14 August 2009

My Guitar-Day 1


Seperti apa yang aku dah tulis sebelum ni, aku dah mendapatkan 'kegilaan' aku yang aku idam2kan. Gila lama aku tringin nak beli. Dari sekolah menengah lagi. Tapi hajat aku tu selalu terbantut.
Masa sekolah, aku rasa lebih baik aku spend duit untuk beli buku2 rujukan. Bila masuk matriks, aku lah manusia paling jimat. Selama aku kat KMPP, sekali je aku pernah p pasar malam kat Kepala Batas tu, sekali aku g Penang sebab nak bawak kawan2 aku merasa feel naik feri. Kalau kuar pun, aku p mini market kat Kepala Batas (tapi aku dah lupa nama tempat tu) dan Summit kat Bukit Mertajam. Tu pun kalau betul2 nak beli barang yang tak de dalam matriks. Masa kat USM, aku rasa lagi bagus aku potostat nota, beli buku, beli barang study dari ak
u merapu lebih2. Aku selalu kuar p BJ tapi tak beli apa sangat pun. Cuci mata. Abis2, aku beli barang makan (suka! ^_^).Masa USM aku kenal cintan-cintun. Pantang free (pantang!) aku g dating jalan2 cari makan! (memang kami suka makan!).
Aku dah pendam lama dah nak benda ni. Finally, aku beli jugak semala
m. Nasihat dia (dia?), "jangan hangat2 taik ayam dah la." OK boss!
Ari ni aku belajar 2 benda. 1, aku belajar tuning tali gitar. Kena tau tuning coz bila kita letak gitar dalam beg, selalunya tune akan lari. 2, aku belajar chords ang strumming. So, setakat ni aku dah kenal some chords : A, C,D,Em and G. Tapi aku tak pandai nak strumming (sumbang je bunyinye!). Aku kagum orang boleh naik gitar but at the same time boleh nyanyi. Tak keliru ke?
Sekarang aku dah sakit jari. Aku kata kat dia, "orang paham kenapa sebelum ni awak kata belajar main gitar, jari sangat sakit." Dia gelak je :)
Gitar aku adalah gitar akustik. Akustik akan guna steel strings. Sakit jari I know. Pastu, gitar ak
ustik ni boleh plug-in kat amp.(aku dah test dengan abah tadi. Guna amp. abah. Memang sedap-kalau pandai main. Hehehehe)

::Memandangkan niat dan semangat aku yang berkobar2, dia telah menghadiahkan 2 buku ini kepada saya::

Aku baru pas called Ida. "Weh! Hang tau tak, aku dah beli gitar!!!!!"
"Ooooo. Hang kena nyanyi 1 lagu kat aku, yang tak
sumbang!" Oh, payah tu for the beginner macam aku. Tunggu la skit masa lagi mek oiii.

No comments: