29 April 2011

Esok cuti! Prasan macam cuti lama plak. Tadi kat sekolah pun ramai cikgu yang balik awal. Plan balik kampung dan holiday.


Aku plak















Esok pagi ada kelas tambahan PMR. Sekian, terima kasih.

~Menarik hari ini dan semalam: kisah air terjun~

Aku dah buang banyak widget dalam blog ni. Sekarang blog dah jadi ringan dan sangat simple dengan warna kegemaran sahaja. Ghairah kan! Hahahaha. Nak letak hitam dah selalu sangat blog ni warna hitam dulu. Sekarang guna lagi 1 warna kegemaran. Hehehe.


Soalan pertengahan tahun dah siap! Esok boleh submit untuk riso insyaallah :) Pasni buat kerja men'stapler' soalan la plak. Kenapa la sekolah aku tak beli mesin sorter tu lagi? Dah dicadangkan, mungkin in process kot kan. Bersangka baik.


Semalam hujan lebat. Ada yang mandi air terjun siap tersimpuh tepi longkang lagi. Apa nak cakap tu? Dah dilarang tapi yang cikgu larang tu la yang selalu nak dibuat. Kan remaja sekarang suka cabaran (tangan di bahu dan mata ke atas :P). So, petang tadi bila ada bunyi guruh dan kilat sabung-menyabung, ramai la anak murid yang menadah tangan berdoa ''Bagi la hujan turun lebat lagi macam semalam. Aminnnnn.'' Namun, allahtau tujuan doa tu menyimpang, maka hujan turun renyai2 dan sekejap je. Cikgu2 senyum lega tak payah menghambat anak murid masuk kelas dari main di 'air terjun'. Air terjun dari tingkat 3!


Emmm, dan lagi peristiwa menarik. Apa hak salesman nak marah dan jerit kepada budak2 dalam assembly? Giler! Ko nak jual buku bahasa tapi ko punya bahasa pun ke laut sampai budak pun gelak. Then, bila budak bising2 ko boleh jerit kuat2 ''Shut-up!!!", ''Diam!!!" Cikgu2 pun tak jerit macam tu dalam perhimpunan la ngok!

''Orang putih ke tu?''

"Tak la. Orang Malaysia berambut putih jer.''

Kalau dah budak2 pun bantai gelak, apa korang rasa cikgu2 buat?

28 April 2011

~Belajar dari kesilapan~

Hari 1:

A : Kamu nak baling kerusi ke arah saya. Saya boleh BUAT REPORT POLIS tau.

B : Sorry (dengan muka 'konon' bersalah)



Hari 2:

B : U tolak kepala saya dan buat saya cedera kena kaca.

C : Bila masa saya tolak kepala kamu? U dah angkat kerusi dan nak baling kerusi mesti la saya elak dan tolak U sebelum kerusi sempat sampai ke kepala saya. (bila aku tolak di ke tingkap tu plak?)

B : Saya mau BUAT REPORT POLIS.





*Pandai kan dia belajar dari kesilapan sebab nak tutup kesalahan dia.

26 April 2011

~Aku nak menembak. Sapa sanggup jadi mangsa?~

Sekarang masa sibuk tidak mahu lari dari aku. Ada je kerja tertangguh. 2 hari tidak ke sekolah macam2 kerja sudah terbengkalai. Isu ngan gosip kat sekolah pun aku tak tau sampai bila kawan2 bersembang aku lebih banyak dengar dan kadang2 keluar soalan kepala WH question versi BM ''kenapa?'', ''sapa?'', ''macamana?''. Bila orang tanya, jawapan lebih kepada ''hah?''. Kesian kan, baru MC 2 hari, eh plus sehari sebelum MC tu aku jadi guru pengiring team bola jaring.

Sibuk2 ni aku boleh terpikir ni plak. Weh, aku teringin betul nak amik gambar kat kawasan padang lalang. Lalang pun cantik tau. Cuti hari buruh ni kalau boleh aku nak pergi menembak. Dah lama En. Nicky aku tu tidur. 1 Mei niat nak balik kampung. So, mood menembak di kampung la. Jalan2 tepi parit besar depan rumah aku tu pun syok gak kan. Hehehe.


