29 March 2011

~Aku cikgu biasa yang nak jadi luar biasa~

Rasa bahagia kan bila anak murid kita yang nakal masa di tingkatan 1 dulu tegur dan nak sembang dengan kita walau pun sekarang dah di sesi pagi di ting.3, 4, 5; di mana rakan2 yang lain dah sombong konon2 tak kenal cikgu di awal zaman sekolah menengah.

1) Yugendran a.k.a Ubi:

Sekarang dah di tingkatan 4. Masa ting.1C sangat notty dan bising time belajar. Ada je soalan2 merepek dia. Sekarang dah di kelas science stream.

''Hi teacher!''
"Hi, Ubi. Sekarang kelas mana, science stream?''
"Yes teacher."
"Bio pass, physics pass tapi chemistry fail."
"Oh, chemistry my major tu. I miss my chem."
"Kenapa teacher tak ajar kita?"
"You know why...ok, good luck Ubi."

Nama Ubi lekat sejak dari 1C dulu. Mula2 tak suka, last2 macam dah redha jer kawan2 panggil dia Ubi sampai sekarang. Dia ingat cikgu dia ni dah lupa nama glamor dia tu? Hahaha.


2) Tue Su Ern:

Ni pun dulu 1 kelas dengan Ubi. Suka memberontak. Kalau cikgu tengking2 marah dia, tanpa segan silu dia jerit balik kat cikgu. Tak padan dengan perempuan. Tapi kesian jugak budak ni, pas sekolah dia kerja kat salon. Kuku....masyaAllah, panjang!

"Teacher, saya kerja salon ma. Kuku panjang mau cuci rambut senang lor.'' =__+

Dulu aku pernah tengking dia sekali, gila menyinga minah ni. Pas dia cool, aku g sembang kat dia, nangis....bukan aku la, dia. Aku cikgu strong. BM Dan BI dia cukup makan, so aku paham2 je la apa dia nak cerita. Dia cakap dia memang tak leh tahan sabar kalau orang marah2. Tengok kaki tangan dia banyak berbirat2 kena rotan. Dia kata mak dia rotan. Kesian gak. Problem family aku tak tanya sangat la, may be sebab tu dia tak boleh sabar kot. Pas aku slow talk dengan dia, dia sangat respect aku.

"Teacher marah U bukan teacher tak suka U. Teacher nak ajar U.''

Sejak tu sampai sekarang dia la budak nakal kuat memberontak yang akan tegur dan datang kat aku kalau nampak aku walau pun aku ni jalan laju tak cukup masa, even to say "Hi teacher'' sambil tersengeh2.


Tu 2 contoh situasi aku mengajar di sini. Bila fikir2, budak2 nakal ni la yang akan ingat kita walau di mana dia ada sekarang pun. Budak nerd, baik, ulat buku, result gempak....belum tentu akan ingat kita. Ni pun dah rasa. Dulu masa sesi petang aku ajar tapi bila pas ambil result PMR, SPM hanya wish thank you kat cikgu2 ting.3 dan ting.5. Jumpa kami cikgu2 petang wat macam tak nampak jer.

Budak nakal, kelas belakang...ye, result tak gempak, tapi ingat cikgu. Jumpa jer walaupun kat pasar malam, dia akan tegur cikgu. Cakap "Hi" dan senyum tu pun tanda ingatan kan.

Sebab2 di atas ke menyebabkan every year aku akan mengajar kelas hujung2? Hahaha. May be. Aku suka sembang dengan depa daripada aku penat2 nak jerit marah2 24 jam nak redakan bising diorang. Memang sakit hati kalau budak tak dengar kata, tapi cara aku yang agak lembut ni berjaya juga melembutkan hati otai2 nakal, ketegaq, taiko kelas hujung2 supaya hormat cikgu, faham cikgu marah tu sebab cikgu sayang bukan cikgu benci.

6 comments:

alyaaboolat said...

penat melayan kerenah murid kan :)

fiza_noor said...

tu la. macam2 gaya manusia :)

Bulan Bintang said...

setuju sgt student2x yg mcm xberapa nak ok ni la yg selalu igt kat cikgu cikgu nie

fiza_noor said...

haah. rasa ramai setuju ni kot

Ginkgo Anne said...

betul tuh fiza. aku pun alami pengalaman yang sama. Sestgh yang ok tuh, nampak cikgu lalu sebelah kekadang buat2 tak nampak.

fiza_noor said...

tu mcm dah jadi lumrah kat skolah skrng :(