31 March 2011

My student said, ''teacher, u look so.....pale.''

So, from today's on, I should avoid nude colour lipstick and 'no-make up day'. Wear reddish colour and my favorite dark grey eyeshadow instead of my eyeliner during school. Blusher? No need coz hot day will blush my cheek naturally :)

29 March 2011

~Aku cikgu biasa yang nak jadi luar biasa~

Rasa bahagia kan bila anak murid kita yang nakal masa di tingkatan 1 dulu tegur dan nak sembang dengan kita walau pun sekarang dah di sesi pagi di ting.3, 4, 5; di mana rakan2 yang lain dah sombong konon2 tak kenal cikgu di awal zaman sekolah menengah.

1) Yugendran a.k.a Ubi:

Sekarang dah di tingkatan 4. Masa ting.1C sangat notty dan bising time belajar. Ada je soalan2 merepek dia. Sekarang dah di kelas science stream.

''Hi teacher!''
"Hi, Ubi. Sekarang kelas mana, science stream?''
"Yes teacher."
"Bio pass, physics pass tapi chemistry fail."
"Oh, chemistry my major tu. I miss my chem."
"Kenapa teacher tak ajar kita?"
"You know why...ok, good luck Ubi."

Nama Ubi lekat sejak dari 1C dulu. Mula2 tak suka, last2 macam dah redha jer kawan2 panggil dia Ubi sampai sekarang. Dia ingat cikgu dia ni dah lupa nama glamor dia tu? Hahaha.


2) Tue Su Ern:

Ni pun dulu 1 kelas dengan Ubi. Suka memberontak. Kalau cikgu tengking2 marah dia, tanpa segan silu dia jerit balik kat cikgu. Tak padan dengan perempuan. Tapi kesian jugak budak ni, pas sekolah dia kerja kat salon. Kuku....masyaAllah, panjang!

"Teacher, saya kerja salon ma. Kuku panjang mau cuci rambut senang lor.'' =__+

Dulu aku pernah tengking dia sekali, gila menyinga minah ni. Pas dia cool, aku g sembang kat dia, nangis....bukan aku la, dia. Aku cikgu strong. BM Dan BI dia cukup makan, so aku paham2 je la apa dia nak cerita. Dia cakap dia memang tak leh tahan sabar kalau orang marah2. Tengok kaki tangan dia banyak berbirat2 kena rotan. Dia kata mak dia rotan. Kesian gak. Problem family aku tak tanya sangat la, may be sebab tu dia tak boleh sabar kot. Pas aku slow talk dengan dia, dia sangat respect aku.

"Teacher marah U bukan teacher tak suka U. Teacher nak ajar U.''

Sejak tu sampai sekarang dia la budak nakal kuat memberontak yang akan tegur dan datang kat aku kalau nampak aku walau pun aku ni jalan laju tak cukup masa, even to say "Hi teacher'' sambil tersengeh2.


Tu 2 contoh situasi aku mengajar di sini. Bila fikir2, budak2 nakal ni la yang akan ingat kita walau di mana dia ada sekarang pun. Budak nerd, baik, ulat buku, result gempak....belum tentu akan ingat kita. Ni pun dah rasa. Dulu masa sesi petang aku ajar tapi bila pas ambil result PMR, SPM hanya wish thank you kat cikgu2 ting.3 dan ting.5. Jumpa kami cikgu2 petang wat macam tak nampak jer.

Budak nakal, kelas belakang...ye, result tak gempak, tapi ingat cikgu. Jumpa jer walaupun kat pasar malam, dia akan tegur cikgu. Cakap "Hi" dan senyum tu pun tanda ingatan kan.

Sebab2 di atas ke menyebabkan every year aku akan mengajar kelas hujung2? Hahaha. May be. Aku suka sembang dengan depa daripada aku penat2 nak jerit marah2 24 jam nak redakan bising diorang. Memang sakit hati kalau budak tak dengar kata, tapi cara aku yang agak lembut ni berjaya juga melembutkan hati otai2 nakal, ketegaq, taiko kelas hujung2 supaya hormat cikgu, faham cikgu marah tu sebab cikgu sayang bukan cikgu benci.

