20 March 2014

~Minggu ke-30~

Alhamdulillah, sudah 30 minggu rahimku berisi. Makin lama makin besar, bergerak makin aktif. Semalamtak ada letrik. Ya Allah, panasnya nak tidur. Campur takut dok sorang sebab husband kerja shif malam. Pejam mata rapat2 tapi tak lena. Cabaran betul.

Bangun pagi kaki cramp. Tarik mengkarong. Dua2 kaki plak tu. Sakitnya! Nak nangis dah ni. Ni kali kedua sejak pregnant. Masa 1st jadi kaki kiri je kena. Masa tu husband ada, boleh tolong urut. Semalam dia tak ada. Husband cakap jangan bergerak kalau cramp. Biar dulu. Tahanla sekejap sakit tu. Dah kirang sikitbaru gerakkan tapak kaki turun ke bawah pelan2. Dalam hati banyaknya berdoa, "sembuhkanlah sakit ni. Aku sorang2. Abang tak ada." Allah itu maha penyayang kan. Dalam 5 minit cramp hilang. Bangun pelan2, siap sedia nak p sekolah. Alhamdulillah.

Hari ni keputusan SPM diumumkan. Alhamdulillah, GPS Chulan naik, 5 orang straight A's. Tak kenal sangat sebab tak ajar lama. Cuma pernah mengajar Biologi ganti guru bersalin 2-3 waktu. Tau muka, tak tau nama. Tahniah kepada yang berjaya. Anak murid aku di sekolah lama yang aku tau 2 orang straight A+'s, Nurfaezah dan Jovita. Dua2 aku pernah ajar. Tahniah!

Petang, check-up di KK Gunung Rapat. Check-up paling cepat aku pernah dapat sejak pregnant. Setengah jam dah settle! Cepat betul. Kali ni HGB dah naik, dari 10.6 ke 11.1. Kaki dah bengkak sikit. Nurse pesan bila tidur lapik kaki dengan bantal bagi tinggi. Ye, aku buat. Tapi masalahnya bila bangun tidur aku tengok bantal tudah kena twndang ke mana entah. Hehehe.

Mula 7 bulan kena p klinik 2 minggu sekali. Dapat borang Carta Pergerakan Bayi. Everyday kena tanda pergerakan bayi dalam tempoh 12 jam, 9am-9pm. Dalam 12 jam, pergerakan baby yang kuat mesti tak kurang 10 kali. Kalau tak, kena terus ke hospital takut ada komplikasi atau kes baby lemas. So, esok mula tanda ye.

Yey, esok last day sekolah sebelum cuti seminggu!

08 March 2014

~MH370 vs Hanez Suraya~

Assalamualaikum,

Selamat malam.

Jika awal minggu ni ramai warga Malaysia nak jadi peguam dan hakim kes Hanez Suraya dengan mangkuk ayun, sejak awal pagi tadi ramai pulak tukar kerjaya nak jadi wartawan. Sungguh, orang2 kita tak ada pendirian. Tukar2 kerjaya dalam masa 1 hari.

Kepada ahli keluarga, sahabat handai, kenalan 239 orang dalam MH370, harap bersabar semua. Sungguh, aku terkesan juga walau tidak ada sesiapa yang aku kenal dalam pesawat. Tapi, cuba duduk dalam situasi ahli keluarga penumpang. Macam2 perasaan bercampur2.

So, kepada wartawan2 yang tak bertauliah di luar sana, jangan tambah kesusahan yang mereka rasa. Tunggu berita rasmi. Sejak tahu pasal berita ni selepas balik Seminar Integriti pagi tadi, aku dok tengok update pasal MH370 ikut media sosial. Sungguh menyakitkan hati. Banyaknya spekulasi! Sekarang depan tv, tunggu berita rasmi.

#Prayformh370

Doa saja yang boleh kita beri..... (bukan sibuk nak jadi wartawan!)



03 March 2014

~28th week~

Merasa pergerakan si comel dalam rahim sendiri merupakan nikmat paling besar aku rasa kini. Jika dulu dalam trimester 1 aku rasa azabnya Allah saja yang tahu. Morning sickness yang teruk sampai ada masa nangis sendiri, sampai ada yang merajuk. Huhu. Makan, pastu muntahkan balik semua isi perut, tak boleh bau macam2 bau yang sebelum ni wangi sangat, masa tu jadi maha busuk. 

Trimester ke-2,alahan makin hilang. Badan jadi makin aktif. Makanya, banyak aktiviti luar kelas boleh dibuat. Best! Jalan2 ukur shopping mall. Siap g GM Klang lagi borong baju baby lagi. Hehehe. 

Rasanya baru 50% barang baby dibeli.Bulan ni kena beli lagi. Hei, dah 7 bulan barang tak siap lagi? Barang penting dah cukup, sampingan je belum lagi.

Trimester 3, mama papa pergi scan baby. Notty baby, sama macam papa. See macamana dia tidur. Macam papa ye kamu. Takpe, papa cakap mulut ngan hidung tu mama yang punya. Hehe. Mama alah balik. Kerap muntah balik, kadang2 rasa nak pitam. Ni penangan HB rendah kot. Kawan syorkan try spirulina Alken. Dulu masa study pernah makan. Sedap gak.

Baby sangat aktif. Kadang2 mama mengah, cepat semput bila baby aktif sangat. Tidur pun dah tak selesa.Baby, tak sabar nak jumpa kamu. Stay healthy k!