26 August 2009

Hari Makan2 Malam Menambah Kilogram

24.09.2009
5.45 pm
Kuala Juru, SPT


Singgah rumah Ida kat Sg. Sembilang. Antar maklumat pelajar Form 2 untuk key-in dalam sistem untuk PMR 2010. Cian Ida cuti macam tak cuti. Dah la mak dia masuk wad sebab darah tinggi. Kena tahan kat wad sebab darah tak stabil. Kejap naik, kejap turun. Ida pun kejenye berulang rumah-hospital.

Patu trus gerak ke kedai makan selalu aku p. P dengan sapa? Hahaha. Kawan aku le. Si polan b. si polan. Giler awal sampai kat kedai. Takut ramai orang. Siap order dulu. Pastu kuar balik. Boring! Tak de tempat nak jalan2.

Kul 7pm kami p kedai makan tadi balik. Hampeh! Tak ramai orang pun. May be sebab ari bekerja. So, tak ramai la orang makan luar kan. Order apa? Ikan siakap stim, kailan ikan masin, telur bungkus, nasi putih, kerang bakar, air tembikai. Berapa? Aku tak tau, sebab ada orang blanje aku. Hahahaha! Jahat giler tak amik peduli. Pastu, g solat, jalan2 jap, balik.

Lupa! Ida bagi siput belitong a.k.a siput sedut. Ceria giler muka aku. Aku suka maaa! Esoknya aku masak lemak cili padi. Nyam3x!
1 gambar pun tak de!


25.08.09
5.35 pm
Seagate, Penang.


Disebabkan si polan semalam dah tengok siput sedut tu (kegemarannya jugak!), ari ni aku ke Penang bawa masakan aku tu. Kau makanla puas2! Hahaha. Kenapa makan kat situ? Tu la tempat makan paling dekat dengan tempat keje dia. Takla dia bengang meredah jem.

Aku sampai awal. Tapi kalau nak g jalan2 dulu tu tak sempatla. Mana ada pompuan jalan2 20-30 minit. Koman2 mau 1 jam! Buang masa kat jalan je macamtu coz 6 lebih dia dah datang. Tunggu je la kat situ. Rugi giler sebab tak bawak novel yang aku beli semalam.(Maryamah Karpov karya Andrea Hirata-tetralogi Laskar Pelangi) Baru baca 70 m/s. Kalau belum tengok cerita ini, sila tengok kerana sangat berkaitan dengan dunia pendidikan. Guru yang tabah, anak murid yang sangat ingin belajar walau miskin dan susah. (melalut dah ni!SILA CARI CERITA INI!!!BEST!!!)

Menunggu tanpa benda nak dibuat adalah sangat BORING! Aku main game kat handset, dengar radio, usha orang....(sangat tak berfaedah)



Dalam kul 6.15 pm, aku tengok dah ada family dan pelanggan lain datang. Aku pun keluar dan cari port makan2. Tak penah try pun kedai tadi. Hentam je. Aku order: nasi putih, sotong celup tepung, udang goreng kunyit, kailan ikan masin, jus tembikai. Jalan2 menikmati pemandangan. Nampak jelas Pulau Jerjak. Ada kapal2 mewah kat situ. Tahla sapa punya (kalau aku ada 1 kan best. Berangan!)

6.50 pm dia sampai. Nasib baik aku order awal. Kesian orang yang datang kemudian, dah azan makanan belum dapat. Sangat lambat. Aku yang order awal pun dapat nasi pas azan! Cian kan. Pastu, siap antar salah plak. Udang goreng kunyit jadi sotong goreng kunyit. Kailan takdak, so dia tukar dengan kangkung. Nak komen mintak tukar tah bila tahun plak dapat. So, kami belasah je la. Tak lupa siput sedut masak lemak cili padi aku masak tadi. Malu nak sedut kat situ, tapi last2 abis gak...Malu btol, kurang garam skit. (yela, sapa yang nak rasa, semua puasa!) Bedal je la. Dia kata kena belajar masak dengan maknya. Huhuhuhu.

Solat di Queensbay sebab aku mak ke Maxis Center nak bayar bil broadband ini. Pastu, aku dibelanja ini--------------->



Ya, aku tak pernah makan dan sebelum ni tak terpikir pun nak try beli.(T_T')

6 comments:

hayad said...

dulu aku suke gak BR ni. pehtu membe sek aku ckp, asben dia dlu penah keje ngan BR, katenya eskrim2 dr oversea ni ada letak gelatin yg dtg dr sumber tak halal.

ptt la rasa sedap je eskrim BR ni. hehe.

Teacher Hafizah said...

tahla dayah, aku p yang kat queensbay. ada tanda halal. tu aku berani mkn tu.

hayad said...

mmg ada letak halal. tp asben membe aku yg keje ngan eskrim2 buatan oversea ni. so dia tau ingredient2nya.

mcm sushi king jugak. ada antara jenis sushi tu yg campurannya ada letak arak. kek pun sama. ada letak arak.

mmg bende ni kita tak leh elak. tambah2 yg bukan produk org islam buat.

bila g mkn kt sushi king, aku akan pilih benda yg sempoi2, mcm telur ikan, ikan seketul, udang. yg nampak mcm campur2 tu tak berani, sbb takut ada letak arak sms penyediaan.

sbb ikutkan mmg la kita teringin nak merasa kan. kalo tak, sampai bila2 tak mkn sushi. cuma kena pilih2 aje lah...

wallahualam.

Teacher Hafizah said...

sushi king tu aku penah dngr gak. lama dah aku x g mkn c2. Pasal BR tu, tu la 1st time aku mkn weh. Skrng jadi takut nak try mkn mcm2 kan.

Anonymous said...

si polan????
hmmmmmm....

Teacher Hafizah said...

siapakah gerangan tanpa nama ni?