Pastu, teringin nak ambil gambar lanscape, sunrise.Gambar sunset tepi pantai dah selalu aku ambil terutama bila p Penang. I miss Penang and of coz aku paling rindu pantai. Nak pijak pasir, main di gigi air, best.

Dan, gambar di kebun getah tapi bukan masa daun hijau tu. Aku nak gambar macam musim luruh. Daun getah penuh atas tanah, pokok tak berdaun, ranting2 je. Cantik! Dulu masa aku study lagi la aku pernah p taman rekreasi dekat Seberang Perai tapi tak ingat nama tempat tu. Situ ada air terjun, ala, jeram kot sebab tak tinggi, cuma banyak batu2. On the way nak sampai kawasan jeram kena lalu kebun getah. Masa tu daun2 gerah mula luruh, warna perang, penuh atas tanah. Rasa macam citer hindustan plak. Masa macam tu la yang aku teringin ambil gambar.

Then, gambar baby! Ari tu ada ambil gambar baby kawan sekolah aku tapi sikit sangat sebab aku rushing ke tempat lain. Tak sempat nak main2 dengan jari, tapak kaki, hidung dia. Baby Ilmi yang cute! Nak snap gamabr baby lagi, kalau dapat baby yang kulit tengah mengelupas baru pas bersalin tu lagi best kot.

Rindu kucing aku. Tadi kat kedai makan ternampak anak kucing sama warna dengan kucing aku Bobo yang hilang tu. Penat bela Bobo sampai besar, kuat, gemok, tiba2 hilang, memang boleh buat aku nangis la bongok pencuri tu! Balik kampung ni nak lepas geram main dan ambil gambar kucing2 aku yang lain. Eh, anak kucing tadi...aku teringat lagi ni. Esok kalau ada lagi kat kedai makan tu dan bukan milik sapa2 aku rasa aku nak bawak balik rumah la. Bleh? Hehehehe.

25 April 2011

~Kenapa cuti boleh jadi tak best?~

Ahad lepas (atau lebih tepat tadi) sangat boring (doh)! Jap2! Adik, apasal sekarang budak2 sekolah asal cakap jer ada 'doh' kat hujung ayat tu? Akak tobat tak paham. Maksud dia apa ek? Takkan bodoh kot?


Back to boring sunday. Sebab apa boring?

1) Bangun pagi tak tau nak buat apa, punya malas nak mula gerak dari katil padahal baju ada sebaldi boleh basuh. Tapi selepas otak berjaya memanipulasikan kaki dan tangan, alhamdulillah baju dah siap basuh dan sidai!

2) Tolong la khaborkan ke teman apa makanan yang best dan senang dapat. Aku ni sampai tahap kronik asal lapar nak makan jer, tiba2 otak aku blank tak tau nak makan apa. Pikir punya pikir punya pikir, last2 makan roti jer.

3) Dengar lagu macam2, lappy pun terpasang lagu abang macho M.Nasir. Tapi sebab suara tak baik2 lagi aku tak bleh nak nyanyi. Tau...suara I tak meletop nak masuk AF ke Mentor ke, tapi apa de aku kesah, aku nak nyanyi aku punya pasal la kan. Dan...suara budak2 AF tu meletop ke? Tadi nyanyi tak keluar suara aku tapi keluar suara unta. Oh no! Takkan nak kena miming jer.Apa barang miming macam cikgu shida?

4) Orang lain cuti sibuk p shopping ke atau at least window shopping. Aku? Taip soalan exam. Bagus giler la. Ni la sukatan sebenar KBSM (kerja berat sampai mati). Cet! Nasib baik soalan dah siap2 cari sebelum ni, so, ni betul2 kena kuatkan semangat nak menaip je la (dan draw dalam paint sebab aku dah malas nak photostat, gunting, tempek semua diagrams). Nak cari mood mula menaip tu yang payah, bila dah start ok je pun. Dah siap :)

5) Sebenarnya ahad tadi jadi lagi tak best sebab semalam sekolah. So, hari ni takde nafsu nak start keja kuar jalan2 T__T

No.5 tu yang menyebabkan ahad aku boring giler sebenarnya. Hahahaha.

