24 April 2014

~ Check-up : Week 36th~

Sungguh tak best g check-up waktu pagi. Ramai sangat. Kalau petang dalam 1 jam dah settle, bila g pagi 2 jam lebih baru habis!

Berat menurun dari 54kg ke 53.3kg. Kata orang bila berat menurun tu maknanya dah dekat tarikh due. Mungkin baby nak keluar awal dari EDD. Misi pelik berat aku naik tak banyak. Awal buka buku 50.3kg, sekarang 53.3kg. Naik 3kg je ke? Takla, 1st trimester aku alah teruk. Turun 3kg. So total kenaikan berat lebih kurang 6kg la. # kg je naik time mengandung cam tak logik je.

Masa doktor scan, kepala baby dah turun ke tulang punggung. Sebab tu aku rasa cepat nak terkencing, ngilu. Baby pun dah besar, dah ketat. Sekali baby bergerak, aduh, sakit perut mama. Saiz baby agak kecil, macam saiz untuk 33 minggu. 2.03kg je. Comelnya awak....

Baby, nak keluar awal ke? Nanti makngah Lela nak kenduri 25/5. Sempat tak mama nak makan nasi kenduri? Hehe.

13 April 2014

~ Pregnancy photoshoot : Week 34th~

Pagi tadi aku dengan husband ke Kek Lok Tong. Photoshoot youuuu. Hehehe. Hari Ahad ramai yang g jogging, rehat2 dengan family kat situ. Kami tak masuk dalam gua pun, ambil gambar kat luar je. Tu pun cari port baru. Kang sama plak dengan gambar pre-wedding dulu backgroundnyer. 

Kebanyakan gambar husband yang ambil. Kalau gambar berdua tu, paham2lah, kami guna tripod. Hehe. 

Dah masuk 34 minggu baru ada gambar preggy ye. buat kenang2an. Ni pun tadi aku dah semput2 sebab panjat tangga tinggi. Berpeluh2 gak le, hampir pitam. Aduh! Mujur suamiku penyabar orangnya melayan isteri nak macam2 ni. Kenangan kan, kan, kan baby :)

 
Awww, comelnya stoking kamu!

 
Baju kamu juga

 
Perut mama pun comel,kan :P

 
Ek, baby tendang2, berkedut muka mama 


 
Ini gaya kamu masa scan 7 bulan. Siap tongkat dagu lagi ye. Gaya papa tu

 
Muahhh

 
Muahhhh

 
Alamak, kepala papa kena potong

 


 
Mama + baby + bear

 
Heeee


OK. Ni memory family kita tau. Mama papa sayang kamu



10 April 2014

~ Minggu 33 ~

Baby makin besar, perut mama makin bulat. Hehehehe.

Tidur malam yang tidak selesa. Isnin lepas aku muntah2 kat sekolah. 4x kot! Sampai lembik. Minta kebenaran balik awal. Risau juga. Baby agak pasif. Letih jugak agaknya. Balik rumah sambung muntah2. Total 7x!

Husband ambil half day. Petang g klinik As-Salam, scan baby sekali. Baby sihat, alhamdulillah. Lega mama. Mama dehydrated. Doktor nak cucuk masukkan air. Oh, tidak! Mama penakut bab cucuk2 ni. Sanggup minum air garam daripada cucuk. Doktorpesan,kalau ada muntah lagi sampai malam, mesti pergi hospital. wajib kena cucuk. Arghhh!

Baby pemalu la. Taknak tunjuk muka plak. Kejap terlindung dengan tali pusat, kejap tutup muka, last2 tunjuk telinga je. Sampai hati. Huhu.

Selasa pun masih tak larat g kerja. Kena g klinik lagi. Kali ni g Klinik Ar-Ridwan yang selalu aku g untuk check-up. Kali ni pun kena scan lagi. Baby sihat walaupun tak aktif sangat. Mama tak sihat, baby pun ikut sama. Memang baby suka Dr. Tun la. Selalu senyum kalau Dr. Tun pegang perut mama. Kali ni pun sama. Siap senyum2. Rindu mama nak tengok senyum tu tau. Hidung mama! Hahahaha.