15 October 2009

kisah tegak bulu roma aku!

Kursus Pemurnian Data KMLDP SU LDP_Astana, PD_12-14 Oktober 2009.

Day 1:
Bertolak pukul 3.30 pm ke Selayang Mall sebab dah janji untuk jumpa Kak Ros di situ je. Ida yang hantar. Bila sampai je, Kak Ros memang dah sampai situ about 5 min. Gerak ke Sri Gombak, amik Kak Kirah. Pastu terus ke Petronas kat Jalan Kuching, amik Kak Pah. 3 persinggahan, bukan 7.
Sampai ke PD around 6pm selepas beberapa persinggahan. Dalam perjalanan aku disogok dengan beberapa kisah momok di tempat yang kami bakal tido untuk 2 malam. Harap2 bukan bermalam di blok 3. Memang environment kat tempat tu menyramkankan, mungkin tambah seram sebab cerita Kak Pah tadi.
Malam terus ada slot. bukan slot aku, tapi slot Kak Wan, pengenalan. Ini wanita yang dah lama menjadi JU LDP. Memang talk yang diberi in high confident.
Kul 10 lebih naik bilik, kami wat kerja2 menge'burn' cd nota. Aku tak suka sangat burn banyak2 cd guna laptop aku. Bau hangit, cian cd drive aku penat! Hahaha. Kul12.30, dah penat, kami masuk tido. Aku macam biasa sebilik dengan Kak Pah. Tak boleh tido. Terbayang cite2 tadi la ni. Terlelap, kul 2 aku terjaga sebab dengar bunyi perabut disusun may be kat aparment sebelah or atas apartment kami. Tapi yang sure nyer, no one there! Ilusi, katakan itu ilusi je....Pastu lelap lagi. Then, kul 2 pagi terjaga. Macam dah lama je tido rasanya. Angin kuat, ribut, bunyi macam angin masuk ikut tingkap bilik di kanan dan depan katil kami. Sangat kiat, bunyi pelik, dinding macam dihentam, goyang, gegar. Pokok agak jauh dari dinding apartment, agak mustahil nak hentam dinding macam tu. Ribut! Macam2 doa, ayat kursi, ayat Quran aku baca. Aku ingat aku je tak boleh tido, Kak Pah pun tak boleh.

Day 2:
Bangun2 semua share cerita. Semua tak boleh tido except Hing. Dia tau ribut, tapi boleh tido. Jeles btoi! Kak Ros sebilik dengan Kak Kirah. Kak Ros lagi best. Siap menjerit Allahhu akbar! Kuat, badan terhempas kat katil. Dia kata dia nak cakap tapi tak boleh. Kak Pah dengar orang berdehem2 kat tingkap bilik, aku x dengar plak yang tu. Bunyi angin pelik, aku dengan Kak Pah yang dengar lebih sebab tingkap bilik kami ada di 2 penjuru, kanan dan depan katil.
Turun ke hall. Hari ni taklimat oleh En. Ahmad PPD Gombak (kewangan), Pn.Chua (garis panduan) dan Ust.Faizal (KMLDP). Kami JU2 sambung keje burn cd sambil main FB. Keje 2 in 1, pengurusan masa berkesan. hehehe. Macamana nak menempuh malam ni?
Malam, dinner besar2an. Makanan pun banyak dari biasa. Sembang2, kul 10 dah naik bilik. Dok 1 bilik ramai2, sembang, dengar cite yang lucu2 tentang maid akak2 ni. Nak dapatkan mood untuk tido. Harap malam ni lena. Agak2 apa jadi. Better or worse? Lagi teruk! Ribut, bunyi angin lagi menyeramkan. Yang penting, kami tak boleh tido, ditambah dengan sakit perut! Mungkin keadaan apartment di teluk, angin datang dari pelbagai arah menghentam dinding menyebabkan orang tak mau dok kat apartment tu. Bunyi jagi sangat menyeramkan. Dahla sebelum ni apartment2 tu ditinggalkan lama sebelum ditukar pengurusan kepada orang lain. Sebelum ni Sunshine, sekarang Astana. Antara tu.....aku tak tau la.

Day 3:
Semua tak sabar nak balik. Pagi ni slot Kak Kirah dengan aku. Sebab cirit birit, kami share slot ni. Asalnya aku nak jaga power point je, bagi Kak Kirah cakap. But, half way, aku bagi talk sebab Kak Kirah nak g buang 'hasil'. Saya pun rasa nak membuang gak kak! Slot habis kul10 am. Makan pagi, pastu kami bergegas balik bilik, tukar baju, amik beg, blah. Tak sanggup nak dok lama2 kat situ. Lif kat sini pun tak mengalu2kan pengunjung. Keje nak kepit orang je.
Yang penting, sakit perut tidak menjejaskan mood untuk jalan2 kat Nilai 3! Aku sambar 2 kain ela: 3m viscos bidang 60", 4m kain kosong 2 tone nak wat kurung pahang. Pastu, gila, sambar lagi black kebaya pasang. All for RM130. Dah la. Aku lagi gila tengok kain pasang dari blouse mahal, karpet, tikar buluh and bunga. Belum masa kot aku nak beli benda2 ni. Rumah kat kampung dah ada barang ni. Lagi pun aku rasa susah nak muat tikar buluh tu daha keta comel aku walaupun aku minat sangat nak beli (mak dah ada 2 tikar buluh yang besar. mana lagi mau hampar?)
Sampai rumah kul 5.30pm. Kak Ros hantar sampai depan tangga apartment aku. Lega sampai rumah sendiri!

No comments: