue said...

pendapat aku mek, tak kira la product tu murah ke mahal. tapi bila dapat serasi dgn kulit ko, tak bg masalah, go on saje. betul, setiap org kulit dia berbeza2. xsalah pon kalo ko nak try other product, juz beli dulu starter pact punye set. xdela rugi kalo product tu xsesuai dgn kulit kan.
try tgk product cosway, bioglo..mcm best jugak adik aku pakai. hee..jom ah pakai sk2..jom ah pakai sk2..eh..tetiba..hehe :P

fiza_noor said...

tu le. tanya pendapat korg la.
pe kes tetiba promote sk2 nih? dah tukar jadi duta sk2 ek? amacam sk2, best x?

ctZue said...

gamak jadi duta..haha..lom layak lg..
emm..so far setakat yg aku pakai, kulit muka rasa licin je..sebelum ni kulit aku agak kering, kurang lembab sbb aku memang xpakai pape product since 6 bulan lepas. tapi bila dah pakai ni, rasa cam best sket. kurang la kering tu. :)

fiza_noor said...

menarik tu :)

storyfromme said...

ade kawan fad cakap sk2 best tapi mahal la.kalau nak murah try produk Virgin Coconut Oil (VCO).rm39 je.setakat ni ramai berpuas hati dengan VCO ni.

fiza_noor said...

Hi fad. nnt akak try cari VCO tu k. kulit kering :)