23 April 2011

Barang baru sudah tiba! Aku dah dapat Asus A42F Series aku.

22 April 2011


Nak bahagiakan dia tau diri sendiri?


Dua2 pun ada azab.

21 April 2011

~ Kempen 1 hari susut 2 kilo~

Hari pertama dalam kesakitan turun 2 kilo. Agak2 kalau 2-3 hari sakit ni turun 5 kilo x? Ni sakit fizikal. Tak termasuk sakit hati lagi. Campur dua2 boleh kurus kering la kan.

Semalam ke klinik mencari penawar sebab sudah kena gejala batuk hingga suara pun tidak mahu menghampiri aku. Dari boleh bertutur Bahasa Melayu dengan lancar dah didengar macam bertutur bahaza nazi. Semua tidak faham termasuk doktor itu semalam. Bukan tu saja, aku dapat pakej buy 1 free 1. Batuk + migrain.

Hasilnya, semalam MC untuk mengelak diketawakan dan tidak difahami dari pukul 1.15 hingga 6.45. Suara aku sumpah, bukan seksi lagi tapi seksa.

Oh, ya. Balik kepada perenggan pertama. aku timbang mass kat klinik.

1 hari sakit batuk2 kuat = mass turun 2kg.

So, kalau anda nak kurangkan berat badan, sila la buat2 batuk kronik sebab goncangan badan tahap tsunami ditambah tak lalu nak makan bisa buat berat badan susut : 1 hari, 2 kg.


Ada yang nak try Kempen 1 hari susut 2 kilo?

19 April 2011

~Mana suaraku?~

Semalam sudah sakit tekak dan suara sudah mula menghilang ----> 60%.

Hari ini, selepas berjemur panas terik di padang dengan team bola jaring di SMKLK, suara sudah hilang hingga 90%. Tadi aku tahan aje tak jerit masa team aku lawan. Macamana nak jerit kalau cakap pun tak keluar suara?

"Huiyyo! Dasyat suara cikgu!"

"Mau tau la."

Sampai ke rumah lepas hantar budak balik ke sekolah lebih kurang 3.30 petang. Panas tadi, dapat la pakej migrain sekali. Tu pun dah pakai sunglasses, kalau tak pakai, sure kat sana tadi dah migrain.

Balik, kol Mr. Aben dia tanya team. Sembang2 kejap sebab dah penat. Malam ni pun dia ada game bola dengan kawan2 dia. Ok.

Malam dia kol lagi dan time ni suara memang kronik giler. Leh plak dia cakap sambil gelak2,

"Tak paham! Tak paham! Cakap Bahasa Melayu. Hahahahaha"

Yela, aku tengah cakap guna Bahasa Jerman tadi kan. Teruk la kamu!

18 April 2011

~Tajuk pe nak letak ah?~

Kawan,

ada post tentang kita malam ini?

Hehehe.

Hadoiyai, niat asa nak wat puisi bagai tapi otak bahagian bahasa sangat lemah. Sebab tu aku ni tak jiwang kot. Kot!

Bila lama tak sembang, banyak betul cerita kan. Mana la tunang ko tak pelik macam mana kita ni leh rapat. Padahal tunang ko yang sama sekolah dengan aku, tapi sekarang macam kita plak yang 1 sekolah. Hahaha.

Tu cerita pasal kawan aku yang ini.




eh, esok insyaallah aku dapat barang baru. Pejam mata jer order Jumaat lepas memandangkan barang lama dah btol ketinggalan zaman. Apa tu???? Ohhh,








secret :P

16 April 2011

~Netball~

Dah lama tak terlompat2 main netball, stamina dah ke laut.... hampeh! Skill masih ada cuma jangan suruh jadi GS kang tak de mata. Cukup la jadi WA atau WD.

Tadi main dari kul 9-11 pagi. Dari cerah, mendung, sampai hujan rintik2 dan berakhir dengan hujan lebat. Penat tapi best! :)

14 April 2011

~Bila dapat hadiah daripada kesayangan....~

Sejak mula cuti pertengahan semester Mac lepas hingga hari ini, aku dapat banyak presents daripada kesayangan :) Sangat happy!!!


