21 October 2009

~sej.a.dah ber.d.ri~

sejadah berdiri? dah banyak kes jadi. apa pendapat korang? betul ke tipu? kalau nak kata petunjuk akhir zaman....ya, mungkin ya. kalau kata ada yang nak cari publisiti pun....ya, mungkin ya.
apa pun, kalau ni betul2 jadi, takkan korang tak takut?

ni berita semalam:

PASIR MAS - Warga Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Sangkut, Repek dekat sini gempar apabila 35 helai sejadah yang berada di dalam surau sekolah berkenaan didapati berdiri.
Mereka mendakwa, bentuk sejadah itu kelihatan seolah-olah lelaki dan wanita sedang menunaikan sembahyang dan berada dalam keadaan duduk antara dua sujud.
Sejadah-sejadah tersebut juga seperti sedang berjemaah dengan sehelai daripadanya seolah-olah menjadi imam dan diikuti dengan 15 helai di ruang sembahyang lelaki dan 19 helai lagi di ruang sembahyang wanita.
Kejadian tersebut disedari kira-kira pukul 10.55 pagi oleh seorang pelajar tahun dua, Nurul Huda Mat Jali, 8, yang sedang mengikuti kelas pemulihan bersama beberapa pelajar lain di pondok berhampiran surau berkenaan.
"Saya secara tidak sengaja ternampak sejadah seperti sedang bersembahyang melalui celah pintu. Saya beritahu kawan dan dia memaklumkan kepada guru," katanya ketika ditemui semalam.
Sementara itu, guru terbabit, Adnan Abdullah, 37, berkata, dia terkejut apabila melihat sejadah-sejadah tersebut berada dalam keadaan berdiri dan seolah-olah menunaikan sembahyang secara berjemaah.
"Keadaan sejadah tersebut seperti berada dalam saf sembahyang, ada yang tinggi dan rendah seperti jemaah dewasa bersama jemaah kanak-kanak," ujarnya.


baca ini jugak

2 comments:

Farhana Suhaimi @ Anne said...

aku tak tau la...bile tak dapat tgk betul2 depan mate aku nih...agak susah sket nak caye. tapi rase seram gak la mase memula dgr. Tapi bile pikir balik ade kemungkinan lain...

fiza_sensei said...

haah. i agree. mula2 tngk dlm e-mail, kecut gak aku