25 April 2011

~Kenapa cuti boleh jadi tak best?~

Ahad lepas (atau lebih tepat tadi) sangat boring (doh)! Jap2! Adik, apasal sekarang budak2 sekolah asal cakap jer ada 'doh' kat hujung ayat tu? Akak tobat tak paham. Maksud dia apa ek? Takkan bodoh kot?


Back to boring sunday. Sebab apa boring?

1) Bangun pagi tak tau nak buat apa, punya malas nak mula gerak dari katil padahal baju ada sebaldi boleh basuh. Tapi selepas otak berjaya memanipulasikan kaki dan tangan, alhamdulillah baju dah siap basuh dan sidai!

2) Tolong la khaborkan ke teman apa makanan yang best dan senang dapat. Aku ni sampai tahap kronik asal lapar nak makan jer, tiba2 otak aku blank tak tau nak makan apa. Pikir punya pikir punya pikir, last2 makan roti jer.

3) Dengar lagu macam2, lappy pun terpasang lagu abang macho M.Nasir. Tapi sebab suara tak baik2 lagi aku tak bleh nak nyanyi. Tau...suara I tak meletop nak masuk AF ke Mentor ke, tapi apa de aku kesah, aku nak nyanyi aku punya pasal la kan. Dan...suara budak2 AF tu meletop ke? Tadi nyanyi tak keluar suara aku tapi keluar suara unta. Oh no! Takkan nak kena miming jer.Apa barang miming macam cikgu shida?

4) Orang lain cuti sibuk p shopping ke atau at least window shopping. Aku? Taip soalan exam. Bagus giler la. Ni la sukatan sebenar KBSM (kerja berat sampai mati). Cet! Nasib baik soalan dah siap2 cari sebelum ni, so, ni betul2 kena kuatkan semangat nak menaip je la (dan draw dalam paint sebab aku dah malas nak photostat, gunting, tempek semua diagrams). Nak cari mood mula menaip tu yang payah, bila dah start ok je pun. Dah siap :)

5) Sebenarnya ahad tadi jadi lagi tak best sebab semalam sekolah. So, hari ni takde nafsu nak start keja kuar jalan2 T__T

No.5 tu yang menyebabkan ahad aku boring giler sebenarnya. Hahahaha.

4 comments:

Atikah saleh aKa Yun Yun said...

hehe cm tu cikgu eh... cikgu bukan satu keje yg mudah kn...

fiza_noor said...

huhu :)

hana home said...

salm kenalan
payah gak yer jadi cikgu...

fiza_noor said...

hana, org kata di mana ada kemahuan di situ ada jalan. so, saya sedang cari jln utk jadi lebih baik dan belajar dr perkara lepas :)