Mula cuti sekolah aku diberi assignment baru daripada my Mr.Aben. Hehehehe. Tak la, dia tak de cakap tu assignment pun, memandai jer. Actually, aku memang nak sangat beli buku ni lepas tahu MPH keluarkan dan dari blog dan FB kawan2 ramai cakap kat KL ni dah sold out, kena tunggu lagi. Cakap dengan my Mr. dan tadaaaaa.....dapat present ni time singgah Ipoh on da way nak balik kampung cuti sekolah ari tu. Suka btol!


Buku ini sangat tebal! Yang pasti, aku belum habis baca sebab aku baca sikit2 je sebelum tidur. Pemalas! Tengok penanda buku tu sendiri la. Buku ni banyak beri aspirasi dan buat aku berfikir. Dan, aku rasa Dr. M sangat hensem kat cover buku tu. Hehehehe.


Buka sekolah dapat 2 keychains ni daripada Kak Ezrin dan Zati yang Cuti2 Europe masa cuti sekolah tu. Best kan dapat g Rome, London, Paris. Berangan, Malaysia pun pusing tak abis lagi. Husband Kak Ezrin engineer MAS, so dapat tiket free every year. Best btol! Keychain merah-hijau dari Kak Ezrin dan love-shape keychain from Zati, isteri encik lawyer.


Dan, last week dapat hadiah daripada Chentahatie. aku follower ke-100 blog dia, so tak disangka2 dapat present. Dia sangat kreatif, tengok la present aku dapat. Dia wat bisness tau. Nak beli leh jenguk kat blog dia. Kena tengok sendiri. Banyak barang baek punya! Hehehe. Klik kat gambar di bawah untuk ke blok Chentahatie.


Then, ni pun Mr. Aben yang bagi :)


Ini jugak :) Nape aku suka hitam tah? Mmmmmm. Hitam itu mutu, keunggulan! Hahahahaha. Tah, memang suka hitam..... dan merah! Auw!


Ini pun hadiah daripada.......... ni hadiah daripada diri sendiri untuk diri sendiri ;P Selalu jumpa bangles yang lubangnya besar2. Sangat la tidak releven dengan tangan aku yang kecik ni. Ari tu jalan2 dengan Mr. Aben, dia beli rantai2 kat atas tu aku beli bangles ni. Sayang semua lah! Muaaahhhhh. Tengok kaler. Warna 1 family gak, hitam, kelabu. Senang nak match dengan warna baju apa2 pun, tak gitu :P


Berkat menjadi moderator tudung untuk Persatuan Puteri Islam Jumaat lepas, diorang bagi tudung design baru ni. Aku memang tak de lagi tudung 3 segi dengan bunga tempek sebesar itu. Sesuai ke dengan aku? Hehehe. Ni kain cotton, so, confirm tak panas!


Ni plak baru dapat tadi. Hot dari ladang lagi. Kawan aku ni g jalan2 Bandung tinggal aku wo. Aku layan gambar2 dia men'shopping2' sakan kat Bandung tu. Dia dah rabun mata nak pilih mana 1, baju semua best2 dan berbaloi. Dia g Bandung, aku dapat la ole2 ni. Aku suka keychain Bandung tu! Souvenir dari Indon memang kreatif la kan. Dulu masa matriks kawan aku ada bagi keychain dari Padang, Indon, pun kreatif gak. Suka la! Ni pun, klik kat gambar nak ke blog Cik Zue my kawan.


Lama kan tak update bergambar ni, sekali post kuar gambar hadiah2 plak. Perasan btoi! :P
I'm happy coz I have a lovely persons around me. Love all of you very much :)

12 April 2011

~Seorang GURU BIASA yang LUAR BIASA~

Aku terbaca artikel ini yang di'share' di FB kawan guru a.k.a jiran sebelah di bilik guru. Mungkin ada antara anda yang dah pernah baca sebelum ni. Kepada yang kata ''eleh, jadi cikgu senang je. Cuti banyak...''. Ini aku masih boleh sabar. Tapi kalau sampai memperlekeh kerja guru, aku cukup emo. Yang dia jumpa tu sorang dua je sedangkan kat Malaysia ni ada berapa orang guru? Nila setitik, rosak susu sebelanga. Sebelum cakap dan nak kutuk2 kerja guru, tolong fikir dulu....


