16 August 2009

Umurku masih panjang...

Ahad, 16 Ogos 2009:
1.40pm

Aku bertolak balik ke KL dari kampong. Asalnya nak bertolak kul 11am. Tapi bila tengok cuaca adalah sangat gelap, aku pospon balik pas ujan reda. So, dalam kul 12 lebih, ujan pun reda. Aku pun nak gerak la ni. Pipah plak SMS cakap dia dah sampai Bukit Tambun. Mmmmm. Tunggu la jap. Last2, kul 1.40pm baru gerak.
Kat highway tak ujan la plak. Panas je. Aku singgah Caltex Bukit Gantang sebab nak top-up touch n go aku. Ada lagi bakinye tapi tak cukup samapai ke KL.
Sambung gerak balik. Kat Tapah ujan lebat giler. Pastu reda. Ujan lebat lagi kat Slim River. Aku bleh speed sampai 50-60km/j je. Huuuu. Slow tu!
Pastu ujan renyai2 je. Kat Tanjung Malim ujan lebat balik. Bila dah sampai area Bukit Tagar tu dah panas balik. Kejap kena ujan lebat, rintik2, panas, mendung. Macam2 la.
Motif? Bukan pasal cuaca, tapi pasal aku yang nyaris2 accident. Actually, aku sangat bersyukur sebab umur masih panjang (Allah sayang aku lagi!T_T). Yang aku ingat, tu area R&R Rawang kat seberang jalan tu coz aku nampak Petronas. Aku speed 100-110km/j kat lorong paling kiri. Keta tak la banyak time tu. Tetiba je aku nampak ada keta Wira (biru muda/kelabu, aku tak sure) kat lorong paling kanan macam nak elak something kat atas jalan (macam melelong la). Pastu dia langgar divider jalan. Gaya dah nak terbang aku tengok sebab ia sangat laju sebelum ni. Keta tu macam melompat ke lorong tengah, pastu terpusing. Driver dia brek. Aku nampak dalam keta tu penuh manusia. Sebelah driver tu, pompuan.
Benda ni jadi depan mata aku. Yang aku termampu buat jeris "Ya, Allah!" pastu tekan brek. Keta aku brenti dalam 2 meter je dari keta tadi.Dalam otak tak pikir apa2 dah. Otak aku blank jap. Masa aku sedang brek, ada van yang agak laju jugak la dari belakang. Driver van tu terer gak la. Dia cilok antara keta aku yang tengah brek mengejut dengan keta yang eksiden yang jugak brek mengejut terpusing2 tengah jalan. Kalau tak, aku pun accident sekali. Dah kat Rawang tu. Lagi 1/2 jam aku dah boleh sampai rumah.
Driver van tu brenti.(g tolong kot). Aku? Sebab dah ketaq lutut, jantung nak tercabut....aku tak brenti pun. Rasa darah tak de kat muka aku ni. Kena toreh pun tak kuar darah (time tu la!). Aku tengok dari side mirror. Keta accident tu dah brenti kat tengah2 jalan. Bumper depan remuk la. Lain aku tak nampak sebab aku dah ke depan. Ada 2-3 keta berenti tolong. Aku? (Hai, jahat ke aku tak berenti tolong?)
Pastu aku drive balik Kepong dengan speed 50-60km/j sebab tak abis lagi fobia aku tu! Skarang pun aku terbayang2 lagi keta tu accident sorang2. Kalau la aku ikut rapat keta tu....kalau la ada 2-3 keta lain yang laju belakang aku.....kalau la aku ni jenis gelabah giler....aku rasa aku pun ter'join' accident tu! T_T
Aku Terbayang2 lagi ni! Tak suka!!!!!

3 comments:

chipsmore said...

lepas ni...berhati2x di jalan raya..ingatlah org tersayang ;)

hayad said...

tu la pentingnya kita tak ikut rapat dgn kete depan.

apa2 pun syukur pada DIA.

fiza_sensei said...

Aminnnn