19 July 2010

~Aku ingin yang indah2 =__=~








Sapa tengok drama ni kat 8TV sebelum ni?

Lama tak menulis entry kerana sibuk tengok drama korea. Brilliant Legacy. Aku beli DVD cemetakmak romompakmak :P. Best! Sekarang dah disk ke-4. Dah nak abis~ Ada part sedih memang nangis.

Ni pelakon2nya:

Han Hyo Joo as Go Eun Sung , Lee Seung Gi as Sun Woo Hwan, Kim Mi Sook as Baek Sung Hee, Moon Chae Won as Seung Mi, Bae Soo Bin as Park Jun Se, Han Ye Won as Woo Jung , Jung Seok Won,Min Young Won

Han Hyo Joo sangat comel!!!
-------------------------------------------------------------------------
Lately aku sering diserang migrain dan sakit kepala. Lagi teruk jika menjelang dan time period. Tahun ni saja rasanya MC aku banyak sebab ni jer. So, latest aku ke klinik, doktor suh aku try makan evening primrose. Mula sebiji hari pertama period hingga hari ke-15, then continue 2 biji setiap hari. Banyak lagi kelebihan evening primrose. Sila google ye ^__^.

--------------------------------------------------------------------------------

Weekend lepas Pipah mai rumah aku. Ke Klang, hantar baju makcik. Pastu, petang almost 5 ke sekolah plak sebab giliran menjaga budak2 petang yang terlibat dengan Kem Ehsan yang melibatkan pelajar Islam jer. Actually kem ni lebih kepada kem ibadah, tapi kalau cakap tajuk kem tu awal2, korang rasa ramai ke budak yang nak datang? Bertugas 4.30pm hingga 10pm. budak2 ni tak pernah kem rasanya. Yang pompuan, nak mandi, tukar baju, kemas beg baju~~ ramai yang tak tau! Malam, menonton persembahan pelajar. Budak2 ni, lakonan dengan conclusion takde kaitan pun. Merepek meraban, pastu abis, bagi conclusion yang what the fish?
:(
--------------------------------------------------------------------------------
Ahad pagi aku ngan Pipah ke The Curve melayan wayang. Tengok Despicable Me 3D! Best. Sila pergi tengok citer ni. Kelakar, cute, comel. Budak2 pompuan citer ni~ very cute! Kemudian, membeli dan membelah ini:


Pearl shine shadow RM8
Blusher RM12
Brush RM16

Agrhhhhh~ Sayang kamu! :P Hatiku memang melonjak gumbira kalau dapat barang2 ni.

----------------------------------------------------------------------------------

Tadi, balik sekolah aku ke Selayang Mall. Tolong bayar bil Celcom Broadband Pipah. Masuk Watson nak cari 1 benda tapi takde. aku try ni


Kulit kering sejak akhir2 ni. Tolong tutup kekurangan aku T__T


No comments: