Salam dan hai,
Bersiaran langsung dari rumah kegemaran (bilik kegeramaran I) selepas makan roti Butterscotch. Roti jer ke? Dah2 la. Buka puasa semalam dah makan nasi. Pastu, kul 10pm g makan laksa ngan kerang rebus plak kat rumah acu aku di Titi Serong.
Lama tak hupdate kan~ ni kira hupdate gambar je la. Aku pergi Ipoh City last week. Ini la hasilnya~
Kedai hujung tu kedai CD yek. Lawa kan bangunan-bangunan lama ni. Aku suka tengok design bangunan lama. Memang orang dulu-dulu pandai buat bangunan. Kukuh sampai sekarang.
Memory Lane: jalan ni hidup waktu malam. Aku p tu siang. So, tak dapat le tengok apa ada kat situ. Happening katanya kalau waktu malam! Ye tak orang Ipoh?
Bangunan ni pun cantik! Masa ni memang hujan dah nak turun. Sebab tu dapat awan macamtu.
Masa lalu kat tepi pasar ni aku cakap kat kawan aku, ''Besarnya market ni!''
Memang la besar kan, tengok nama la. Siap ada parking lot kat bawah bangunan pasar tu. Ni aku tak pernah jumpa sebelum ni. Pasar : ada tempat parking kat bawah dia. Biaq betoi?
Komplek Yik Foong. Dulu ni tempat femes budak2 sekolah melepak. Sejak ada Jusco, Greentown Mall etc, lengang la sikit. Aku masuk jer ''Rasa macam kat Pertama kat KL jer.'' Masuk 1 kedai keset. Sempoi! Kedai tu ada banyak stok keset lagi tau. Sekarang ramai dah layan CD, MP3, MP4; tapi situ banyak lagi jual keset. Lagu-lagu pun, maveles la~ dari pop, rock, ska, punk, metal etc. Nama kumpulan pun banyak yang aku tak penah dengar. Underground!
Ada sorang cakap apa barang dok kat Ipoh. Bagi aku, ok jer aku tengok. KL lagi crowded woi! Kalau nak happening, KL memang happening. Tapi bila dok lama-lama kat sana, boleh pening!
p/s: Ramai dah mood raya. Aku je tak mau tulis pasal raya lagi. Hahahaha. Klah~ SALAM AIDILFITRI. MAAF ZAHIR BATIN :)
2 comments:
pa kata cekgu try posting kt ipoh, mn tau sng dpt. br leh tau live kt sni cmne...lom cuba lom tau, gud lucks!
ye? tq wahai anonymous
Post a Comment