11 May 2010

~Mode: Membaca. Bukan Mengarang~

Tapi aku cian tengok blog aku ni tak berupdate. So, aku tukar skit la mode tu kepada mode mengarang laju2 .

Weekend lepas bukan dihabiskan secara boring dan tidak berfaedah dengan tidor sepanjang hari. Aku takmau bela badan naik berkati2. Sabtu, sekolah aku ada Program Mesra kat Ulu Yam. Mesra macam Bob Mesra. But, up to 10 aku bleh bagi 6 je. Aku tak expect bayar duit untuk dengar ceramah dan LDK kat bawah bangsal, pastu sebelum balik baru ada 1 aktiviti outdoor. Apalah makna buat di Nur Laman Bestari jika aku tak tau apa yang ada kat dalam tu. Turun bas, kami terus daftar diri dan duduk kat dewan yang aku rasa layak panggil bangsal sebab ada bumbung, tiang2 dan lantai simen berhimpit2, makan, solat, sebelum balik ada aktiviti kumpulan : bawak sebotol mineral guna kertas majung tapi takleh tumpahkan. Best la lagi kami bila dalam bas pergi dan balik. Pengisian tak lekat kat otak aku sangat. Macam p suka2 jer. Aku bagi 6 sebab pe?

1) Ada kawan2. Ok, so not tooooo boring la even though group yang aku dapat agak skema nak mampus. Geng petang aku gak best. Ada cikgu yang mempertikaikan word 'geng', eh, ada aku kesah? Upin Ipin pun guna 'geng' kan?

2) Makanan dan minuman yang sesuai untuk menjaga kesihatan. Bihun tawar, sirap tawar: kan elok untuk mengelakkan diabetis? Tengah hari ada AYAM! Oh, for sure aku tak sentuh sebab aku on 'SAY NO TO AYAM' sebab aku alergik makanan gatal2. Maka, aku berubah menjadi vegetarian: nasi berlauk tauhu dan kobis masak lemak je. TQ =__=

3) Ada la 1 game yang boleh buat kami pecah perut. Actually tu bukan game membina sangat pun. Each group kena hantar cikgu paling hensem dan paling cun untuk diperbodohkan di tengah2 crowd. Bukak 1 way macam stage catwalk, so, depa2 tu kena menari macam orang bodoh ramai2 sampai orang lain gelak2, kutuk2 pastu sorang2 kena belakon adegan kekecewaan. Ada la yang wat adegan mati bini, tumbuk, bunuh pakwe, nak terjun bangunan etc. Kreatif btoi! Yang lain? Tumpang gelak.

4) Wat kat luar kawasan sekolah, kat Ulu Yam. Dah nampak air, tapi takde masa nak p main air. Tak ke menyakitkan hati? Tah apa ada kat dalam Nur Laman Bestari tu pun kami tak tau. Tak sempat jalan2 cuci2 mata pun. Jalan2 time melilau cari tempat amik wuduk, pastu ada sorang pakcik cakap ada kat kantin (air kecik btoi macam iklan Suparjo: air kuar macam kencing tikus!). tu je la.

5) Ada lagi~ Simpan je la. tulis banyak pun tak guna (-__-)''


Ahad. Aku rasa Ahad lagi best! Aku kuar dengan Emon and Lizzie tengok Iron Man 2! Hahaha. Puas ati aku! Lizzie tu nak tengok Toy Story. Sorry Lizzie, bila 2 kepala lawan 1, 1 kepala tu kena redha dan mengalah ikut lagi 2 kepala. Kak Ijah tau ko boring giler tunggu biler citer nak abis! Hahaha.

Pas wayang, lapar le. So, cari makan. Banyak la songeh kami. Mula2 nak g Subway. Dah sampai depan Subway, mmmmm, tukar nak try kat Garden, tukar lagi ke Apartment, lastly, Winter Warmers. Makan la di tepat ala2 English dengan meja bulat yang betoi2 muat air dengan makanan! Makanan: ok la. Nak kata best sangat2 tu tak la. Kata pun nak terjah dan try!




* sambil menaip aku membelai rambut. OMG, rambut gugur lagi =__=. OK, sekarang boleh sambung baca Cinta Sufi dengan aman. Amin!

3 comments:

stiffler said...

mana satu ni..membaca atau mengarang..owh ya,benda apa yang lu makan tu..nampak sedap

MissNafa said...

akhirnya, berupdate juga blog dia.. hehe :)

iza_fiza said...

MissNafa: akhirnya....hehehe
Stiffler: g la try. ari try terjah2 je. kat winter warmers, the curve