19 May 2009

sAmButAn Ari cEkgU-cEkgi

Tadi kitorang ada sambutan ari cekgu cekgi la. Baru nak wat.
*16 Mei kan ari Sabtu*
Aku g skolah dengan Ida. Awal tu. *7.10am kira awal la kan. Aku kan cekgu sesi petang*
FS : Uit.... wat pe tu? Macam kenai buku tu...ada orang tak antaq buku rekod lagi....
KN : Hahahahaha. Weh minah, tolong ikat reben kat brosur VIP
* suke suki je panggil aku minah akak aku ni*
FS : Orite to! Nak wat berape? Reben tinggal banyak ni je....
*ada la plus minus 1m. perhhhh, confident!*
FS : Macam ni ok?
KN : Ko wat le macamana pun. Hang kan kreatif....
*saat ini aku kembang giler la. hahahahaha....tak malu*
FS : So....orang wat sama macam brosur untuk cekgu-cekgu la ek. Simple skit.
*padahal aku nak wat yang senang keje.huuuuuu*
KN : Haaaa. Cun la tu. TQ
FS : Lydia, memandangkan hang AGAK free, tolong akak gunting reben ni.
LY : Meh...
*Lydia ni dok next to me. Ustazah tu...*
FS : OK. Ciap...ada apa lagi bos?
KN : OK. Bereh. TQ
FS : TQ Ustazah :))
*sambil tersenyum2 kerang busuk*

LAPAQNYA!!!! So, kitorang GO ke kantin dengan niat nak mencari makanan coz usus kecik ni sudah meronta2. Perut aku pun dah mengeluarkan irama dangdut yang ganaz tahap lagu Inul
*eeeee, aku tak suke die....*
Turun la ramai-ramai ke kantin. Aku pun ikut je. Dalam kepala otak aku yang agak sederhana saiz ni pikir kalau g kantin for sure la nak g makan kan. Tapi sebenarnya tu tempat kumpul sebelum diarah bagai pengantin dengan alunan kompang ke dalam dewan. La...mana makanan? Aku dengan geng2 aku dah menunjukkan protes yang dahsat.

WE WANT FOOD! WE WANT FOOD!

Cian kitorang kan :(
Masuk dewan, sesi nyanyi2 *mensumbangkan lagu yang sebenaqnya* time lagu Guru Malaysia memang kuat dan meyakinkan. Tapi time lagu tema ari guru tahun ni * Guru Pembina Negara Bangsa* ....hancus. Semua tak penah dengar lagu tu. Dengan jujur dan ikhlas aku nak compare la, aku lagi suka lagu tema tahun lepas. Tapi, apa2 pun, group aku memang semangat kalau bab lagu2 ni. Kuat giler siot. Semangat abis! Ditambah dengan kekuatan vocal tambahan dari group Nyonya Mansoor....memang meletooop!
Pas lagu, ikrar. Tu biase je la.
The best time....masa acara "mari menerima hadiah:))" *ni aku sendiri bagi nama la*. Kalau korang wat vid pastu tengok balik sure malu. Cekgu pun ada time macam budak2 gak. Ade ke brebut nak bakul kecik, bakul besar, nak bakul merah *banyak 'ong' maa* , bakul purple, ijau etc.
*termasuk la aku. yela...aku tengah ngaku la ni*
Tapi kalau pikir balik ni ari kitorang, kitorang punya suker la. Semua macam nak melepaskan tension, pressure....so, let we be like budak2 today. Apa yang penting? Kerjasama...*korang nyanyi macam wonderpets tu ek*.
-REHAT-

Continue dengan shows *I like!*
Show dari students and teachers. Tahun ni ari guru paling menggerunkan buat cekgu2 Form 6. Ada sorang student diorang yang giler menari tarik cekgu2 Form 6 ni menari dengan dia. Asal budak tu terkinja2 menari turun pentas semua menjerit takut kena tarik.
*memang giler punya tarik la. nak gak cekgu menari dengan dia walau cekgu2 ni tolak 'TAK MAHU' macam iklan rokok tu*
Sapa yang kena tu aku turut kesian la. Nanti la aku citer part ni aje.
Group aku wat tukar2 adiah. Nak tunggu students bagi berapa kerat la sangat kan:(

# Ni la geng aku. Hahahaha#

#Ni pic time nak diarak masuk dewan. Kami sentiasa sempat bergambar. Thanks to Kak Wa as a camerawoman terjun#

# Ni pic cekgu2 petang yang rock!#

Sorry la. Gambar show tak de disebabkan kesalahan yang aku bleh agak la...bateri camera kong. Sapa suh tak cas awal2 kan.



p/s:FS=Fiza Sensei, KN= Kak Nolie, LY=Lydia