27 September 2012

~Frog VLE~

Sekolah aku adalah sebahagian perintis untuk Frog VLE Perak. Perlukah guru menjadi katak dalam hal membantu anak didik sepanjang masa? Jika sebelum ini hubungan guru-murid lebih terhad dalam kawasan sekolah (jika di luar pun hanyalah di FB :P), sekarang sudah ada platfom baru. Boleh simpan data, beri nota dan latihan, forum, urusan dengan pihak pentadbir sekolah dipermudah hinggalah ke urusan menempah bilik2 khas secara online dll.

Guru sekarang kena celik IT. Walaupun guru2 senior mengeluh, sesetengahnyalah, ada sebahagian yang sangat teruja. Tiap2 hari sebut "mari kita jadi katak!". Aku suka, sebab aku memang kaki mengadap laptop, tiap2 hari ok. Frog ni aku boleh cakap macam gabungan FB dengan blog la. Interesting kan:)

Projek ni baru diperingkat permulaan. Kami pun baru dapat kursus asas pasal Frog ni. Maklumat pun tak sampai lagi kat murid2.

Kejayaan penggunaan program ni di sekolah aku? Entah la. We'll see. LCD pun tak cukup. Tapi aku ok sebab aku mengajar Sains. Kat lab ada LCD :P


Frog Learning Platform

18 September 2012

~NOAH @ Peterpan?~

 Lantak le.... aku memang suka lagu2 Ariel Peterporn ni: P


17 September 2012

~Si Debabs~




Ini kittens baru saya, anak si Hemo. DOB :07/09/2012. Tak de nama lagi pun. Diorang ni sepasang. Yang tompok oren tu jantan, the very the bulat. tiap kali aku balik keje ke, kuar ke aku cari si debabs ni. Dua2 gebu bulat, sebab tu diorang si debabs! :P Ada nama yang sesuai tak? Hehehe.


Semalam kenduri di Klang. Sangat penat driving non-stop ke sana ke mari. Makanan.....sedap!!!




* Iklan je di bawah ni:







Cuba teka ni mata sapa????? Suka tengok dia... :)


13 September 2012

~Gaji pengemis setanding lepasan ijazah~

Laporan Khas 999 malam ni. Pendapatan bulanan pengemis di Penang mencecah RM2000 sebulan. Bapak2 hantar anak2 mengemis seawal 8 pagi, bapak goyang kaki tunggu duit dari anak. RM2000 sebulan! Tak payah susah payah perah otak 3-4 tahun. Bermodalkan muka sedih, suara merintih, menangis bila kena tangkap. Pun boleh mewah!

Teringat zaman masih muda remaja. Mula duduk berjauhan dengan keluarga (macam jauh sangat je budgetnye!), zaman mula belajar naik bas lompat2, zaman naik feri sampai boring...... zaman mula2 kenal stesen bas kat Butterworth, dari ada Parkson sampai Parkson terbakar, pengemis dah lama bermaharajalela di sana. Tengok muka memang bukan stok warganegara la. Masa tu aku pun tak tahu diorang ni bangsa apa, nampak macam India tapi tak cakap macam orang India. Ada yang cakap depa orang Myanmar, tapi gelap la. Aku ni bila sebut Myanmar dok pikir orangnya putih2 gebu, ye la, dah jirannya Siam kan, tak terfikir plak Myanmar bahagian sempadan Bangladesh of cos la rupanya seperti bangla!

Dengan selamba badak naik bas letak surah Yasin kecil atas riba penumpang. Bas ekspress ni ye, bukan bas lompat! Masa naik letak Yasin, masa patah balik nak turun, tuntut duit. Hey, bila masa penumpang cakap nak beli? Kalau berlakon tido pun selamba je depa letak atas riba. Ada yang naik minta duit je. Sapa nak bagi? Satu Penang dah tau kot tu kaki kencing je.

Mula2 ulang alik naik bas balik KMPP aku bagi gak, sedekah la konon, baik sungguh. Kesian tngk muka sorang2, orang Penag cakap belemoih habih la, muka berkarat ja. Lama2 dah tau tu sindiket, sorry lenak bagi.

