05 June 2009

membuang masa bersama Ina

Kerana aku seorang guru yang sangat menurut perintah, aku telah membuang masa ke pekan berhampiran untuk membeli kain untuk dibuat uniform Puteri Islam. Pas buka sekolah ni, bermula la kewajiban aku memakai baju plain putih pink macam budak skolah. Adakah patut? Eeeee....
Aku kat skolah jadi guru penasihat taekwando. Tapi tu kan permainan? Takkan plak aku nak mengajar pakai uniform taekwando? Biau btol??? Tak gamak aku nak pakai. Bukan reti setapak, selangkah, sekanggang, bunga2 taekwando tu. Dulu mas aku study, aku ni budak cekak (silat ma!). Satu kegedikkan yang melampau jika Cikgu Hafizah ini masuk ke kelas berbaju tu...bayangkan....eeeee....neuron aku tak bleh trima itu semua!


Bukan kerja mudah cari kain tersebut. 5 kedai aku masuk. Tapi, yang jadi feveret aku ada kat kedai ke-3 tu gak. Cantik, simple dan yang penting murah! Hahahaha. Menang membeli, cantik dipakai. Ade ke?

Niat nak beli kain untuk uniform dengan kain yang leh wat baju yang matching dengan kain aku ni. Disebabkan takde yang matching, aku 'terbeli' kain lain plak. Hahahaha. Kebetulan warna itu aku sangatttt suke. Kebetulan yang disengajakan! Hik! Menyampah! Sile ketuk kepala sendiri laju2.
Ingat nak cari kain wat baju yang matching dengan kain ni la....tapi aku 'terbeli' kain biru tu 4m. Haiiyyaaa!
*yang patut dibeli....*
Ina beli manik. nak jahit kat baju songket dia. Tah! Kalau aku, songket nak wat pe jahit manik lagi? Bagi lagi vogue la tu. Yang syokner die tak tau nak jahit manik ala2 besar kuman tu kene gune jarum manik khas. Lagi halus dari jarum jahit tangan biase tu. Hai la makcik...Nanti la aku ajar hang makcik oi! Aku tengah mood cerah dan ceria ni dipatahkan oleh pekerje kat kedai tu. Nak kire ke nak sembang n tunjuk2 tempat barang kat member sekerje? Customer dah terpacak, muka pun dah ala2 hangit pun tak paham2. Baik aku blah sebelum angin naik sampai kepala. Dahla aku period ni... Opppsssss ;* Aku blah dulu le...

Pastu baru le bermule episod cari2 kain tu. Aku ni cerite ending dulu baru starting citer ni apehal? Aku punyer suke la, blog aku kan.

Sham (kawan aku masa sekolah menengah dulu) join sekaki. Tapi bukan join time aku dengan Ina berfoya2 hal wanita ni la. Mana la laki suke ikut pempuan beli kain, beli manik....ade ke? Kalau beli baju 'redi-med' tu ada la...(aku dah jumpak orang tu. hik!)

Sebagai orang yang bergaji lebih besa dari aku, dia le kena blanje. P makan kat pizza hut. Depa order ayam-apa-nama-tah (aku tak suke, so aku tak amik port apa nama food tu). Aku tak suke ayam!!!! So, korang je la belasah! Siap wat niat jahat lagi. diorang kenduri nak wat semua food berasaskan ayam. Ayam golek, ayam panggang....Haaaa...aku tak p la kenduri hangpa. Padan muka. Ada time tertentu je aku rasa tringin sangat nak rasa ayam baru aku beli (tu pun selepas beberapa bulan la). Pendek kata, aku jenis orang yang bleh hidup kalau tak makan ayam. Jimat kos sara hidup laki aku kena tanggung nanti. Sham lagi pelik. Tak makan sos! Dia kata dia makan ayam kfc pun tak guna sos. Ni aku pelik ni. Ada gak orang macam tu....

No comments: