18 September 2009

Sepanjang Perjalanan Ini........

Ye. Aku dah sampai rumah. Kami kuar kul 5.30pg pas sahur. Aku g amik Emon dengan adik dia kat bus stop depan apartment dia. Pastu singgah solat Subuh kat r&r Rawang. Ramai btol manusia yang balik seangkatan dengan aku. Hehehehe. Nak amik wuduk punya la susah. Ada q, yang tak bestnyer air kecik giler! Turun macam seurat benang bulu kambing mak aku je! Sabar separuh dari iman (-_-')

Teruskan perjalanan. Jalan smooth je. Mula2 konvoi dengan Ida. Tapi pastu dah asing2. Ida tak prasan aku singgah Shell Slim tu kot. Aku dah cakap sebelum tu sebab minyak aku dah kureng (tak sapa suh tak isi awal2). Pastu kami dah gerak 'alone'. Ada jem kat beberapa tempat la. Kali ni aku balik memang aku tak tengok sangat sign board aku dah sampai mana, jam kul berapa? Kalau slalu drive sorang2 aku keje tengok dashboard ngan signboard je dah sampai mana. Ni sebab sembang sepanjang jalan, so tak sedar semua tu. Jem pun bukan sebab apa, sebab lori slow.

Tak ingat kat area mana (yang pasti pas Slim River sebab 2 lane je) tadi ada wira 'sondoi' myvii. Myvii tu di'drive'oleh sorang awek dan kawannya. Maka, ramai2 la balak2 yang berenti untuk menghulurkan bantuan (standard la tu). Kalau pakcik tua, makcik2 atau lelaki saje, adakah seramai itu yang menghulurkan bantuan???? (^_*) Bumper wira tu tercabut, tersadai baek punya kat line tengah. Siap berasap2 lagi kau! Masa jem konon nak ushar2. Emon siap lambai tangan kat keta sebelah. Skali mamat2 tu amik kopiah pakai. ambik ko! Jangan2 budak tahfiz. Ilang 2-3 ayat hafal. Huhuhuhu. Kepada keta tu (JFN****), sori le ye. Kami nak bagi ilang ngantuk je. Hehehehe. Kesimpulannya, bulan posa jangan gatai2.

Teruskan perjalanan. Jangan pandang accident tu lama2, nanti lagi jem (baek kan aku. hahahaha). Sebelum exit Kuala Kangsar jem, sangat slow. Pastu nampak ada polis jaga. Emon kata ada motor. Motor tu la kot yang accident. Dengan apa aku tak tau la. aku tak tengok pun (tengok jalan je). Ida kol kata kat area pas kilang simen Kuale tu jem teruk. Tadi siap boleh mati enjin g. Lagi kronik tu! Tak tau sebab apa. Pastu dengar kat HotFM kata ada lori tangki minyak meletop. Masyaallah! Diorang dah tutup dua2 jalan ke utara n selatan. Bahaya! Aku tringat Final Destination ni! (sempat aku ni, mulut 'capoi' btoi!). Masa kami lalu kat situ, kebakaran dah abis. Emon kata kepala lori tu hangus tinggal rangka la. (aku tringin nak tengok. setelah diansihatkan yang agak2 berbau warning, so, aku tak tengok. hahahahaha). Patut aku soh Emon snap pic tadi bleh aku tengok gak.

Keluar exit Bandar Baru, suka btoi aku! (^_^)

Dah selamat sampai ke kampung. Syok giler! Cuti 1 minggu. Puas ati aku! Hahahaha. Tapi cuti kena wat keje (T_T'). Sob sob sob. Raya ni nak jalan2 sakan. Bleh???? Dah discuss dengan beberapa kakitangan yang berkaitan, suka aku! Hahahahahaha.


Ari ni busday mak aku weh! Cepat wish kat mak aku. Mak lupa besday dia.....nasib baek anak ingat. K, cau!

4 comments:

chipsmore said...

epi besday makkkk....kui3x..

btw,samat ari raya :)

fiza_sensei said...

hahaha. bagus ye anda chipsmore

hayad said...

epi belated besday utk mak ko. selamat ari raya weh, maaf zahir batin sepjg kita kenal.

fiza_sensei said...

sama la aku jua. maaf zahir batin