09 August 2009

sejarah aku banjar (part 1)

Mak aku adalah orang Banjar dari Kerian. Menurut cerita mak, orang Banjar asal Dari Banjarmasin ( dari sini la dapat nama orang Banjar).
Bila mak cerita pasal ni aku excited nak dengar. Mak pandai cakap Banjar. Arwah nenek lagi la terer. Aku? Takat paham je la. Nak cakap lebih2 salah imbuhan aku letak. Trus fedup nak cakap. Skarang rasa menyesal plak tak blajar btol2.
Aku membesar di luar kawasan orang Banjar. Kalau mak membesar di Parit Tok Ngah, Parit Buntar (daerah Kerian: kawasan teramai orang Banjar di Malaysia!), aku membesar di kampung abah. Kurang sangat orang Banjar. Aku selalu dengar dulu pun masa aku kecik sangat. Masa dok kat rumah arwah nenek (dari aku lahir sampai tadika je). Pastu, nenek dok dengan arwah paksu kat Alor Star, kami pindah ke rumah arwah atok (sebelah abah). Pas setengah tahun, kami pindah ke rumah sendiri (sampai sekarang dekat kampung abah jugak).
Sini kurang sangat Banjar. Aku dengar pun bila mak cakap dengan sedara2 sebelah mak. Tapi aku paham tau, cuma tak fasih nak 'bersurah' (bercakap la tu). Tapi bila cakap, slang tu dah ada mak kata. Hehehehe.
Aku teringin nak cari relatives aku, kot2 la wujud lagi kat Banjarmasin nun. Jauh kan. Tapi nak cari susur galur tu susah skit.
Cerita secara oral, moyang2 aku dulu keluarga bangsawan kat sana. Selalu keluar berlayar sebab keluarga berdagang. Moyang2 aku pindah ke Tanah Melayu bawa keluarga dan menetap di sini ( specific place: Kerian, Perak). Sampai ke moyang mak, ada lagi yang balik melawat sedara di Banjarmasin. Mak kata sampai sekarang pun still ada la sedara kat sana tapi kalau p pun mungkin dah x jumpa, x kenal dah (nanti balik kampung aku suh mak citer lagi pasal asal usul aku ni).
Ok! Aku citer pasal orang Banjar ni k.
Banjar
Jumlah penduduk
4.5 juta
Kawasan dengan jumlah pendudukyang besar
Kalimantan Selatan (Indonesia): 2,271,586
Malaysia: 538,826
Bahasa
Banjar, Indonesia dan Melayu.
Agama
Islam
Kelompok etnik terdekat
Melayu, Kutai, Jawa, Dayak
(Dayak Bukit, Bakumpai, Ngaju, Maanyan, Lawangan)
Penghijrahan ke Sumatera dan Malaysia

Suku Banjar yang tinggal di Sumatera dan Malaysia merupakan anak cucu dari para penghijrah etnik Banjar yang datang dalam tiga gelombang migrasi besar.
Pertama, pada tahun 1780 terjadi penghijrahan besar-besaran ke pulau Sumatera. Etnik Banjar yang menjadi pendatang ketika itu adalah para penyokong Pangeran Amir yang kalah dalam perang saudara
Kerajaan Banjar, iaitu Pangeran Tahmidullah. Mereka terpaksa melarikan diri dari wilayah Kerajaan Banjar kerana sebagai musuh politik mereka sudah dijatuhkan hukuman mati.

Kedua, pada tahun 1862 terjadi lagi penghijrahan besar-besaran ke pulau Sumatera. Etnik Banjar yang menjadi pendatang ialah para pendukung Pangeran Antasari dalam kemelut Perang Banjar. Mereka terpaksa melarikan diri dari pusat pemerintahan Kerajaan Banjar di kota Martapura atas alasan yang sama. Pasukan Residen Belanda yang menjadi musuh mereka dalam Perang Banjar yang sudah menguasai kota-kota besar di wilayah Kerajaan Banjar.

Ketiga, pada tahun 1905 etnik Banjar kembali melakukan penghijrahan besar-besaran ke pulau Sumatera. Kali ini mereka terpaksa melakukannya kerana Sultan Muhammad Seman yang menjadi Raja di Kerajaan Banjar ketika itu mati syahid di tangan Belanda.

Penghijrahan suku Banjar ke Sumatera khususnya ke Tembilahan, Indragiri Hilir sekitar tahun 1885 di masa pemerintahan Sultan Isa, raja Indragiri sebelum raja yang terakhir. Tokoh etnik Banjar yang terkenal dari daerah ini ialah Syekh Abdurrahman Siddiq Al Banjari yang berasal dari Martapura, Banjar yang memegang jawatan sebagai Mufti Kerajaan Indragiri.

Dalam masa-masa tersebut, suku Banjar juga berhijrah ke Malaysia antara lain ke negeri Kedah, Perak (Kerian, Sungai Manik, Bagan Datoh), Selangor (Sabak Bernam, Tanjung Karang), Johor (Batu Pahat) dan juga negeri Sabah (Sandakan, Tenom, Keningau, Tawau) yang dikenali sebagai Banjar Melau. Tokoh etnik Banjar yang terkenal dari Malaysia adalah Syeikh Husein Kedah Al Banjari, iaitu bekas mufti Kerajaan Kedah. Salah seorang etnik tokoh Banjar dari Malaysia yang terkenal ketika ini ialah Dato Seri Harussani bin Haji Zakaria yang menjadi Mufti Kerajaan Negeri Perak.

Daerah yang paling ramai terdapat etnik Banjar di Malaysia adalah daerah
Kerian di Negeri Perak Darul Ridzuan. Organisasi suku Banjar di Malaysia adalah Pertubuhan Banjar Malaysia.
Penah dengar orang cakap 'kulaan'?
Tu confirm orang Banjar. Kulaan aku la tu o_o

2 comments:

hayad said...

aku tau, kulaan tu saudara kan?

Teacher Hafizah said...

haah. kulaan tu sedara