09 December 2010

~Cuti2 Melaka~

Gambar dah diupload di FB. Ini sikit je la. Dah penat nak letak banyak2.

Ke Melaka pada pagi 6/12/2010. Keluar tol Ayer Keroh terus pergi Taman Mini Malaysia. Tiket RM5 jer. Rumah2 tradisional tu cantik2. Tambah2 lagi bila guna kayu-orang-kaya. Kalau sekarang orang mampu buat rumah macam tu, kira orang tu orang kaya la. Kayu mahal kan sekarang. Sejuk je bila masuk dalam tiap2 rumah yang berbumbung tinggi2 belaka dan semestinya daripada atap. Rumah plak kat kawasan banyak pokok, sejukkkkk. Rumah2 ni kebanyakannya dah reput. Maklum le kena hujan panas tiap2 hari, usia pun dah 20 tahun. Rumah Sabah dan Serawak terus ditutup, tak boleh naik. Ada sesapa lagi ada rumah tradisional macam ni? Best kan.




Ni rumah Perak. Ada kat kawasan Kuala Kangsar. Suka gambar ni sebab time aku amik gambar, awan cantik!




Rumah Selangor: sangat luas. Kalau zaman kecik2 dulu tinggal kat rumah macam ni, sure aku main basikal BMX aku dalam rumah. Hahahaha.


Pas ke Taman Mini, teruk gerak ke Bandar Hilir sebab dah booking family's room kat Seri Costa Hotel. Berapa bintang ek? yang pasti bukan 4-5 bintang la.

Petang, jalan2 di Bandar Hilir je. Aku dengan Pipah jer yang naik Menara Tamingsari. Lain2 tak mau naik. Takut pening la, gayat la, macam2 alasan btoi. Tiket RM10 untuk warganegara dewasa. Masa mula2 gerak naik menara, ras gayat gak. Tapi bila dah sampai atas, dah tak rasa apa pun. Dok layan view cantik je la.


Jalan2 lagi, amik gambar. Aku suka! Hahahaha.


Aku tak tau la time ni Cina datang dari mana tah amik gambar aku sekali. Aku posing untuk kamera aku sebab time ni Pipah amik gambo. Elok jer dia berdiri belakang Pipah dan snap! aku rasa dia ni pun stok macam aku suka snap anything yang aku tengok kot. Lupa plak nak tanya kat apek Canon tu, ''cun tak gambar i?'' :P

Jangan main2, abah ngan mak aku pandai posing walaupun mak ala2 senyum rela tak rela jer.


Woi angah, buruk btoi la gaya hang macam nak berak! Angah ni konon pembersih sangat. Hang nak suh dia duduk atas jalan ke,dok atas rumput ke, atas tanah ke semata2 nak ambil gambar cun, takdenye dia nak layan. Sebab tu gambar dia bertinggung, berdiri, tonggek2. Duduk2 takde ye! Lagi 1, kalau dia amik gambar, sure paras tinggi je, dia takkan ada kuasa nak layan kalau kita suh amik gambar dari paras bawah. Teruk btoi!


Minah sekoq ni tak kisah. Kalau suh tidoq atas jalan pun dia sanggup. Kan Pah....


Aku? Aku mana kisah semua tu. Hahahaha!


Gambar kat Muzium Samudera ni actually ari ke-2.

Gambar2 lain tengok kat FB aku je la ye. Oh, aku dah remove plak link FB kat blog ni. Cari le nama macam kat gambar aku tu.


Ada to be continue tak????

zzzzzzzzzzz

OK, nanti aku citer lagi k. Pappye!


2 comments:

fyna said...

last i g melaka time skolah rendah! haha and i pon ada pergi umah tradisonal t..wah ada lagi..eh bukan ada ke rumah yang macam banglo besar tu..yang byk2 pintu tu sampai boleh sesar..ke dah xde

eizy_noor_izza said...

tu taman mini asean rasanya fyna. xpegi. rasanya macam tutup je pagar utk ke kaw tu. rmh kayu tu bnyk yg dah reput le