19 November 2009

pot luck


Ari ni ada pot luck. Kami masak ramai2 kat rumah Kak Nolie. Aku g dengan Kak Ida. Tu pun, kul 10.30 pagi baru sampai. Makan2 dulu, Kak Nolie wat spegeti. Pastu, Kak Siti plak sampai. Kul 11 kot, baru Kak Ma sampai dengan Zati. Tu pun Zati kuar balik sebab nak cari sotong dia tu, nak wat kerabu sotong. Pot luck ari ni temanya makan tengah hari.

Kak Ida wat laksam. Aku pun tolong dia. Nak belajar buat. Kuah senang, laksam dia yang renyah sikit. Kena rebus satu2. So, dengan berpandukan arahan Kak Ida, aku buat kuah laksam. Laksamnya Kak Ida yang bancuh. Aku tak pandai la.

Ok, ini resipi laksam ^_^ Tadi kami wat dalam kuantiti yang banyak. NI aku anggar untuk beberapa orang makan la k.

Kuah:
1 kg ikan sardin -rebus, ambil isi sahaja, mesin dengan santan4 ulas bawang kecil -mesin
1 inci halia - mesin
1/2 sudu makan lada hitam - tumbuk
3 keping asam keping
sepeket santan pekat - cairkan
garam
gula

Laksam:
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
air panas
air

Hiasan:
1) taugeh
2) kacang panjang
3) daun kesum
4) bunga kantam
*2, 3, 4 - dipotong halus

Sambal:
cili merah
belacan
garam
limau

Cara2:

Kuah:
1) Campurkan isi ikan, bawang merah, halia, lada hitam yang telah dimesin ke dalam periuk.
2) Masukkan baki santan ke dalam periuk. Cairkan ikut keperluan.
3) Masak hingga menggelegak. Kena sentiasa kacau kuah.
4) Masukkan asam keping.
5) Masukkan garam dan gula secukup rasa.
6) Masak hingga pekat.

Laksam:
1) Gaulkan tepung beras dan tepung gandum.
2) Masukkan air. Gaul hingga rata.
3) Guna sedikit air panas. Kemudian, guna air biasa. Adun cair seperti buat tepung untuk kulit ketayap.
4) Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak. (bila masak, kita nampak ada gelembung2
5) Sejukkan sekejap. Gulung laksam.

Cili:
Buat macam nak buat sambal je.

Siapla laksam. Aku kena tulis sini untuk ingat resipi ni. Buat sekali, pastu dah tak buat, bleh lupa wo.
Sharing is caring kan. So, try la.
Sedap!

2 comments:

imHepPie said...

wuuu cam sedap je nih

fiza said...

try ah. tok guru tu mmg pure klate. hehe