28 June 2011

~Apaperasaan anda?~

Apa perasaan anda?




Sorang remaja lelaki pegang bontot sorang awek yang pakai skirt ketat corak zebra.

''Zebra tak boleh mengandung 2 bonggol."

Kena pukul. Pakwe awek tu yang pukul. Lelaki kan protective.

"Zebra mengandung 276 hari.''

Sentuh lagi.

Kena pukul lagi. Kali ni sampai berdarah hidung, berdarah muka.

Mak remaja tu datang berlari dari jauh.

"Kenapa pukul anak saya?"

"Dia gila!"

"Kenapa pukul anak saya?'' sambil pukul lelaki yang pukul remaja tadi.

"Kalau tak mau, kurung la dia.''

Tiba2 remaja tu bangun dan jerit

"Anak saya anak istimewa!''

"Anak saya anak istimewa!''

"Anak saya anak istimewa!''

"Anak saya anak istimewa!''

Mungkin mak dia pernah ulang2 sebut ayat tu depan dia.

Lelaki tadi diam, muka bersalah. Orang keliling pun sama, diam, muka bersalah.





So, sekarang apa perasaan anda?



Marathon (Korean movie)
TV Al-Hijrah

~rasa2 nanti saya boleh tengok naruto tanpa subtittle english tak? :) ~

Tadi masa refleksi PK1 ada cakap pasal kursus 12 minggu. Doakan saya berjaya. Fuh! Fuh! Saya tengah jampi 'bilik besar' tu. Ye, bilik orang tu le. Hahahaha.

27 June 2011


Blog ni dah tak selamat ke?

24 June 2011

~WORDLESS FRIDAY. Eh, suka hati le~


Blogger lain dok wat entri #wordless wednesday. Aku wat WORDLESS FRIDAY. Eh, blog aku, aku punya suka la kan. Huahahaha. Paham kan kenapa aku syok lebih.

23 June 2011

~Suka tu bukan obsess kan :P~

Earring!

Ring!

Necklace!

Cute hair band!

Bracelet!




Wah! Gila aku ni. Sekarang dah suka kumpul semua tu. Kat rumah pun nak tukar2 earring tiap2 hari. Haahaha. Dah la baru melawat Le Beau Monde pun ada jual banyak aksesori di atas. Sangat cun. Rasanya dah tau nak target apa time keluar hang-out dengan bbf Sabtu ni. Jangan tukar hari lagi dah. Huhuhu. Penat bersukan punya pasal, program asal Ahad lepas ditunda ke Sabtu ni. Enjoy!


Eh, aku minat aksesori di atas tu tak de kaitan dengan mami jarum. I'm not into gold accessories, cukup ada rantai arwah nenek ni dan gelang. Aku lagi suka aksesori macam awek Korean pakai. Murah, boleh tukar tiap2 hari seminggu kalau ko nak. Barang kemas berasaskan EMAS...ko boleh tukar tiap2 hari? Kawen dengan tokey kedai emas pun belum tentu boleh. Oh...lupa, mesti korang teringat Zhullian kan. Hehehe. Yang tu bleh la...kot.

Tetiba teringat header zaman mula2 blogging beberapa tahun dulu :)

22 June 2011

~Kursus lagi~

Sabtu
25Jun 2011

LDP 1
PBS dan SPK







Makin banyak keje la aku. Mana 1 nak buat dulu ni?

Check! Check!

1) Borang2 dah print, tinggal nak riso
2) Pamplet dah siap, tinggal nak tunjuk kat bos
3) Makan dah tempah
4) Nota dah hantar fotostat
5) PA system dah mention kat boss APD
6) AJK kemas dewan BELUM dimaklumkan
7) Memo belum tampal kat board tapi peserta memang dah maklum ada kursus
8) Aku le MC dan aku kena bagi taklimat sikit pasal LDP School Based 2011

20 June 2011

Sabtu ni majlis saya. Doakan saya k. Saya tengah berdebar2 ni tak tau nak buat mana dulu ;)

19 June 2011

~Kalau dulu anda nangis, yang ni anda teresak2~

Kalau sebelum ni aku pernah post pasal Korea Got Talent, yang ni pasal China Got Talent plak. Budak hensem yang sangat tabah. Nangis laju2 sekali pakej hingus.

~Blue Bettle menang macam Celcom Blue : berbaloi-baloi!~

Semalam Hari Sukan SMKTE 2011. 1st time selepas aku posting hari sukan buat kat padang sekolah. Sebelum ni buat kat stadium. Kali ni teringat zaman sukan aku sekolah menengah dulu, hias khemah.

Khemah besar,nak hias pun kena la guna banyak barang. Maskot : blue bettle, so, khemah dah jadi macam sarang. Banyak btol guna paper. Sumbat paper tu saja dari petangJumaat siap sambung ke malam. Buat kerja dalam gelap kul 9.30 malam hanya guna cahaya bulan dan touch light budak2 bawak. Mmmmm, bulan sangat cantik malam tu. Hasilnya

l

l

l

V


Khemah Biru dapat Johan! Berbaloi-baloi!

Ni housemate aku. Kami 1 rumah, sukan pun dapat 1 rumah. Macamana depa susun pun xtau la. Hahahaha. Ida wat maskot, aku jadi tukang try.

Kepak beetle ni kul 7 pagi kami sambung buat dengan budak2. Mana janji2 manis cikgu2 lain yang cakap macam ni petang Jumaat tu : "kita stop la. Esok datang awal2 kita sambung."
Awalnya kalau datang pukul 8-9 pagi :P


Perbarisan dan maskot : rumah Merah menang. Maskot merah memang cantik, Red Ant.




Guru vs parents tarik tali. Aku xlayak masuk. Sekali tarik aku melayang kot. Hahahaha.


14 June 2011

~Bergegaq 1 badan~

Aku ingat aku lalok. Maklum le pagi2 dah bangun nak g meeting kat PPD. Dapat tugasan petang semalam, hari ni dah nak kena submit. Lagi 1 maklum je la aku kan cikgu petang.......paham2 je la. Hahahaha.

Tengah meeting tiba2 rasa macam nak pitam ke hape ek nak cakap rasa macam tu. Goyang2, goyang2 kepala macam ringtone Jozan tu. Bila ada sorang kakak tu cakap ''ek bergegar la!'' baru aku sedar diri. Ye la, bergegar bukan aku lalok. PPD kat tingkat 3, tu pun dah rasa gegar kuat. Kalau tingkat 20 rasa macamana ye? En. Faizullah boss aku kat PPD tu cakap orang2 kat PPD dah rasa gegar sejak kul 7.30 pagi tadi.

Post kat FB, ada junior cakap ada gempa kat Sumatera. Balik meeting terus tunggu Buletin 1.30. Gegaran 5.5 skala Richter di utara Sumatera dapat dirasa hingga ke selatan Perak, Lembah Klang, N9 dan Melaka. Gempa tidak mencetuskan tsunami.

Harap semua selamat tanpa kemalangan jiwa. Aminnnn.

~Good and bad comes together plak~


Bila diberi ruang kebebasan berfikir, bergerak, tidak dikritik, do what ever you want to do, bukan do what ever he want you to do..... aku rasa tenang. Happy jugak begini :)


Ops! Got my new baby, BB Red! Happy mode.

Bad news: aku lupa lock code handphone lama. Waaa, no phone banyak tak copy lagi.

13 June 2011

~Kasih Yang Suci~


Dari mula cuti sekolah sampai tamat cuti sekolah.....asal aku pergi kedai buku aku cari novel ni. Ape susah benor nak dapat novel ni? Ni Nora Elena punya pasal la. Eh, aku bukan nak amik tau pasal Cik Now-ra tu, aku nak amik tau pasal Se-Tan hensem tu je. Sesuai la tajuk novel tu Kasih Yang Suci. Sebab kasih yang sangat tinggi nak amik tau pasal dengan Nora Elena, suci sampai habuk pun tak de korang tinggal kat kedai. Ape de kedekut sangat, tinggal la 1 untuk aku ;P

09 June 2011

~Naive nye saya~

Dulu masa kecik2, bila helikopter lalu lintas rumah atau lintas kelas kat sekolah rendah, sibuk je nak lari keluar. Nak lambai2 tangan kat orang2 yang ada atas heli tu. Padahal depa tak tengok pun budak ni lambai ;( Naïve nye saye :P

Pernah pergi rumah sedara yang dekat dengan landasan keretapi. Sama jugak. Bila keretapi lalu, sibuk nak lambai tangan. Orang kat dalam keretapi pun senyum2, akhirnya balas lambai. Sungguh….mesra kan budak ni. Naïve.

Ada sekali tu 1 helikopter tentera terbang rendah sangat. Macam nak cecah pokok kelapa dekat rumah. Bunyi kuat sampai ada rasa bumbung nak tercabut. Sama. Lari, keluar rumah, lambai2 tangan, senyum, jerit2 ‘’hai!’’. Sekali pakcik tu balas lambai tangan. Oh bangganya! Naïve.

Padahal kalau pikir balik sekarang… dulu tu buat kerja giler je. Biasa la, budak2 mana pikir masalah. Happy jer manjang. Masa tu aku masih pandang dunia dengan kaca mata bahagia kot, dunia tanpa problem. Kalau ada problem pun, ada orang lain nak tolong settlekan. Yang penting tiap2 tahun naik pentas ambil hadiah anugerah cemerlang dan balik rumah dapat hadiah makan sedap2. Nyum2.

Tapi sekarang, sanggup kau nak buka pekung di dada cerita semua kat orang kalau ada any problem yang kau pening tak boleh selesaikan? Even kawan baik; makan sepinggan tidur sebantal? Mana ada orang yang boleh kita percaya 100% dah zaman sekarang ni. Kawan baik pun ada yang tikam kawan. Ada pengalaman, kawan janji takkan cerita apa yang kita share dengan dia tu kat sapa2. Tapi selang beberapa lama ada orang lain tanya soalan yang ada kaitan dengan cerita yang hanya kita cerita dengan kawan baik kita tu. So, faham la kan.

Kalau boleh balik zaman umur bawah 12 tahun, rasanya semua orang nak balik zaman tu. Tak payah pikir stress tempat kerja, hutang PTPTN bila nak abis bayar, duit gaji cukup kenapa cepat nau bulan kering, semua mau pakai duit termasuk time nak kencing, sewa macam2, bila nak beli rumah, bila nak hantar mak abah pergi haji, bila nak kawen, bila diri sendiri nak jadi lebih baik…..macam2. Sampai kadang2 boleh nangis sendiri.

J.I.W.A.N.G?

Bukan la. Ni tiba2 terlintas dalam fikiran.

06 June 2011

~Zue l Sham~


Jeti Pulau Aman

03-06-2011

















Semua gambar tak edit kecuali yang akhir. Tu pun main tone dan colour je.

05 June 2011

~Bundle! Bundle!~

Last Saturday morning: girls' day out!


OTTO Bundle, Nagasari

Dulu aku hasut Dayah dengan adik dia. Sabtu lepas aku angkut Emon, Liz, Zue dan Angah plak g ushar budle kat Nagasari. 1st time aku datang situ ada banyak beg. Ramai betoi orang kerumun kat kaunter sebab depa longgok beg. 1 beg RM10! Patut la ramai berebut.

