28 October 2010

~HPV~


Siap marking 1I's science paper 2. Ada yang bagus, ada yang~~~ biasa la tu. What do I expect? :P

Then, doing my report for Unit Kesihatan. Laporan suntikan HPV: kanser servik utuk Form 1s' girls. Ada nangis meraung semua la. Actually, suntikan 1 dan 2 dah lepas dah pun. 23/9/2010
dan 19/10/2010. Aku jer yang tak update kat sini. Tu zaman kemalasan mengupdate aku la tu.

Cerita sikit, apa itu suntikan pelalian HPV?

Cegah kanser servik melalui pelalian HPV

Kanser servik:

Terjadi pada pangkal rahim(servik). Kanser ke-3 paling kerap meragt nyawa wanita selepas kanser payudara dan kanser kolorektal. Dianggarkan 1500 wanita di Malaysia mendapat kanser servik setiap tahun! Kanser servik penyumbang 6% kematian di kalangan wanita.

Human Papilloma Virus(HPV):


HPV merupakan penyebab utama kanser servik. Setiap wanita berisiko dijangkiti HPV selepas berkahwin.

Pelalian HPV:

Pelalian yang diberi untuk mencegah kanser servik akibat jangkitan HPV. Pelalian percuma diberikan oleh KKM kepada pelajar perempuan berusia 13 tahun di sekolah2. Disuntik di atas lengan sebanyak 3 kali suntikan (3 dos suntikan) dalam tempoh 6 bulan mengikut jadual:

Suntikan 1: tarikh pelalian pertama
Suntikan 2: selepas sebulan daripada tarikh suntikan 1
Suntikan 3: 6 bulan selepas suntikan 1

Suntikan adalah selamat, mungkin sakit atau bengkak sedikit di tempat suntikan.

Ok, tu serba sedikit pasal suntikan tu. Mari tengok muka anak2 muridku. Hahahaha.

Ambil tinggi dan berat

Yang kat luar, kena isi borang dulu

Injection's time!


WAAAAAAAAA


No comments: