09 January 2010

Lega! -_-

Sejak buka sekolah, saya jarang2 dok kat meja saya. Selalunya (tiap2 hari sebetulnya), saya dok di bilik peperiksaan buat sreaming budak2 Form 1 dan Peralihan (PA) 2010. Seminggu menghadap nama2 yang sama, berulang2 kali. Ada saja yang tak betul. Ada nama yang tertinggal, ada yang bertukar2 kelas. Nak muntah tengok Excel sheet yang banyak. Macam tu keje penyelaras rupanya. Samapai ramai yang tegur tak nampak muka saya sejak hari pertama. Soalan2 feveret sepanjang 1st week sekolah dibuka:

" U tukar pagi ke?"

" U pagi ke petang?"
"No. I petang."
" Wa, awal2 sudah datang aaa."
-_- "Ada keje."

"Woi, penyelaras baru, samapai tak nampak muka hang."

"Tukar tempat ke? Tak nampak kat tempat lama pun."

"Ada tukar lagi ek kak nama budak2 dalam kelas 1 tutttttt?"


Argghhhhh!
Kalau lama lagi, saya boleh muntah hijau tengok nama2 budak tu. last retan, ada 463 orang students Form 1. Ada beberapa nama yang unik2 saya dah boleh ingat. Muka je tak kenal.

Hari Khamis baru boleh kuar senarai nama pelajar mengikut kelas (ni betul2 dah tak perlu edit dah).

Pas siap.... muka berseri2. Dah boleh tegur semua orang. Dah tak jadi robot yang jalan laju2. Dah tak jadi pelari pecut jika tertinggal something kat bilik guru. Dah kendur otot2 muka, boleh senyum (sebelum ni aura serius je). Sebelum ni PK Petang kata, "Cian penyelaras kita. Keje kuat. Kang nak letak jawatan lak."

Sekarang dah tak macam tu. Hehehe. Siap keje paling penting awal tahun ni. Cuti minggu ni kena buta borang cegah ponteng. Isnin dah nak guna.

Tadi g jalan2 ke IKEA. Bukan beli barang. Cuci mata. Kak Nolie dengan Kak Non yang beli barang. I kan suka cuci2 mata ni. Sorry, takde gambar di sana!

1 comment:

rizputra7 said...

selamat mengajar yer...mana budak2 yg tak dengar kata...tarik jer telinga diaorg..