08 November 2010

~My Another Busy Life As A Teacher~

Time: 9.00pm-9.30pm
Class: My room jer
Title: (Baca la kat atas tu)
ABM: Laptop

Induction set:

Skema kan tajuk aku yang tak bleh blah tu? Sekarang aku dok dengar lagu Tomok citer Arjuna dok nyanyi baekkk punya kat tv3. Tak pe la ye, aku tak minat. Dulu mula2 kot agak teruja la sebab dah lama tak de citer pendekar macam zaman aku sekolah rendah dulu. Dulu minat giler tuh. Arjuna merepek!


Activity:

Hari pertama selepas cuti Deepavali. Budak masih ramai yang rajin mai sekolah. Hari ni giliran budak2 Ting. 2 hantar buku teks. Tu yang ramai tuh. Tapi ada gak yang datang pakai short skirt baju t-shirt tah hape2, hantar buku, pastu terus kuar jalan2. Ala, g JJ le tuh.

Esok ada refleksi.... maleh betoi le. Ada refleksi maksudnya aku kena check register. Dah lama tak check, sejak Julai tu. Jenuh aku kena cover balik: Julai, Ogos, September, Oktober. 4 bulan! Aku kena check apa?

1) pengiraan. Penting nih. Kadang cikgu tingkatan ni pun pening. Tulis lain, kira lain. Jaga 1 kelas pun pening. Aku yang jaga 12 kelas ni pe citer?

2) ringkasan. Bahagian ni pun ada pengiraan. Kira %, bilangan pelajar dalam bulan semasa berbanding bulan lepas dll.

3) pengeluaran surat amaran. Kena peringat cikgu2 ni antar surat amaran kat anak2 kelas depa. Hai! Aku paling malas nak tengok ni. Kena check betul2. Kang tersalah hantar surat plak. Kira hari yang tak datang tanpa alasan jer, kalau ada surat tak yah kira. So, kena la tengok dari bulan2 sebelum tu. Selak2 kain muka surat. Berpinau bijik mato den! Pastu, check nama tarikh surat amaran dikeluarkan.

4) analisis bahagian depan register. Ni ringkasan untuk semua pengiraan tiap2 bulan. Ada bilangan pelajar dalam kelas, % dll.


Penat aku tengok nombor tu. Sehari tadi tak habis lagi keje2 semakan register tu. Esok kul 11 ada refleksi dah. Kena datang awal lagi la....Pastu, cikgu2 pagi dok tanya, ''Fizah, awalnya datang. Watpe?'' Bongok tak. TBoldiap2 bulan refleksi aku datang awal nak check register, dok wat tanya2 lagi wat pe? Konon prihatin. Prihatin tak kena gaya. Apa ke bongok tiap2 bulan tanya soklan yang sama. Tukar la skit. Tensyen!

Tadi sempat semak 8 kelas. Esok pagi ada baki lagi 4 kelas. Boleh la. Tapi mesti aku tak sempat makan lagi kan. Huhu.

Reflection:

Lebih separuh register dah disemak. 8/12 kelas. Cukup pening kepala. Kalau guru kelas tu jaga register dengan kemas, buat kerja elok2, takla sakit kepala aku nak check. Tapi biasa la, manusia ada yang sambil lewa. Tu yang payah. Sambung esok plak.

Bubbye ^__^


4 comments:

Anonymous said...

best nya jd cikgu tp kena ada sifat sabar kn..? nak2 zaman skrg ni plbagai ragam pelajar yg kita xblh nak duga. apa2 punm, moga fiza jadi cikgu yg gemilang, t'bilang & cemerlang..

Shahrul Yusof said...

Time hujung-hujung dekat nak cuti ni biasa budak-budak yang tak amik periksa dah mula malas nak datang sekolah. hehe

lorongsetia8.com said...

busy busy...cikgu mmg mencabar.

yg tak busy mungkin cuma cikgu Amran aje? hehehhee

Teacher Hafizah said...

nani: haah. apa2 pun sabarrrrr. lebih2 nnt kena saman plak. huhu.
sylarius: selalunya macam tu la. tp bdk2 thn ni terlebih rajin dtng skolah pas exam plak....
naf: cikgu amran pun bz. xleh lari punya. hahaha