28 November 2009

Dugaan datang lagi

Aku dengar, Tuhan menguji mengikut kemampuan kita. Apa yang kita lalui, semua tu kita mampu hadapi. Ada orang kata, garis tangannku tunjuk hidupku penuh liku. Sekarang aku baru 26 tahun. Panjang lagi ke liku hidup aku? Mampu ke aku tahan?

Walau sekarang pun ada masa aku tak sanggup nak lalui. Aku tengok orang lain, aku cemburu, kenapa orang tu nampak gembira sangat, bahagia? Aku? Ada masa aku bahagia, sangat bahagia. Tapi bila aku sakit, ati macam ditoreh2. Aku nak cerita pada siapa? Tak boleh. Ni cerita aku sorang. Orang lain mungkin akan kata aku ego, tak mau kongsi, mungkin orang boleh tolong. Aku tak mau.

Aku ni bodoh ke? Ada ke kawan2 aku yang fikir aku ni 'bodoh', 'poyo'? Walaupun aku tak lah tau maksud poyo tu sebetul2nya, aku tau bukan bagus sangat ada 'poyo' tu.

Aku sekarang bukan Fizah yang se'happy' dulu. Luaran, bila orang tengok orang kata aku happy. Dalam, aku je tau.

Aku benci orang tanya aku, "bila nak kawen?". Benci! So, jangan tanya aku. Aku tak tau jawapan tu.

Benci!

Benci!

Benci!

Seronok tengok kawan2 aku yang dah nak ke jinjang pelamin. Sibuk cari barang, jumpa kawan2 sembang pasal barang2 nak kawen. Beli barang kat mana, tempah mana, katering amik mana, baju, mekap, door gifts, pelamin. Aku tak tau nak sembang apa kalau orang bukak cerita tu. Aku tak suka. Diam. Bila dah nak kawen, mesti la cerita hal nak kawen kan. Tak boleh ke cerita benda lain bila dengan aku? Terasa jugak bila orang cerita semua tu sebab aku tak tau aku bila, nak cakap apa. Bila orang cerita pasal kawen, mesti aku diam. Benci!

Tuhan uji aku, kiranya Tuhan masih sayang aku. Aku dapat benda lain selain LELAKI. Aku ada kerja tetap. Aku happy dengan kawan2. Tempat keje aku seronok. Rumah sewa aku selesa. Aku keje kat KL bukan kat pedalaman. Aku ada kereta, senang nak pegi mana2. Family aku sayang aku. Kalau aku sunyi, aku boleh main dengan anak kawan2 aku.

Tuhan uji aku dari kecil. Tapi, semua tu aku tahan. Boleh hidup sampai sekarang. Ada yang aku teringin nak dapat tapi aku tak dapat. Aku dapat benda lain.

Kawan, doakan aku boleh lalui semua liku2 hidup. Doakan aku bahagia dengan keluarga aku sendiri. Insyaallah.....

4 comments:

hayad said...

sabo fizah, sabo. aku pun takde pasangan lagi. Allah lebih tau bile kita bersedia untuk kawen. Apa yg Allah bg itulah yg terbaik. Terima dengan ikhlas dan gembira.

Pesanan ini untuk diri aku juge :D

iza_fiza said...

haah. btol la tu. aku geram bila ada yg mempertikaikan 'ketidakberkahwinan' kita ni dayah! hahaha. ada ke perkataan tu?

hayad said...

hehehe, nak wat macam mana, kita wanita bekerjaya.kekekeke

iza_fiza said...

yg penting kita happy kan