28 March 2011

~Apa perasaan anda?~

Jika:

baru sampai ke tempat kerja, belum sempat melabuhkan punggung di kerusi antik tempat kerja, tiba2 bos bukan nombor 1 berpeluh2 jalan kalut tercangak2 cari mangsa dan tiba2 pusing belakang terus nampak anda, keluarkan arahan labih kepada perintah wajib ikut,

"Ha, Cik Hafizah, pengetua cari kamu. Sekarang! Pasal kesihatan. Cepat! Cepat! Cepat! Ada pegawai kesihatan datang!''

Keadaan tercangak2 mencari mangsa tu sangat obvious tidak ada hala tuju dan cari mangsa mana yang sempat dilihat sahaja. Sengaja menjual nama bos nombor 1 untuk menggerakkan kaki pekerja bawahan. Sungguh aku benci orang begini! Sorry to say, sudah hilang respect pada kamu! Sudah banyak kali kena dengan orang yang sama. Agak sebab dia ingat nama aku, dia senang nak perintah aku. Ye, dia tak ingat nama orang bawahan dia, yang dia ingat nama tu la yang selalu jadi mangsa.

Aku memang AJK Kesihatan. Tapi pegawai tu datang untuk pantau bukan pasal kesihatan sahaja. Check semua benda dari bangunan, longkang, kantin, tandas, tanda larangan merokok, plan latihan kebakaran dll. Kerja aku jugakah semua tu? Setau aku, aku cuma jaga buku kesihatan pelajar sesi petang, kad gigi pelajar sesi petang dan suntikan HPV Ting.1. Habis....longkang, kantin, tandas aku juga kah yang jaga?

Hai bos yang tidak prihatin tugas sendiri, patutnya cari AJK 3K sekolah selamat. Pegawai tu tanya pasal hos kebakaran bila kali terakhir guna? Mana aku tau sebab aku tak pernah tengok kita guna sejak aku posting, bila masa korang check benda tu pun aku tak tau, sapa check pun aku tak tau. Kau jawab last year ada guna sampai pegawai tu pun senyum nampak sangat ko auta sebab habuknya masyaAllah. Ada guna, budak wat main. Budak yang guna, bukan ko. Fine!

Ok, kantin, pegawai tu tanya pengusaha tu sewa ke hape? Mana aku tau nak jawab apa. Encik pegawai, better U tanya pengetua. Aku bukan guru kantin. Pastu pegawai tu cakap air pancut kat taman hiasan tu nanti letak ubat, ubat apa, ubat aedes tu nama apa pun aku tak tau. Tu tugas cikgu aedes dan denggi. Mana aku tau jadual cikgu2 tu tabur ubat cegah nyamuk aedes kat longkang dan kumbahan. Ada pembahagian tugas, cantik dalam buku je ke?

Tau tak tadi aku jadi macam orang bodoh yang tak tau jawab soalan. Semua soalan bukan bidang aku. Kalau tanya pasal kad gigi, buku kesihatan, borang consent, suntikan HPV aku yakin 90% aku boleh jawab dengan lancar.

Maka, jujur dan ikhlas aku cakap kat pegawai tu,

" Encik, soalan2 encik kebanyakan di luar bidang saya. Saya boleh jadi penunjuk arah je la nampaknya sebab bos salah bagi orang untuk tolong encik.''

Nasib baik pegawai tu sempoi dan paham jer. Dia senyum jer tambah2 time dengar ko auta pasal fire hos tu. Pikir logik pun orang boleh jawab la, ko bleh lagi nak selamatkan diri dengan klentong.Bos macam ni korang nak respect ke?


Le la ki, cha ya nun alif! Huh!


Aku buat kalau tu tugas aku. Apa guna buat AJK cantik2 taip dalam buku pengurusan kalau tak tau guna? Nampak sangat ko tak tau AJK bawah jagaan ko.


Semalam aku merungut tak update, ha, ambik, malam ni aku update dengan kemarahan!!!!!!!

27 March 2011

Banyak cerita yang tidak diupdate. FB pun makin terbengkalai. Makin kurang berinternetkah padahal tiap2 hari connect je Maxis broadband ni?

