28 June 2012

~Terima kasih ya Allah~

"Betapa senang Beta punya hati. Betalah yang digelar Sultan Aminur-Rasyid."

Itu dialog cerita P.Ramlee tapi boleh di'apply' dalam kejadian hari ini. Tak sia2 berpuasa dan penat ke sana ke mari dengan niat menyiapkan kerja terbengkalai. Sabar....tahan je tadi nak je bukak puasa sebab rasa dah nak jatuh pengsan. Stress membuatkan aku cari makanan. Mujur tak termakan hasutan syaiton kan!

Semalam aku bermasalah mengakses web permohonan biasiswa pelajar atau ringkasnya SISPEB. Macam2 aku godek tukar segala security dalam laptop tapi apakan daya Allah dah tulis nak uji hari ini menambah dugaan guru ini yang berniat puasa Isnin dan Khamis (yang sebenarnya puasa wajib yang belum habis diganti).

Di sekolah hampir tidak berkesempatan langsung menghadap SISPEB. Agaknya dia merajuk sebab sepatutnya aku jenguk permohonan tu bermula 25/6 tapi aku hanya teringat mengaksesnya semalam. Di sekolah aku menjadi guru tingkatan terkejut menggantikan rakan guru yang masih MC kerana operation 2 bulan lepas. Manalah aku ingat tugas2 guru tingkatan mengejar markah daripada guru mata pelajaran kerana sejak di sekolah lama dah diterapkan guru mata pelajaran berpusu2 menyerahkan markah kepada guru tingkatan. Esok Hari Bertemu Waris, pagi tadi baru siap mengejar guru terakhir untuk masukkan markah, petang baru cop Pengetua untuk ditandatangan. Alamatnya, esoklah baru boleh photostat salinan.

Ganas betul tugasan hari ini. Dalam sibuk2 tu baru teringat kenapa aku tak uninstall dan install semua Internet Explorer tu? Mungkin ada masalah kan, siapa tahu. Maklumlah, pendrive yang dicucuk di PC sekolah begitu senang hati bermutasi dan membuat klon2 virus hingga ter'effect' ke laptop aku ni.

Selesai install dah reset semula semua security dan privacy....Ya Allah, boleh juga aku selesaikan masalah besar sejak semalam yang membuatkan aku makan besar juga semalam gara2 stress (lah konon!).

Sekarang dalam proses key-in data. Semuanya lancar kecuali Berukband Celcom aku ni yang kadangkala semput. Kasihan beliau TT_TT.

OK. Sambung kerja!

~SISPEB :saya ada masalah di sini~

Sepatutnya, selaku guru yang dedikasi (lah konon!), boleh menyiapkan 57 permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) secara online. Minggu ini sahaja, dibuka untuk guru2 SU Biasiswa Perak dan negeri2 se'zon' dengannya memohon BKP online yang lebih dikenali sebagai SISPEB. Aku guru yang baru memegang jawatan ni agak terkapai2, tambah2 guru sebelum ni dah berpindah. Nak bertanya pun semua melalui telefon (nasib baik genius zaman dulu cipta telefon kan).

Bila semangat naik memuncak, kul 8 malam lepas siap urusan membersihkan diri dan solat, gigihlah guru yang seorang ini nak key-in maklumat. HANYA BOLEH GUNA INTERNET EXPLORER ye untuk makluman. Punya la banyak search engine dalam dunia maya ni kenapalah KPM terfikir nak guna Internet Explorer je kan.

Tak tahulah ini masalah lappy aku atau semua orang alami masalah yang sama: TAK BOLEH KLIK IKON KALENDAR untuk maklumat tarikh lahir pelajar. Nak klik tak boleh, nak taip pun tak boleh. Telah merujuk guru biasiswa sebelum ini. Tahun lepas pun kes yang sama tapi masih boleh hantar permohonan. Tahun ini, jika tak lengkap satu data maka tak dapat disimpan dan dihantar. Makanya, gimana gue nak hantar 57 borang online tu?

Sesiapa di sini guru SU Biasiswa sekolah? Boleh tolong guru kecik ini?

