30 May 2011

~Program Gembirakan Hati Sendiri~

Dah sampai kampung. Niat nak lupa semua kisah sedih tapi makin sedih pulak. Tabahkanlah hati ini. Mari atur program untuk Program Gembirakan Hati Sendiri! Chayok! Chayok!

28 May 2011

~Aku tak hilang pun, baru balik dari Wonderland~

Lama kan aku tak update? Hari ni 1st day of school holiday! Students happy, cikgu lagi happy. Patutnya aku ada kena tanda paper Sivik untuk 2 kelas. Tapi, sejak buat smart scan untuk kertas objektif subjek teras (tu keje penyelaras tingkatan gak untukgodek mesin smart scan), kalau boleh semua paper aku nak smart scan. Hahaha. Proses scan paper teras habis awal, so boleh scan untuk subjek bukan teras (yang aku ajar je la ye). Shhhhh! Lain2 tak sempat la ye kawan2. Marking exam paper---->siap! Cuti sakan :P

Aku tak update sebab aku sudah bengang sama itu Maxis berukband. Sakit hati. Ni aku tengah guna Celcom Broadband Angah. Awal giler pompuan Serawakni balik cuti sekolah. Macamana aku nak g Sarawak kalau orang yang keje kat sana sibuk nak balik kampung lagi awal dari orang KL?

Hari Wesak lepas aku pergi photography workshop tapi sampai sekarang tak upload gambar kat FB lagi. Kena touch up skit sebelum upload. Photoshop time!

Ok, aku update lagi nanti k. Bubbye

20 May 2011

I wish I'm Alice in the Wonderland

17 May 2011

~Photography's Sharing~

One Day Workshop Outdoor Training

Tempat : Taman Metropolitan, Kepong.
Tarikh: 17 Mei 2011
Hari : Selasa
Masa : 10 pagi - 4 petang
Bayaran : RM10 jer

Kalau korang baca harga workshop ni mesti korang sakit hati berdarah hidung kan. Hahahaha. Sebenarnya course ni kena bayar RM100 tapi sebab En. Azam ni buat promotion sempena Hari Ibu dan Hari Guru, kosnya kurang hingga jadi RM10 jer. Kira macam dia tolong2 dan buat amal jariah je la ni kan. Sharing dia bagus. Dapat banyak ilmu baru dan memperkaya ilmu sedia ada. Setakat tau basic dan tau tiap button dia sebut tu kira okla.... kot! :P

Aku tau basic sangat pasal photography. Tu pun through pembacaan bukan attend classes atau outing dengan otai. Yup, aku dok snap gambar suka hati tu aku balajar melalui pembacaan jer. Ni 1st time la join bengkel dan outing. Aku teringin gak nak join geng flickr Penang, Kedah. Macam happening kau!Tapi jauh sangat KL-Penang nak join outing depa. Takat tengok kat blog dengan FB je la setakat ni. So, ni 1st step la kot sebelum join outing lain plak. Hehehe. Aminnnn!

Cikgu Azam ajar pasal 9 skills- technical and creativity. Basic with some tips!

1)Shutter
2)Aperture
3)ISO
4)Exposure
5)Composition
6)Rule of third(ROT)
7)Lighting
8)Angle
9)Clear shoot

Mula2 aku amik gambar nak ikut 9 skills ni without speed lite. Ni sebab nak tengok cara aku control lain2 benda. Nape le tak terus guna speed lite kan? Hah, kat bawah ni hasilnya. Background ok tapi model gelap sebab tak cukup lighting.








2nd slot pasal lighting. So, ni aku dah kuarkan speedlite la. Cerah skit kan. Aku tak pandai control lighting la. Huhuhu.








Last slot pasal creative lighting. Yang ni aku guna trigger. Kuar lampu, payung segala! So, gambar bawah ni cun skit la lighting dia...kot.


Yang ni la orang cakap over exposure tu ye tak? Cahaya macam terang sangat. Is it?



Ni aku share beberapa tips hari ini. Mungkin ada yang dah tau, mungkin ada yang belum tahu. Sama2 share le k :)

1)Nak ambil gambar model kena focus kat mata atau kening model.
2)Nak dapat warna awan putih langit biru kena guna aperture f10 ke atas dan shutter 160 ke atas.
3)Kalau guna kit lens, guna max ISO 400 untuk elak noise.
4)Kalau guna speedlite pastikan shutter kurang dari 250 untuk elak dapat gambar yang separuh nampak imej separuh hitam.
5)Masa panas pun elok guna flash tapi kena guna dengan diffuser/bouncing card la untuk elak dapat background cerah tapi muka model gelap. Kalau guna flash yang built in kat kamera tu, try cover flash tu dengan TISU. Tisu bukan untuk lap hingus je tau!



Perasankah anda aku ni suka ambil gambar half jer dan ikut ROT? :P

Ni FB Cikgu Azam


~One Day Workshop Outdoor Training~

Baru balik dari Taman Metropolitan menambah ilmu foto. One Day Workshop Outdoor Training dengan Cikgu Azam dan beberapa model. Semalam macam berat ati je nak pegi, tapi bangun pagi tadi semangat lain macam terus siap2 pergi sana. Nanti aku share k ;)

16 May 2011

SELAMAT HARI GURU

Tanpa guru siapalah kita sekarang

13 May 2011

~Sunan, I miss u. MasyaAllah!~

Dah habis baca Sutera Bidadari beberapa hari lepas. Macamada sambung lagi jer.En. RamleeAwang Murshid, betulkah firasat hamba ini? Kalau betul.... sangat gembira.

Ramai kawan aku dok tertanya2 kalau buat filem, sapa yang layak jadi Laksamana Sunan? Mmmm, tah, takde kot. Aku tak mau tcerita ni difilemkan! Aku nak didramakan jer. Macam Trilogi Cinta Rosyam Noor pun adaptasi dari novel kan. Ramai giler pengikut setia drama tu. Aku tak setia sangat la. Tengok pun dah ujung2 cerita. Mula2 tak mau tengok, ye la keje pakcik Rosyam jer yang berlakon kan. Rupanya cerita tu sangat best dan boleh kata sama dengan novel la. Aku pun dah lupa bila aku baca novel tu dulu. Berapa % sama pun tah la, aku bukan tengok dari mula, dengar kawan aku jer cakap sama dengan novel. Kalau dia kelentong, aku pun tengah kelentong gak la kat sini.

So, sekarang faham tak kenapa aku tak mau Laksamana Sunan difilemkan? Kalau buat filem mesti setiap scene cepat. Tak sempat nak feeling, nak naik semangat, tetiba dah tukar ke scene lain. Lagi pun kalau difilemkan, mesti banyak part kena potong padahal every part sangat best.

Aku baca kebanyakan novel RAM, kira kipas susah mati gak la ni. Tapi, dalam semua novel dia, aku paling sayang karya pasal Laksamana Sunan. Sungguh, sampai kalau jumpa dia nak tanya mana dia dapat idea sungguh mengujakan aku. Otak dia sangat kreatif. Sama la jugak novel2 lain, kreatif, banyak idea yang kita tak terfikir yang dia boleh fikir. Memang banyak kajian sebelum tulis novel siap bagi tau apa rujukan dia guna di hujung cerita. Ni salah seorang manusia berotak yang aku kagum la habis cerita.

En. RAM, nanti katakanlah Laksamana Sunan ada sambungan lagi ye. Cerita Sang Dewi tergantung. Betul firasat aku mula2 keluar nama Sang Dewi dalam novel ni sebenarnya Sang Ratu! Hehehehe.

Masa mula2 baca, aku baca sikit2 jer. Sayang nak abiskan! Hahahaha. Tetttt! Ida tanya dah abis ke belum? Aku cakap belum sebab nak baca sikit2, sayang nak abiskan. Nanti lama plak nak tunggu karya terbaru, plak tu tak tau Laksamana Sunan ada sambungan lagi ke tak. Dia bleh bantai gelak kat aku ''ada gak manusia macam ni!''. Cet! Ada la. Aku la tu. Tapi lastly tak boleh tahan. Mula bab 5 kot dah kena trus perabis sebab dah tak tahan nak tau sampai habis cerita jadi apa.



Mmmm cerita Hari Guru nanti dah tidak mengujakan. Ye la, pe hal boleh terfikir nak buat sambutan 2 sesi? PPD dengki :P

Tadi budak tanya,

"Teacher suka lolipop tak?''

"Teacher dah lama tak makan lolipop.''

"Oooo, teacher mau purple ke strawberi?"

"Purple."

"Ooooo. Ok."


Hah, pe lak plan budak2 1K nih. Budak2 perempuan 1 group ni memang comel bagi aku, ada 4-5 orang. Comel, cute, perangai pun baik. tiap2 hari nak sembang dan tanya ''teacher nak masuk 1K tak hari ni?'' bila aku lalu kelas diorang. Semalam dah siap kerja aku bagi depa buat kerja sendiri, geng2 ni ajar cakap cina tapi paling ingat 'siang' jer. 'Siang' = wangi. Wa lau se. Lau se siang! Hahaha. Bleh gitu? Ada ke ajar aku Bc sambil tipu belon tiup tu. Aku cakap time aku skolah dulu 20 sen jer. "Wa, sangat cheap!''

05 May 2011

~Trend anak murid sekarang~

Trend anak2 murid aku sekarang:

1) Lolipop kat mulut tiap masa walau lolipop dah abis, batang lolipop masih dalam mulut.

2) Belon yang dulu harga 20 sen dalam tiub tu. Tiup sampai besar.

3) Main dengan hantu kot. Dulu dengar main spirit of the coin tapi ni guna pen or pensel je. Pegang ramai2 pastu gerakkan atas kertas yang ada pilihan jawapan. Tanya la apa2 soalan.

4) Nyanyi lagu Jastin Bebel ''baby, baby, baby....auwwwwwww'' (menyalak macam hanjing).

5) Baru2 ni dah ada yang nak balik zaman gothic kot...pakai celak!






Tadi melayan sembang dengan anak2 murid perempuan Cina 1 kelas ni sambil tunggu sorang kawan depa amik buku kat bilik guru. Tanya pasal diorang dok main spirit tu. Diorang tau je tu main dengan hantu tapi tetapnak main. Tau apa jawapan diorang?

l

l

l

l

l

l

V

"Kawan2 kamu tu main dengan hantu ke?''

"Ya teacher."

"Tak takut ke main dengan hantu?"

"Hehehe."

"Dulu saya pernah dengar orang main macam tu waktu malam pastu hantu tu datang kacau sampai mati. U tak takut ke?"

"Ini tak boleh main malam. Main siang ok."

"Ooo. Macam tu ke?"

"Ya la. Lagi aaa, jangan main kat toilet, hutan, blok D tu."

"Kenapa tak boleh main kat blok D?"

"Sana hitam la teacher."

"Oooo. So, class U tak hitam la?"

"Haaa, sini tak."




Pulak! Nak tepuk dahi pun ada gak la tadi. Blok D hitam, kelas depa tu 'putih' giler la. Sampah pun malas nak sapu, sekali tegur baru nak kutip sampah! Sekali sekala melayan budak2 ni macam2 boleh dengar.

03 May 2011

~Tembak tanpa edit~

Tempat : Parit depan rumah

Masa : 6.30pm 02-05-2011






















100% dari D5000 tanpa edit sebab malas. Hehehe. Kan aku cakap rindu nak menembak, tak rindu nak mengedit. So, hasilnya....memang tak edit langsung la. Ni guna laptop baru. Photoshop pun tak install lagi dalam laptop ni. Watermark pun takde ni ha.

Ok, enjoy la k ;)

01 May 2011

~Hari Pekerja bukan Hari Buruh?~

"Cikgu, Isnin ni cuti kan.''

"Haah."

"Cuti hari buruh kan."

"Weh, bukan la. Cutiharipekerjakan cikgu kan.''

"Hari buruh la!"

"Hari pekerja la!"

"Dah! Dah! Hari pekerja tu sama je dengan hari buruh. Semua cuti. Cikgu cuti, kamu pun cuti.''

"Oooooo, ye ke cikgu?''





Hai.... anak murid aku. Benda tu pun bleh jadi isu nak gaduh. Anyway, SELAMAT HARI PEKERJA@BURUH semua. Aku kat kampung already. Happy sungguh walau pun cita2 nak snap gambar tergendala petang tadi sebab hujan T__T.