Emon dengan Liz dapat beg cantik2. Ada 1 beg Gucci! Tah berapa beg depa borong ek. Hahaha. Sempat plak depa p berebut beg dengan orang ramai2 tu. Aku wondering sapa punya la beg cantik2 dalam 1 bakul ni. Skali depa punya! Penuh bakul! :P

Zue pening tengok banyak sangat. Tak tau nak pilih mana. Padahal dia pening lupa tinggal henset kat mana :P Takpa, seluar ko dapat tu lawa!

Aku plak siap kena cakar harimau dengan pompuan mana tah. Gila tahap berebut dia. Laju siot! Ni pun 1st time jadi kat bundle. Ko ado? Citer dia cenggini:

Ada 1 masa tu, pekerja nak sangkut 3 hangers baju baru depan mata aku. Biasa la bila depa nampak baju makin reda, depa kuarkan baju2 baru. Ni kira nak dapat untung depan mata ye! Aku pun sua tangan nak ambil tengok la baju tu pas kak tu blah. Sekali ada 1 tangan agak tembam la baik punya cakar tangan aku sebab nak rembat baju2 tadi. Laju giler rembatan dia. Dia dapat 2 baju. 1 dia amik kot 1 lagi tak jadi amik sebab ada warna yang rosak skit kat baju tu. Baju rosak tu cantik. Aku belek pas dia letak balik la. Aku dapat 1 blouse-T putih. Panas hati punya pasai kena cakaq, saje je aku angkat baju tu lama2 tayang kat dia. Huahahaha. Kwang asam kau! Ok le aku dapat 1 hang dapat 1. Lagipun hang tak muat kot kalau amik baju yang aku dapat tu :P

~Contengan Jalanan : Hlovate~


"The man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th."


Contengan Jalanan
----------------------------------------------

Aku baca novel baru setelah Andrea Hitara aku khatam. Dah selamat dipinjam Zue lagi bawok balik Kemamang. Kan aku berjaya transform ko jadi ulat buku. Hahahaha.

Novel baru oleh Hlovate yang aku mula jjatuh cinta selepas karya aA+bB dan Tunas.



Dalam novel, watak si Fend pening pasal ayat di atas. Sekarang, dengan aku sekali tersampuk terngiang2 ayat 1001 makna tu.


04 June 2011

~PhotoG kembali. Ngehngehngeh~

Teaser




Aku rasa dah lama sangat aku tak shoot gambar. Shoot gambar orang lain, maknanya aku jadi photoG la. Ni tak termasuk workshop hari tu la. Maksud aku, shoot suka2, ada tema, explore my Mr.Nick.... best!

So, tadi aku shoot kawan2 aku. Tema baju merah ok!Suka2. Aku suh depa wat bebas suka hati. Kira shoot paling malas la kot sebab patutnya photoG yang arahkan model wat apa2 gaya kan. Ni 99.9% gaya bebas. Hahaha. Like!



* Bila plak aku nak jadi model balik nih? Jadi model lagi senang daripada photoG :P

02 June 2011

~Cinta Di Dalam Gelas Di Padang Bulan~

Andrea Hirata -

Kau buat aku ketawa dengan tiap ayat2mu. Dan puisi2mu buat aku terbang. Aku kerap deskriminasi, tapi ini....aku tolak deskriminasi.

-------------------------------------------------





"Cinta, ditaburkan dari langit

lelaki dan wanita menengadahkan tangan

berebut-rebut menangkapnya

banyak yang mendapat secupak

banyak yang mendapat segantang

semakin banyak

semakin tidak tergenggam.''


Cinta DiDalam Gelas


*Ini bahan bakar cuti sekolah

01 June 2011


Pejam mata

aku di mana?

Mungkin di laut,

mungkin di hutan.

Yang nyata

aku sesat

perlu ke kiri

atau ke kanan?

Kerana pandangan mata

nampak semua sama.

Jangan salah lagi,

nanti aku tambah benci.

Ikhlas,

redha.

Sungguh aku mahu itu.

LOVE Hada Labo!