31 March 2009

MIKHAIL by RAMLEE AWANG MURSHID.

Aku baru habis bace novel pengarang kegemaranku ini. I look forward for his novel. Best! Sangat berbaloi dengan wang yang aku laburkan. Hahahahaha. Tiap kali ke kedai buku aku cari novel dia.

Pandai olah cerita. Aku paling suka trilogi Bagaikan Puteri.....macam kat dunia lain je bila baca novel-novel tu. Memang tak boring la...

Aku dah wat collection his novels start aku bace novel Satu Janji. Mula tu aku kagum dengan dia. Tringin nak jumpe....

OK...back to Mikhail....superb....Lama aku tunggu novel Ramlee Awang Murshid(RAM) after Ungu Karmila.

Ni sinopsis Mikhail.....

MIKHAIL – bukan sekadar sebuah nama. Selama 16 tahun menjadi pelarian di perantauan, dia muncul semula memburu mangsa-mangsanya. Mikhail membunuh kerana dendam lama. Sewaktu usia remaja, keluarganya telah ditembak mati. Mikhail telah diselamatkan Dickens, seorang lelaki Amerika Syarikat yang juga merupakan rakan niaga ayahnya, Tuan Sadon. Dickens melatih Mikhail menjadi seorang pembunuh profesional untuk membela kematian keluarga.
Dalam pada itu, Mikhail juga menghidapi sejenis penyakit paranormal. Apabila retina matanya terkena cahaya matahari atau silauan lampu yang terang lagi tajam, dia akan berada dalam satu dimensi yang tidak diketahui. Kadangkala dia terperangkap antara dua dimensi – fantasi dan realiti. Akibatnya, Mikhail sukar membezakan mana yang benar.
RAMLEE AWANG MURSHID menampilkan novel MIKHAIL sebagai satu agenda yang dipengaruhi wang bertunjangkan kuasa. Wang serta kuasa dijadikan sandaran sebagai satu simbol kejahatan. Mereka yang enggan bekerjasama akan dijatuhkan hukuman mati. Mikhail pula adalah alat kepada misi pembunuhan itu. Saspens dan penuh emosi!

No comments: