16 November 2010

~Raya l cuti~


SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA HAJI

Saya tak balik :(

Waaaaaaaaaaaaaaaaaaa

----------------------------------------------------------------

Sekolah dapat cuti tambahan untuk Raya Haji, maka hari ni merupakan hari terakhir bersekolah. Nak buat kerja2 streaming, keputusan UPSR tak dapat lagi. Nak telefon sekolah2 rendah tu, ada yang dah mula bercuti. PK Petang aku cakap dia dah telefon sekolah rendah, Jumaat boleh ambil di pejabat. Selamat berkerja keras sepanjang cuti! (Kena bawak balik printer HP ku. Sekarang printer sudah pulih daripada sakit).

Hari ni budak sesi petang dah 100% dicutikan. Lagi pun tak de tempat nak dok kalau budak2 tu datang. Kelas dah dibuka jadi dewan untuk SPM dan STPM. Cikgu2 yang dah settle kerja, settle kemas meja bleh la rehat. Aku pun rehat la. Tak boleh start kerja streaming lagi kan.... Tadi sesi sembang2, makan2, tangkap gambar. Aku lupa bawak DSLR aku sebab hari ini aku sangat kalut. Choi!

----------------------------------------------------------------

Sebab apa aku kalut? Pagi tadi aku ikut kawan ke KPM kat Putrajaya. Keluar dalam kul 8. Jem ye kat Jalan Duta, Mahameru..... Semalam kawan aku ajak pergi buat rayuan, dia rasa ok kalau berteman dari pergi sorang. Bagus la. Aku pun boleh try buat rayuan. Tapi apa yang jadi kat sana sungguh luar jangkaan. Aku ingat hantar borang aje, rupa2nya ada sesi interview semua. Ada yang bawak anak, siap nangis tersedu2, ada yang dah berapa kali buat rayuan sampai dah lupa ni kali ke berapa masih tak dapat2. Rasa kerdilnya aku kat situ. Tak mau ingat! Tak cuba tak tahu, sekarang dah tengok betapa susahnya cikgu2 nak minta tukar, kerja kerajaan. Kerja lain tak seteruk ni kan. Sampai Kepong semula dah 12.15 tengah hari. Kalut2 naik ke rumah, ambil laptop, ambil kunci kereta, terus gerak ke sekolah. Sebab itu gua lupa tarik beg Nikon gua!


Kawan2 guru,
selamat bercuti, hati2 memandu tak kiralah nak balik kampung atau bercuti, kalau ada kerja kena siapkan time cuti2 ni, selamat berkerja, sama la kita :)

Cuti pun ada kerja kan. Sapa kata cuti boleh rehat2 jer. Tu nasib baik tak jaga SPM atau STPM. Confirm dah burn cuti sekolah tu.


2 comments:

ctZue said...

salam aidiladha fizah...
samala kita,raya kat cni jer... =(

Teacher Hafizah said...

selamat hari raya utk ko gak. waaaaaaa