17 December 2010

~Salam 'ngulat' dan kisah perlu sedar diri~

Ada cara baru bagi salam kat FB ke selain 'salam' dan 'as-salam'? Dah lama tak jumpa kawan sekolah rendah ni. Dengar kata baru berFB. Tetiba chat kat FB 'ngulat'. Setau aku sekarang aku tengah cuti sekolah. Aku ni tengah ngulat dari buat apa bai? Ngulat goyang kakike bai? Sambil on FB pun boleh goyang kaki bai. Nak layan laki ke layan anak ke, aku ni belum kawen lagi la bai.

Dulu dan sekarang tak sama. Kalau dulu dia bestfriend kita masa sekolah pun, kalau lama tak jumpa kita jadi kelu sekejap nak borak pasal apa. Kalau dulu boleh gosip2 pasal mamat hensem, cikgu tu, cikgu ni, sekarang nak sembang apa. Kalau dulu masa kecik2 kita boleh main aci ligan sama2, boleh gaduh2, tolak2, sekarang xkan hang nak tolak aku gak kot?

Kawan2 lama, anda tetap di hati. tapi cara kita sekarang mungkin berbeza. Tambah2 yang jarang jumpa. Kalau selalu jumpa, lepak sekali, tu no hal. Mesti ada keserasian sampai boleh lepak sama2 lagi. Tapi kalau lama tak jumpa, cakap plak tah hapa2, tanya soklan yang bodoh2 like aku tengah chat kat FB, dia pun tau, tapi lagi nak tanya, ''hang tengah buat apa tu?''. Ye, aku tengah memancing ni =__+

Aku bukan tak mau layan, nanti orang cakap sombong. Aku tau tu. Tapi kalau perbuatan, percakapan hangpa minta macam 'jangan layan aku lagi bagus lah', takkan aku nak layan. Lama tak jumpa, tiba2 on chat, terus sound kita takde salam apa pun. Tanya plak soklan pasal kawen jer macam tak de soklan lain dalam universe ni, sorry, aku layan gitu2, biasa2 je la.

Korang, jangan kecik hati atau terasa kalau ada kawan2 masa sekolah aku yang baca. Aku bukan nak kutuk, tapi nak hangpa sedar, kita sekarang bukan kita 10 tahun lepas. Kita dah nak masuk alam 30-an lagi beberapa tahun jer lagi. Adakah hangpa nak assume kita masih sama macam zaman 10 tahun lepas? Mungkin masih ada 1-2 benda yang masih sama, tapi bukan semua kan.

Nasihat aku, kalau baru add kawan2 lama kat FB, cakap biasa2 je dah la dulu. Tengok mood dia macamana, kot2 dia dah berubah 100% tak macam dulu dah ke, kalau still boleh mood bergurau senda kasaq2 tahap mencarut dan hang boleh layan, hang layan je la. Aku tak suka. Ada ke patut lama tak sembang, sekali sembang keluar perkataan mencarut2? Tidakla boleh yong nak layan ye. Sila fikir, adakah sorang cikgu yang suka dengar dan bercakap mencarut2? Jangan sampai aku remove ko dari FB aku ye.

No comments: