30 April 2009

TO DO LIST.....


*Write a birthday card for him :)
*Present? Mmmmmm
* Laporan Disiplin April 2009-Gantung
*Soalan Cuti2 Belajar: Kak Ida
*Semakan buku latihan pelajar-Science: Pn. Sarojah
*This Friday: Jakel!!!!
Apa lagi ek??? Aku tak ingat dah

29 April 2009

my 019 simcard


Pagi tadi bila aku bangun bateri handset ni dah kong. Disebabkan mamai, aku tekan no. pin-apa-tah-la kat situ....and..akhirnya simcard aku di'block'. Kelam kabut aku. Nasib baik Ida tak g kursus lagi tadi. So, aku borrow dia punya henset tanya member2 yang guna 019. nak tau no.PUK. Dapat dari Kak Fiza. lain simcard lain no.PUK ke? Mana aku tau. sebab nak tunjuk 'terror terrorist' sangat la last2 simcard aku kena reject. Mana la bleh idup dengan sempurna bila tiap2 ari ada henset tapi ari ni ada henset tapi tak bleh guna kan. Apa pekdahnyer ada henset.
so, dengan sebal (sendiri cari penyakit kan....) aku g Blue Cube. Kot2 diorang bleh ubati simcard aku ni. Yang sakit ati aku ni...bila aku sampai awek jaga kaunter tu suh tunggu senior dia. bila senior dia kuar dari meeting, dia kata dia tak leh buat plak! Kalau agak tak bleh cakap la awal2 tadi. Ni aku dah tunggu lama (agak2 15 minit je, tapi dalam emergency macam ni 15 minit pun rasa lama giler!) last2 cakap tak leh buat.
Terpaksa la aku drive mencari Celcom Center kat Selayang. Dah la tak tau tempat. Main redah cari ikut map yang Ida cakap. Bila aku sampai area yang asing (sebab aku tak penah p, rasa macam bukan kat Malaysia je), aku macam orang buta la. Aku call Aimi nak tanya mana Celcom Center? Rupa-rupanya depan mata aku je. Hahahaha. Kejap je settle problem simcard aku tu. Lain kali wat pandai lagi. Kan dah kena g jauh dan ilang Rm5 (sebab ganti simcard baru). Mamat tu cakap may be petang or malam baru bleh guna.
Aku balik je dari skolah around 6.50pm, aku on my handset. Yahoooo! Akhirnya pulih seperti sedia kala. Huisshhhh...lega aku.
Malam ni aku dok sorang. My hosmet g kursus kat Hoterl Sri Malaysia, Sepang. Hang tinggal aku no....sob sob sob

28 April 2009

zzzzzZZZZzZZZZZzzzzz

Kebosanan melanda. Bosan dengan rutin kerja yang sama. Aku ingin pergi bercuti! Hai, kalau la ada lebih masa? Memang ada...dengan Celcom Blue. Hahahaha. Apa kes aku merepek ni?


Dah ke bulan aku ni. Tido weh, tido. Dah kul berapa ni aku tak g zzzzzzzzzzzzz lagi. Tolong lah mata....tutup wat sementara waktu....


* 'motibasi' untuk zzzzzzzzzzzz

26 April 2009

DAN SEBENARNYA - YUNA

oh bulan
jangan layan diriku lagi
pabila,air mata membasahi pipi
dan lagu2 di radio
seolah2 memerli aku
pabila,kau bersama yg lain
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku
ku enggan
berpura pura ku bahagia
ku enggan
melihat kau bersama si dia
oh ku akui cemburu
telah menular dalam diri
pabilakau bersama yang lain
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku
pabila kau merenung matanya
ku rebah,jatuh ke bumi
di saat kau benar-benar mahu pergi
seperti ku bernafas dalam air
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu kau juga merindui aku
oh
*Lagu ni sangat relax. I like the music! So, enjoy d lyric

Jalan sakan!!!

After 1 month struggle working on Saturday, today...I can rest!!!
Sronok giler. Dah lama tak spend time jalan-jalan, me'relax'kan otak, menghabiskan duit (o_O). Hahahaha.
Kul 3.00 pm aku kuar bersama-sama member@sis paling cool aku kat sini la. Sapa lagi kalau bukan hosmet terchenta. Disebabkan kemalasan nak drive tahap cipan ditambah kemeluatan mencari parking, kitorang decided to take d komuter la. Konon nak senang, tapi apa yang berlaku agak kurang memuaskan ati, otak dan badan aku. gile lama tunggu komuter kat Kepong Central. Mula-mula, ting tong ting:
* komuter dari Rawang mengalami kerosakan. Tren seterusnya akan tiba dalam masa 30 minit.
(lebih kurang gitu le ayat awek tu cakap)

Lepas tu 30 minit yang mengujakan tu....
(ape kes tren tak sampai-sampai lagi kan)
*Tren akan tiba dalam masa 8 minit.

Total plus minus aku terpacak kat situ 50 minit... hoooo. Ini sungguh-sungguh melampau.
Sebelum tu..aku ada mention tak aku nak g mana ni? Kitorang nak g PWTC je...Memandangkan ni 2nd last day of Pesta Buku Antarabangsa (last year aku tak p pun), kugagahi jua kaki ini. Dalam tren bersempit-sempit (macam-macam bau ada), nak kuar kat Putra pun bersempit-sempit, kat dalam PWTC pun bersempit-sempit gak. Ni kalau tiap-tiap ari aku buat kira bleh slim la badan ni.Ramai btol manusia sampai pening aku ni. bukan bleh bertapak kat area ramai and sesak ni. Rasa semacam wo.
Punyer lama pusing, last-last ni je yang aku beli

#tetibe mood nak menjahit ni datang balik kan. Thesaurus tu bukan hape...dah lama aku nak beli. Tu kira memenuhkan ruang ilmiah aku la.
Kul 6.00pm, kitorang meneruskan program jalan-jalan sakan ari ni ke SOGO terchenta.Niat di hati nak beli sandle je. Sandle je tau...tapi aku teruja btol tengok satu handbag tu. Colourful! But, aku dah worning awal-awal kat Ida...
Aku: Ida, kalau hang tengok aku ala-ala buang tebiat nak prabis duit
gaji yang baru masuk ni...tolonglah sedarkan mimpi indah aku tu

Ida: OK

Dan akhirnya aku bleh control nafsu dari beli handbag tu walau pun ia sangat cumil, cute....yang penting aku minat la. Slamat RM135!
Tapi Ida beli handbag sebab dia cakap handbag dia dah rabak ala-ala baju Tarzan.
Aku nak sandle...Tau tak aku kehilangan '2 ekor buaya'? sandle Crocodile aku dicuri orang!!!! tu la sandle aku yang selesa. Walau pun diamonds kat 'buaya' aku tu dah tercabut ilang mana tah...ada gak orang berkenan. Kenapa 'buaya'ku itu yang kau cilok????
Hasilnya, bukan 'buaya' yang aku beli...tapi NEL ini
(RM79.90 x 30% discount = RM55.93) huhuhuhu

Apasal aku nak kena pilih yang colourful gak ek? Senang beb...Bleh sarbat dengan semua clothes. easy maaa.
Plan asal terpaksa diubah di saat-saat akhir coz dah tak sempat. So, plan nak g pasar malam kat Jalan TAR tu berkubur begitu sahaja sebab diganti dengan slot 'mari makan-makan sebab lapar giler'. McD kat SOGO tu je...yang ni lupa plak aku nak snap sebab bubur ayam tu memanggil-manggil aku....

# Makan la. Makan la.

So, perut aku pun jawab:

#Memang ko akan abis licin jap g. Hahahaha.

Pas makan, balik rumah. Yang tak tahan tu bleh plak singgah Mayana tapau stok untuk midnight.....slim hapenyer....

Aku- Koey teow tomyam lagi

Ida- Bihun pataya

Huuuu. Gumok la gini.

















01 April 2009

kenapa aku xbleh tdo malam ni???

now is 3.30 am? but why my eyes are still bright ang steady???waaaa. esok keje la....aku baru abis khatam rahsia perindu by RAM my feveret writer. BEST!!!! macamana dia bleh pikir idea macamtu? Kagum la!