08 July 2010

~Ya Allah, aku jatuh cinta!~

Pertama kali mendengar lagu Always Be There by Maher Zain~Oh, indahnya! Sedap suara dia. Pastu dengar Palestine will Be Free, aku nangis. Tambah2 plak dengar sambil tengok videoclip dalam youtube~ sedih siot!

Pastu dah tanam niat. Aku nak cari CD dia. Kawan aku yang dok sebelah dalam bilik guru pun giler lagu dia. Kawan aku dah cari area Sri Gombak tapi semua da abis. Frust la konon aku ni. siap post kat dalam FB kat mana lagi nak cari CD dia? Abang senior masa sekolah menengah aku cakap dia ada nampak iklan kat kedai mamak. Allooo abang! tu kat Penang la. Cet!
Tadi jalan2 cari makan kat pasar malam Taman Ehsan pas sekolah. Rasa nak usyar kat gerai jual keset2 agama, nasyid. Kata hati, 'Mungkin ada. Tengok je. Tak luak pun.' Skali ada! Wah! Zati, ko jangan jeles aku dapat CD ori Maher Zain ni. Selaku kawan yang sayang kawan ni, aku tanya la ada lagi 1 tak? Pokcik tu kata ada yang ni 1 je Zati. Takpe, memandangkan ari ni besday hang yang ke 27, aku akan burn CD ni sebagai besday present hang tahun ni. Haha! Aku tau hang suka punya! 100% yakin sebab aku tau kegilaan hang mencari CD ni sampai ke Sri Gombak nun.
Sambil tulis entry ni, aku sedang dengar track ke 9, For The Rest Of My Life. Semua sedap! Ada lagu bahasa Urdhu. Bahasa Hindustan yang jadi bahasa kegilaan aku kecik2 dulu. Aku belajar Urdhu dari cerita2 hindustan la ni. Dulu punya hindustan kan best, skarang hampeh. So, aku paham la skit2. Wah! Sedapnya. Kalau boleh digambarkan dengan aku tengah makan, lagu2 dia rasa macam makan nasi kandaq di tanah tumpah nasi kandaq: Penang! Macam makan nasi kerabu kat Kelantan. Sedap! Lazat! Lazat? Gila la lagu lazat~
Kalau rasa nak dengar tanpa beli CD ni, sila ke www.maherzain.com .



Lagu2 dalam CD pertama ni 'Thank You Allah':

1) Always Be There
2) Ya Nabi Salam Alayka (English mix with Turkish, Urdhu and Arabic)
3) Insha Allah
4) Palestine Will Be Free
5) Thank You Allah
6) Allahi Allah Kiya Karo (English mix with Hindustan)
7) The Choosen One
8) Baraka Allahu Lakuma
9) For The Rest Of My Life
10) Hold My Hand
11) Awaken
12) Subhana Allah
13) Open Your Eyes
14) thank You Allah (acoustic)

2 comments:

semut lelabah said...

burn tok aku skali.. :)

Teacher Hafizah said...

ko layan ke?
ala, g beli je la kat kedai mamak. haha