21 June 2012

~Kerja,kerja, kerja~

Last entry bila ye? Adoi, dah lupe le teman. Bukan tak ada idea, tapi malas nak taip. Balik sekolah je dah penat, terus pikir bantal, tilam, bantal, tilam. Hahaha.

Sejak buka sekolah semula tak ada istilah rehat lagi. Mungkin lepas ni lagi sebulan baru boleh balik kampung. Macam jauh je gayanya. Tiap2 sabtu bakal berada di sekolah. Kalau tak di sekolah sendiri pun, bakal bawa budak ke sekolah orang untuk pertandingan yang bermacam2 jenis tak termasuk perkhemahan KRS hujung bulan ni.

Buka sekolah terus jaga SPM(U). Mesyuarat, mesyuarat, mesyuarat di luar sekolah. Sabtu ni sekolah ganti, minggu depan bawa budak ke Pertandingan Amali Sains Am, Hari Sukan Tahunan, Kursus Asas Fotografi (yang ni teman suke sangat!), dan Sabtu 1 Ramadhan juga sekolah ganti. Berderet2 5 minggu ada program hari Sabtu kan, kecuali fotografi tu le. Sapa kata cikgu banyak rehat? Cian kitorang tau. Oh ye, setiap petang minggu ini berkampung di sekolah untuk pra-sukan tahunan. Aku dah di'cop' untuk bahagian statistik, diorang kata pelapis baru statistik sebab 2 orang lagi dah terlalu lama dalam bidang statistik ni. Makanya, bermula tahun ni hinggalah aku dapat tukar sekolah, aku tetap dan berpencen muka orang statistik je la. Tepatkah pilihan sebab semua orang statistik bernama '-zah' : Rafizah, Farizah, Hafizah? Suratan atau kebetulan tu?

Dan lagi, aku saja2 buat post-mortem dengan budak2 3RK. Baru ambil alih kelas tu April lepas sebab cikgu asal dipindahkan sebab dah mengajar di SRC 22 tahun. Fuh, lama betul. Sengaja buat untuk tahu respon pasal p&p boleh diterima ke tak atau dok bandingkan aku dengan cikgu lama diorang. Nak baiki apa yang kurang juga la. Hampir 2 bulan mengajar, dapat la kenal yang diorang ni keanak2an. Macam masih tak sedar diri dah dekat sangat PMR tu nak datang tapi asyik dok main2 lagi. Aduh, kelas depan ni, bukan kelas belakang. Makanya, cikgu kena la tukar strategi mengajar. Antara respon yang aku dapat:






**Hehehe. Gambar tak rotate. Abaikan...


08 June 2012

~Minor operation @HSB~



Hospital Sungai Buloh

8.00 pagi

Published with Blogger-droid v2.0.4

07 June 2012

~Pulang~

Sangat bersyukur lahir dan tinggal di sini. Tidak dinafikan akar keturunan berasal dari tanwh seberang. Berdarah ulamak dan saudagar dari Balik Papan, tapi aku syukur aku anak Malaysia. Lahir sahaja di sini. Walau bukan dalam keluarga senang tapi aku bukan keluarga miskin melarat. Masih bisa membeli keperluan asas tanpa berhutang.


Apabila melalui kawasan pekan dan kampung di Bandung, aku terfikir berapa tahun mereka tertinggal ke belakang. Suasana mcam aku lalui 20 tahun dulu. Mungkin lebih. Susah!


Insaf lahir di sini. Kadang2 terfikir betapa mewahnya kita. Makanan tak dihabiskan, duit 10-20 sen jatuh dah malas nak ambil, rumah dah besar dan selesa masih nak merungut. 4 hari di sana terasa sangat lama (kecuali masa shhopping lah.rasa masa sentiasa tak cukup!).


Ini intro travelog Jakarta-Bandung. Sakit kepala masih belum hilang. Nanti biar gambar berbicara. Tunggu ya!


Published with Blogger-droid v2.0.4

02 June 2012

~Love ur country, love ur friends~

Published with Blogger-droid v2.0.4

~Safe, insyaallah~

Tomorrow morning will be my morning @Jakarta. Safe journey. Insyaallah :-)


Published with Blogger-droid v2.0.4