GURU BIASA:

1. Menulis rancangan mengajar

2. Menanda kedatangan murid/pelajar

3. Menanda buku kerja murid. 1 murid = 3 buah buku 1 kelas = 45 orang murid. Jumlah Buku bagi 1 kelas = 135 Buah buku. Seorang guru akan mengajar sekurang-kurangnya 5 kelas > 5 X 135 = 675 Buah buku.

4. Menghadiri/ mengendalikan pelbagai jenis mesyuarat - Mesyuarat JKK sekolah - Mesyuarat Guru - Mesyuarat Sukan - Mesyuarat Panitia seorang guru mungkin ada 2 panitia - Mesyuarat PIBG - Mesyuarat Kelab Guru - Mesyuarat Kokurikulum - Mesyuarat Program lebih dari 6 program anjuran sekolah Hari Guru Maulidur Rasul Maal Hijrah Kemerdekaan Bulan Bahasa Hari Anugerah Sekolah Selamat

5. Aktiviti kokurikulum, kadang-kadang seorang guru bertanggungjawab terhadap 2 unit - Perjumpaan unit uniform kekadang hadir Sabtu - Perjumpaan permainan tambah untuk pertandingan pulak - Perjumpaan persatuan / kelab - Latihan rumah sukan setiap minggu

6. Menghadiri pelbagai jenis kursus dalaman / luaran

7. Mengisi pelbagai jenis borang. Borang keluar masuk & buku keluar masuk Borang emis / hrmis/ label Buku Hadir Kursus / balik dari kursus Borang Fleksi PMR / SPM Borang kehadiran murid ke kelas fleksi Buku Pemantauan / salah laku murid Buku catatan relief guru Buku tugasan mingguan Laporan mingguan Laporan keceriaan Borang menghantar dan mengambil kertas peperiksaan selepas mengawas peperiksaan Buku Kokurikulum murid Borang permarkahan kokurikulum

7. Menghantar murid ke Klinik

8. Mengisi maklumat murid di dalam file peribadi

9. Menceriakan bilik darjah selalunya duit poket sendiri

10. Mengisi markah ujian/ peperiksaan

11. Mengisi data murid SMM

12. Menangani masalah disiplin murid / pelajar

13. memasukkan data disiplin di dalam e-disiplin

14. Melayani karenah Ibu Bapa / penjaga

15. Mengecat sekolah

16. Membersihkan bilik / stor / bilik khas

17. Menganjurkan program-program wajib (Hari terbuka dsb)

18. Menyiapkan program Head Counting

19. Melaksanakan pelan tindakan PPD, JPN (seperti KIA2M, etc)

20 Menyiapkan file gerko, persatuan, kelab dan sebagainya

21. Menghantar murid ke pertandingan atau kejohanan

22. Mengendali masalah / kebajikan murid

23. Menunggu semua murid pulang sebelum guru pulang.

24. Mengadakan kelas tambahan, kelas intensif dan sebagainya

25. Menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM)

26. Berniaga (jualan hari kantin, etc)

27. Menjaga kebajikan murid / ke rumah murid bermasalah

28. Bekerja lebih masa (menyiapkan pentas, backdrop, banner dsb)

29. Menyediakan kertas peperiksaan / ujian

30. Menanda kertas peperiksaan / ujian. 1 subjek 2 paper – 2 x 45 = 90 90 x 5 = 450 kertas

31. Perkembangan staf

32. Mengendalikan perhimpunan murid

33. Gotong-royong kadang2 guru perlu bawa semua alatan

* Terdapat lagi tugasan sebagai seorang guru terutama yang ada tugas khas….. tetapi cukuplah sekadar ini untuk nilaian kita bahawasanya tugas seorang guru amatlah berat. Walaupun kita sering menganggap cikgu cuti banyak dan sebagainya. Tetapi hakikatnya tugas seoran guru amatlah berat. Jarang sekali bagi pekerjaan lain membawa balik kerja-kerja pejabat ke rumah, berbanding guru yang terpaksa menanda buku dan menulis rancangan mengajar sehingga lewat malam. Sungguh besar pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa kita.

