06 January 2011

~Gelak macam ringtone? Ada ke?~

Sangat sleepy!

Jadual hari ni betul memenatkan. 1 masa kat blok hujung tingkat 3, 1 masa turun ke bilik guru. Habis tu naik plak tingkat 3 1 masa, turun lagi untuk 1 masa dan naik lagi 2 masa, turun lagi terus ke surau akhir sekali naik tingkat 2. Kalau tiap2 hari jadual macam ni, aku kurus. Yakin!

Tapi masa berjalan ke bilik guru waktu loceng akhir, aku asyik tersenyum jer. Sress pun hilang. Ada sorang budak lelaki Melayu Ting 1 yang sangat comel. Badan? Kecik sangat, beg sekolah sah2 besar dari badan dia. Tapi yang lebih comel, dia gelak macam baby dalam iklan ringtone kat tv tu. Mula2 ingat dia gelak buat2 jer. Tapi bila sepanjang jalan dia gelak macam tu time gurau dengan kawan2..... ''budak ni memang gelak macamtu rupanya.'' So cute! Tak tau le kelas mana sebab aku tak cam muka2 baru tu lagi. Lagi pun tadi depa jalan depan aku. Dah.... aku senyum sorang2 plak! Gilak!

6 comments:

ctZue said...

hahaha..aku cam terbayang2 jer mcm mana ko tgk senyum sorg2 belakang bdk2 tu..haha

KizZ said...

Eh entah2 dia letak hp dalam mulut dia tak cikgu?hihi

Jom sini,
Back To School oyeah!

fiza_sensei said...

nokia ke sony ericson, kizz? hehehe. comel sungguh.
pandai ko bayangkan zue. klu le ada budak lalu sebelah aku time tu mesti dia conpius 'pesal le cikgu ni sym sorng2?'

Nurul a.k.a Riko said...

ha.ha..ha..ahkak pun nk tergelak gak. Mmg comey kan kalo gelak cenggitu.

Fifi Rahmat said...

mesti comel ketawa mcm tu kan. dah badan pun kecik.

fiza_sensei said...

kak nurul: btol btol btol :D
fifi: haah. comel smpai fiza senyum spnjng jln. hehe