Pernah masa belajar di USM, aku balik awal2 pagi, naik feri awal2. Ada sorang 'mummy' la, tengok muka...ya, Myanmar! Betoi punya garang dok arah dekat 10-15 budak2 umur lingkungan 4-10 tahun la rasanya naik feri dari Seberang Perai nak ke Penang. Sindiket weh! Orang2 tempatan takkan layan depa ni. Depa tau ramai pelancong nak p Penang, depa ambil ksempatan la. Yang sedekah duit pastinya orang yang baru masuk Penang atau pelancong. So, jangan tertipu muka sedih, ayat merintih tu ye.

Hah, lagi 1 aku ingat sampai bila2. Ada sorang pakcik ni, bertongkat, susah payah naik bas nak minta sedekah. Ayat tak bleh blah

" Adik, pakcik baru keluar hospital. Dah 2 hari pakcik tak makan. Tak dak duit nak makan.Bla bla bla."

Cakap sambil buat muka 2 kupang, suara memang lembek gila la. Sorry, I tak layan ye pakcik.  Tengok2 lagi sekali aku nak balik ke USM, aik, pakcik tu lagi. Yang tak bleh blah, guna ayat sama lagi.

"Pakcik, berapa kali kuar hospital? Minggu lepas dah kuar hospital 2 hari tak makan. Hari ni pun sama?"

Terus kalut dia turun bas. Kalau nak klentong guna ayat lain la, bongok!

So, kesimpulannya, kalau jumpa budak2 minta sedekah, mengemis, jangan percaya 100%. Yela, nak kata hang jenis lembut hati. Depa penipu je tu. Tu sindiket! Tolonglah selalu buat tangkapan wahai pihak berkuasa tempatan.


09 September 2012

~Fesyen tapi tetap ikut syariat~




Dena ini sangat comel. Siapa berniat nak jadi secomel dia, cuba2 la pakai hijab gaya ini. Insyaallah.... anda comel ;)

02 September 2012

~Kelip-Kelip~

In love.....

Petang tadi aku pegi tengok 29 Februari (3D). 3D pertama Malaysia kan. Untuk itu aku respect giler kat KRU. Keep up ur good work. Sebagai filem Melayu pertama dalam 3D....not bad at all! Video black and white sejak zaman British dah diwarnakan. Walaupun nampak gambar agak blur di sana sini, ok la tu. Daripada tayang gambar hitam putih jugak.

Edry memang suka muzikal kan. Awal2 dah ada lagu, lagu tu pun aku minat. Tapi paling minat..... lagu di atas tu la. Remy Ishak nyanyi? Sedap jugak suara mamat ni ye. Hehe.

Jalan cerita sebenarnya agak slow, tapi apa yang dia nak sampaikan tu...bibliografi fantasi tu bagi aku sampai la. Gila ke ada orang umur 120 tahun tu pun kira 4 tahun sekali. Ye la. Tahun lompat kan. Kalau tak....bayangkan lahir hujung abad 19 meninggal 2012.

Ada 1 part sepatutnya sedih tapi aku tergelak. Apakah? Budi sangat sedih dapat call, lagi plak mamai pas bangun tido tapi tiba2 boleh menyanyi. Hehehe.

Aku bagi 3.5/5 bintang. Kenapa cerita ada unsur2 sejarah ni tak ramai orang nak tengok? Tadi masuk dengan aku tak sampai suku panggung. Ada le dalam 20 orang. Tapi yang bangangnya......"hoi! tak bleh tengok diam2 ka? Bleh gelak2, sembang2! nak hingaq tunggu dvd keluaq nanti, tengok dengan geng hang kat rumah. bongok btoi la!" (kalau la aku boleh jerit macam tu). Tengok kat KL gak yang best. Paham2 sendiri la etika dalam panggung.

01 September 2012

~Me...of being (hey, who says I'm not happy?)~

Surrounded by love. Aren't you happy?


Happy 55th Independent Day, Malaysia. Peace Malaysia. Love you so much. I can't imagine how's my life would be if we still under British colonialist.