20 November 2012

~mood: come to mama~

oh, lamanya tak menulis. since sekarang ialah cuti sekolah, semua gadget pun cuti. naaaaa, laptop je cuti. note masih bekerja. lawan game jewel dengan angah. dengan note ni instagram aku kembali bernyawa. sungguh tak dapat dipisahkan dengan foto! dang!!!

hey, sihat ke semua. running nose tak hilang2 sejak last monday. macam jauh bebenor beza cuaca Ipoh dengan kampung :P

kenduri zarai my bbf. simple yet meriah giler kot! kenduri kat kampung, semua gotong royong, best kan. gambar berkepok2 dalam laptop tapi mood mengedit belum mari. dekat2 nak mari la. tunggu 1-2 hari lagi.

dah beli barang2 nak buat guest book untuk wedding pipah, tapi sama la, mood belum mari. aduh! semua nak tunggu 1-2 hari lagi kan.
tengok berita tiap2 hari bikin air mata nak gugur. apa dosa budak2 kecil , bayi yang dibunuh Israel laknatullah tu? sayu. kalau aku yang lalui semua tu.....setabah merekakah aku?

09 November 2012

~Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah~


Kalau zaman orang dulu2 bercinta, ada la keluar ''pungguk rindukan bulan''. Dalam maksudnya kalau dihurai oleh orang berjiwa sastera. Tapi kalau orang otak logik Sains(-lah sangat), ''woi burung, buat apa ko dok rindu bulan tu, bukan sama spesis pun!''

Eh! Tengok! Tengok! Dah 'ke bulan' merepeknya. See what time now? Maksud aku masa aku tulis dan post entry ni la. Aku tengh gigih meng'key-in' band PBS budak. Ye, gigih tu tak gigih sangat la sebab ada yang tahap lagi burung hantu daripada aku yang tak tidur2 malam sebab puaka PBS ni. Yang pasti, kalau spesis tak tidur malam tu selalunya cikgu2 sesi petang la. Pagi boleh qada tidur semalaman yang terganggu tu. Aku cikgu pagi, maka, agak2 la kalau tak tidur malam pun kan. Oh ye, tadi aku dah tidur sekejap.

Tapi sekarang aku rasa betapa sia2nya aku bersengkang mata pukul 1.30 pagi hingga 2.30 pagi hanya mampu masukkan band untuk 6 orang sahaja! Sekarang tengok, betapa majunya sistem yang dibangunkan oleh orang2 kita. Patut belajar kenapa FB tak hang walaupun berbillion2 orang guna. Ini baru cikgu2 Tingkatan 1 dalam Malaysia je pun yang guna, dah hang teruk. Tahun depan cikgu2 Tingkatan 2, "welcome to the club''. Kelab Burung Hantu! Haktuiiii.

Agak mengecewakan bila orang yang tidak faham kerjaya  guru menghentam guru2 makan gaji buta, gaji tinggi tapi kerja ciput dan cuti banyak. Sila kawen dengan guru, baru anda boleh faham. Kata susah senang bersama kan. Pengalaman kawan2 di KL, suami2 yang komen lebih dari isteri yang buat kerja2 pengkeranian bidang perguruan ni, suami2 yang tolong bersimpati, suami2 yang tolong bidas cakap2 tin kosong orang yang tiada kaitan dengan seorang guru (di rumah).

Nak isi untuk sorang pelajar dah berapa minit, tu tak termasuk berapa kali kena log in log out. Tiba2 tengah syok key in, ter'log out' sendiri, hilang band yang dah di key in. Perit sungguh melayan kau SPPBS. Makan, tidur, mandi, berak teringatkan kau PBS. Sampai hati kau.

Demam + migrain; masih sanggup berjaga pukul 2.30 pagi. Esok aku nak bangung awal weh! So, SPPBS, be nice to me! Kurangkan dosa2ku kerana mengutuk dan memakimu TT__TT

06 November 2012

~Simpan emas lebih baik~


Anda ada duit lebih sikit yang anda rasa anda takkan guna dalam masa yang terdekat? (wah, macam iklan plak). Mmmm, sebenarnya nak cakap pasal benda yang hot!

Kalau dulu Dr.Che Det selalu bercakap pasal kepentingan emas, kepentingan guna dinar, tapi kita selalu nampak duit jugak yang berharga. Che Det dah nampak benda ni lama dah. Nilai duit makin turun tapi nilai emas tak pernah turun. Kalau beli 10g sekarang RM1800+, tak mungkin harga 10g emas 2, 5, 10, 20 tahun akan datang masih sama RM1800+. Sebab tu Che Det suggest kita simpan harta dalam bentuk emas, bukan duit kertas. 

Sejak duduk di KL, ada kawan yang cerita pasal ni, tapi aku macam tipikal orang Malaysia lain 'baik simpan duit kat bank, buka ASB, tiap2 tahun masuk duit'. Mmmm, yela, kenapa aku fikir macam tu? Aku tak dak maklumat sangat pasal simpanan emas. Tanya kawan tu, dia pun tak tau sangat. Suami suruh beli, dia beli. Tak tau sebab apa beli, beli sebab suami kata bagus. 

Simpanan emas mungkin tak nampak untung dalam setahun sebab ni simpanan jangka panjang. Macam orang buat loan untuk buka akaun ASB. Duit tu tak boleh bawak keluar, yang boleh bawak keluar hanyalah dividen tahunan. 

Bila pindah sini aku dapat kawan2 yang ada pengalaman sikit pasal pembelian dirham, dinar, jongkong perak dan jongkong emas. Bukan makna dia beli semua tu, tapi ada ilmu pasal tu. Bila aku confius, aku tanya, aku dapat jawapan. Tak macam sebelum ni, aku tanya, aku tak dapat jawapan. Terus down nak cuba walaupun tahu simpan emas tu bagus.

Pernah dengar Public Gold tak?  Ni local manufacturer yang terlibat secara langsung dengan penghasilan dan penjualan  dirham, dinar, jongkong perak dan jongkong emas. Aku yakin jugak yang ni sebab tahu kilangnya ada di Penang, kedai2nya ada di banyak tempat di Malaysia. Kalau nak tengok nilai, turun naik harga emas, tengok kat sini.

Lagi satu, orang cari kijang emas. Ni ada kat Maybank je, keluaran Bank Negara Malaysia. Orang perempuan pandai beli barang kemas kan. Bukan semua but mostly kakak2, makcik2 tahu masa bila emas murah masa bila emas tinggi. So, nak beli, belilah masa harga emas rendah, jual masa harga emas tinggi. Tapi kena pandai buat analisis skit la pasal tu. Yang ni aku tak bijak pun. Tapi generally, kalau musim perayaan harga barang naik, samalah macam emas. Harga emas pun bergantung nilai dolar US. Kalau nilai dolar Us tinggi, harga emas jatuh sikit; dan sebaliknya lah.

Google lagi k untuk maklumat pasal isu ni sebab aku bukan bijak sangat pasal emas :P

Ni Public Gold punya la. Company lain pun ada jual, jangan ingat company ni je, tapi ini yang establish.






04 November 2012

~Hi-T SRC 2012~






Hampir setahun di SRC. Ini la geng sekepala setakat ini. Geng ''tarannum'', geng makan, geng lepak, geng kongsi susah senang pasal sekolah.....

Semua asyik tergoda dengan baby Aisyah Azzahra. Sangat cute. Mata contact lens barbie doll Jepun tu. Tetiba teringat dak Ilmi Mahfuzah plak. Mata, pipi; sama. Yang tak sama, Aisyah suka tengok lampu. Hehehe.