02 February 2011

~Why I Luv Holiday? Macam2 ada...~

Bila di kampung, nafsu untuk mengurangkan ukur lilit perut agak terganggu sebab godaan masakan mak yang takde kat KL mencucuk2 lubang hidung. Kalau kat KL boleh hidup kalau makan sekali sehari, tapi di kampung, cukup masa kena makan. Perkataan 'kena' makan serupa macam 'wajib' makan la. Tahan kena jerit2 panggil makan dari dapur selang seminit oleh orang berbeza2 selagi bontot tak lekat kat tempat makan? Waaaa, gua tak tahan beb. Boleh bayangkan tak? Ulang baca ayat tersebut sampai anta paham situasi sebenar k. Kawan2 yang pernah tidur kat rumah aku tau situasi sebenar itu :P

Tu baru cerita nafsu makan. Nafsu serakah mem'baju' tak tengok lagi. PB banyak baju murah2 dan nice kalau betul2 kena gaya pilihnya tau. Tambah2 kain2 indah untuk buat baju kurung. Hidup sebagai seorang cikgu tegar buatkan collection baju kurung dan kebaya dah overloaded macam perut kenyang nak termuntah dalam closet kat KL. Aku tak mungkin nak ulang situation yang kawan aku penah kena ''cikgu pakai baju semalam ke?'' hanya sebab kawan aku pakai baju kurung dengan latar tanah yang sama 2 hari berturut2. Belajar daripada kesilapan kawan aku itu, aku tak pakai warna yang sama atau corak yang sama marathon beberapa hari berturut2. anak murid scan baju cikgu sebelum belajar. Kalau budak2 yang blue depa scan apa? Wooo, astagfirullah! Fikir positif, mengajar untuk bagi anak2 yang beratus2 tu pandai. Ok, balik kepada baju, oh, I dapat baru. Jangan marah. Tak rugi investment aku kat Angah dulu ek! Hahahaha. Angah dok kat Kuching tu tak joli katak so dia 'agak' kaya berbanding aku kat KL. Hasilnya, gue dapat baju kurung moden pelangi dengan manik mewah kat bahagian dada. Ye, kat dada, kalau manik mewah kat peut, lupakan saja, nanti orang fokus kat perut dan wow, ''asal perut u tak flat macam perut i ye darlink?'' Kan dah rasa bersalah nak pelempang kawan sendiri. Sekarang ramai awek2 gojes kembali ke zaman mak kita muda2 dulu ye. Pakai skirt labuh dengan kemeja la, kardigan, baju cute2 dengan high heels. Rasa comei la plak kan. Jom try! Baju sopan confirm mak aku tak terbeliak mata :)

Cuti ni la baru boleh layan dvd tapi tak buat marathon pun. Every night tengok 1 movie. Dah tengok The Proposal dan Life As We Know It. Dah abis movie, boleh layan sambungan Naruto Shippuden terchenta. Wow, I loveeeeee holiday eve!

I've got new Hello Kitty kawaii. Hello Kitty pink dengan choc! Good combination la kan :)

Kan, see why I love holiday~

3 comments:

saya_arief said...

cuti..adalah 1 musim yang tersangat seronok..
:D

ctZue said...

ye..aku sgt paham situasi 'kena ' makan hg tu..hehehe

fiza_sensei said...

btoi arief. akak suke cuti!
zue: ko dah merasa situasi mkn mkn mkn 24j tu