29 April 2011

~Menarik hari ini dan semalam: kisah air terjun~

Aku dah buang banyak widget dalam blog ni. Sekarang blog dah jadi ringan dan sangat simple dengan warna kegemaran sahaja. Ghairah kan! Hahahaha. Nak letak hitam dah selalu sangat blog ni warna hitam dulu. Sekarang guna lagi 1 warna kegemaran. Hehehe.


Soalan pertengahan tahun dah siap! Esok boleh submit untuk riso insyaallah :) Pasni buat kerja men'stapler' soalan la plak. Kenapa la sekolah aku tak beli mesin sorter tu lagi? Dah dicadangkan, mungkin in process kot kan. Bersangka baik.


Semalam hujan lebat. Ada yang mandi air terjun siap tersimpuh tepi longkang lagi. Apa nak cakap tu? Dah dilarang tapi yang cikgu larang tu la yang selalu nak dibuat. Kan remaja sekarang suka cabaran (tangan di bahu dan mata ke atas :P). So, petang tadi bila ada bunyi guruh dan kilat sabung-menyabung, ramai la anak murid yang menadah tangan berdoa ''Bagi la hujan turun lebat lagi macam semalam. Aminnnnn.'' Namun, allahtau tujuan doa tu menyimpang, maka hujan turun renyai2 dan sekejap je. Cikgu2 senyum lega tak payah menghambat anak murid masuk kelas dari main di 'air terjun'. Air terjun dari tingkat 3!


Emmm, dan lagi peristiwa menarik. Apa hak salesman nak marah dan jerit kepada budak2 dalam assembly? Giler! Ko nak jual buku bahasa tapi ko punya bahasa pun ke laut sampai budak pun gelak. Then, bila budak bising2 ko boleh jerit kuat2 ''Shut-up!!!", ''Diam!!!" Cikgu2 pun tak jerit macam tu dalam perhimpunan la ngok!

''Orang putih ke tu?''

"Tak la. Orang Malaysia berambut putih jer.''

Kalau dah budak2 pun bantai gelak, apa korang rasa cikgu2 buat?

No comments: