28 August 2009

Tempatkan Dirimu Sebagai Seorang Ilmuwan

Hari Isnin lepas aku beli novel baru. Mana tahan lama2 tak beli sebarang bahan bacaan (ingin menunjukkan ciri2 rajin. hahaha). Aku beli novel Maryamah Karpov yang ditulis oleh penulis dari Indonesia - Andrea Hirata. Sekarang dah baca sampai m/s395 daripada 471! Adik aku kata kali ni aku baca sangat lambat. Jalan cerita dia bagi aku adalah - BERAT! Tu yang lambat tu.

Pernah tengok cerita Laskar Pelangi? Aku dapat cerita ni dari Pipah. Dia yang beria2 suh aku tengok sebab katanya cerita tu pasal teacher and her students - Laskar Pelangi. Ya, Cerita Endon. Tapi bahasanya tak sepekat Endon Pulau Jawa sebab cerita ni kat Pulau Belitong (dekat2 Pulau Bangka-Riau). So, 'angin' bahasanya kita boleh paham la. Dah macam kita cakap. Banyak 'e' di hujung perkataan.

Kalau tengok cerita ni, korang kenal nama2 seperti Ikal, Lintang, Mahar, A Keong, Harun, Cikgu Mus etc. Insaf aku tengok cerita ni.

Ok! Balik kepada novel ni, novel ni macam kesinambungan cerita tu la. Actually, Andrea Hirata ni la Ikal dalam cerita tu. Dia dah tulis 4 buku dan Maryamah Karpov ni buku terakhir tetralogi Laskar Pelangi (aku tak baca 3 novel sebelum ni tapi baca yang last. karut btol! ada tengok kat kedai buku tapi tak terbeli sebab aku capai novel lain. hampeh!). Tapi aku paham la jalan ceritanya sebab aku dah tengok ceritanya. Tengok la. Best!
Apa aku dapat dari novel ni?

1) Tajuk Maryamah Karpov- tapi sebenarnya tak cerita pun pasal Maryamah tu. Apa ada pada tajuk?

2) Kalau cinta, apa pun boleh buat. Contoh, Ikal - lulusan ekonomi luar negara, tapi buat perahu semata2 nak cari cintanya yang hilang- A Ling. Arai - penghidap asma, tapi boleh angkat beg yang banyak dan berat2 belaka milik perempuan yang sangat dicintai sejak sekolah - Zakiah. Cinta itu buta.

3) Orang Melayu (tak kira di mana di Kepulauan Melayu) suka menberi nama gelaran yang kadang2 menyakitkan hati. Bukan semua orang suka walau tak dinafikan ada yang suka.

4) Tak kira macamana kutukan yang kita terima dari sekeliling kita, kawan sejati akan sentiasa sokong kita. Masa ni boleh kenal siapa kawan, siapa lawan.

5) Walau bidang apa pun kita kerja, kita belajar; bidang lain kita kena tahu jugak untuk hidup sejahtera. Tak bermakna belajar dan kerja dalam bidang Sains, maka kita tak perlu tau pasal ekonomi (btol!)

6) Ada banyak kesusahan dalam hidup. Tapi, sila lihat dari sudut pandangan lain. Kalau fikir susah je, sampai mati tak boleh buat.

Setakat ni, ini la pengajaran yang aku dapat.

Bak kata Lintang kepada Ikal, tempatkan dirimu sebagai seorang ilmuwan.

Kita tak dilahirkan serba tau. Perlu belajar untuk tau. Kena tengok sesuat dari banyak sudut. Jangan pikir macam orang tak pernah belajar. Guna ilmu yang kita pernah belajar untuk hidup yang lebih baik. (aku pun ada kelemahan yang perlu diperbaiki!)