11 April 2011

~Produk mahal vs produk murah~

Any suggestion tak? Produk mahal vs murah tu refer to facial skin care products la ni. Lately aku guna Safi. Produk Malaysia yang harga takde la cecah RM20 untuk 1 tube pencuci muka tu. Nampak la jerawat jarang2 nak timbul, tak macam dulu kalau kuar banyak sangat. Jerawat kuar time nak period atau pas period tu biasa la, ada la 2-3 tapi dah tak banyak dan tak besar2 macam dulu. Parut pun boleh nampak kurang sikit. Tapi kulit makin kering kot sekarang ni. Nak kata kurang air, aku ni kerap minum air tambah2 mengajar waktu petang. Bila kulit kering nampak macam tua sebelum usia jer :P (ke memang aku dah tua?)

Puas hati jerawat makin kurang keluar tapi tak puas hati sebab kulit makin kering. Sekarang plak dalam seminggu 2-3 kali datang berjemur di padang melatih pasukan bola jaring sekolah, terbakar pulak kulit yang tak seberapa ni! Ada yang kata Safi menipiskan kulit tu sebab parut makin hilang. Ye ke? Kulit takde la plak mengalami uneven tone, sekata jer, masalahnya tak mau le muka kering dan kulit makin nipis tambah2 kulit ini tergolong kategori kulit sensitif.

Eh, bagus sangat ke produk mahal2 tu? Tak payah la aku nak senaraikan kat sini kan, banyak jenama di pasaran. Kalau ikut nafsu nak jugak try, bukan kena beli tiap2 minggu pun kan. Hahaha. Orang kata 'alah membeli menang memakai', btol ke? Kalau nak ikut suggestion kawan2 sangat pun tak boleh gak kan, kulit kita bukan semua 100% sama. Ada tak sesapa yang mengalami masalah macam aku dan berjaya mengatasinya sampai dapat kulit halus mulus atau setidak2nya hampir halus mulus? Kalau aku kata aku tak jeles tengok kulit orang cantik2 itu memang tipu tahap gajah la kot kan. Gajah mana boleh sorok, macam tu la gayanya kalau aku tipu aku tak jeles tengok perempuan cantik.

So, entry ini entry meminta pendapat. Kalau ada opinion tinggalkan komen k :)

05 April 2011

Apasal aku bleh tersangkut tengok Asmara tiap2 minggu ni?

Cian kat Zalia.

04 April 2011

~Abang Sam saya menang!!!!~

Hahahahaha. Gila ke hape tu abang aku. Sama umoq rasanya.

Tahniah Sam! Gila semangat bercakap, but time cakap 'I love U'.... mak aih, romantik abih! :P Dia bawak mak dia atas pentas, memang anak mak kan.

Johan dengan Usop Wilcha memang menggamatkan suasana habis la. Sapa setuju angkat tangan. Siap bawak kerusi roda dia, sole-sole. I loveeeeee it!

Eh, Sam dengan Lisa ke? Kalau diorang dua orang pun ok, sesuai je aku tengok. Dua2 pun menang kan ;)

02 April 2011

~@ Chic Pop 7~

Penat tapi happy. Mana tak happy kalau boleh sambar 4 baju murah2. Teehee :))


Aku rendah, diorang tingi :((

Tangan sapa macam baru kuar gym nih? Hahaha.


Ni sesi berlakon time cari baju.

See, dah cakap aku rendah jer. Kami btol supporter 'no plastic bag on Saturday'.


Dah jalan hampir 3 jam, muka sudah penat. Eyebag yang parah!


Aku suka amik gambar curi ni. Ni Lizzie si katak pink, sebelah tu kakak dia a.k.a Emon. Lekat le nama tu sejak sekolah menengah :)

Jumpa Nurul cakap-cakap. Dia sangat comel, aku rasa suara dia pun comel. Hehehe. Macamana pakai tudung macam dia ek? Sempoi. aku pun ada beli 1 baju kat booth Nurul n geng :)


Lizzie, Nurul, Suri. Nape tak de geng diorang yang lain ek?



01 April 2011


See ya tomorrow with ur camera :)