Buat masa ini rasa tidak ada perasaan untuk berkongsi padahal banyak aktiviti dibuat sejak bercuti hari tu. Nampak kan. aku makin malas. Rasa tidak ada isi bahan2 dalam blog ni. Nama pun blog peribadi kan, bukan blog ilmiah. Sejak membaca beberapa buku non-fiction ni, rasa 'apa la yang aku melalut kat blog aku ni?' selalu datang. Dulu aku suka kongsi pasal sekolah, photography tapi kebelakangan ni aku tak de idea nak tulis pasal semua tu. Nicky pun dah lama sangat tidur. Tangan gian nak ambil gambar semula.

Tadi tengok wayang .... Dalam Botol. Sumpah aku tak teringin nak ulang tengok. Hahaha. Jalan cerita slow, pertukaran antara scene hanyalah layar hitam, bunyi terlalu kuat, lagu tah hape2. Berapa bintang nak bagi ye??? Memang ada isi, tapi susah la nak tinggal kesan kat aku. Ending pun tah hape2 je. Worse! Ramai gelak keji je aku dengar dalam panggung tu tadi. Hahaha. Ayat mamat yang dok kat belakang kami tu terbaek la!!!! Hahaha. Macamana orang tak kutuk dan kurang nak tengok filem sendiri berbanding filem luar kalau gitu le rupa ceritanya....

Dapat baju baru. Seksi! Takleh tunjuk.



Hahahaha.

Kidding! Padahal malas :P


* Minggu ujian sudah habis. Esok kena serbu dengan peminat kecik sebab nak tau markah masing2 :)

26 March 2011

~Siapa itu Melayu?~

Anak2 di sekolah selalu salah tafsir. Semua kawan2 yang beragama Islam adalah orang Melayu. Islam kan agama universal bukan agama orang Melayu saja. Asalnya pun di Tanah Arab, masakan agama Islam agama Melayu sahaja?

Pertama kali dengar soalan ni aku pun terkedu. Apa maksud sebenar Melayu? Ye, cikgu pun bukan tau semua benda. Sama la macam cikgu BI tiba2 kita tanya soalan BC, sumpah tak tau jawab melainkan pernah belajar BC dulu2.

Ok, balik kepada soalan:


SIAPA ITU MELAYU?



Sapa tau sebelum baca habis sila tulis kat ruang komen :)



Dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 160:


"Melayu" ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazimnya bercakap Bahasa Melayu, menurut adat istiadat Melayu dan-

a) lahir sebelum hari Merdeka di Persekutuan atau di Singapura, atau ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau pada hari Merdeka itu, ia adalah berdomisil di Persekutuan atau di Singapura, atau

b) ia adalah keturunan seseorang yang tersebut.



Jika anda ada 3 syarat di atas, maka anda MELAYU.

Bahasa perundangan ni kadang2 kita kurang faham, kan. Kita bukan budak law, tau basic aje pun tak pe. Pastu lately aku baca buku A Doctor In The House. Sorry, belum habis. Seram tengok terlalu tebal. Hahahaha. Tun Dr.Mahathir banyak buka mata aku pasal Melayu sekarang. Ikut sejarah dulu zaman mula2 nak dapat kemerdekaan, orang Melayu kuat. Sangat kuat. Kuat, tapi boleh bertimbang rasa, tidak pulak kita lupakan bangsa lain. Sanggup kongsi tanah air dengan orang luar yang masa tu ramai yang masih kuat ingat negeri asal tanah tumpah darah.

Bila sekarang aku tengok anak2 Melayu yang aku boleh kata 'tak sedar' diri di depan mata, aku jadi sedih. Kalau sekarang pun dah begini, 10, 20 tahun akan datang macamana pula? Malas belajar, asyik cari gaduh, perkauman dll. Ye, bukan semua tapi sebab nila setitik, rosak susu sebelanga. Orang dulu2 bukan saja2 jer nak reka perumpamaan, tu berdasarkan pemerhatian kan. Tajam sunggup mata orang dulu2.

Kes cubaan bunuh diri di KB Mall tu, apa cerita? Tu baru sebab keputusan SPM kurang bagus dah nekad nak bunuh diri. Banyak lagi cabaran masa depan yang nak diharungi. Takkan tiap kali tak boleh lalui nak bunuh diri? Agak2 kalau bunuh diri tu boleh dibuat la, ramai dah kot anak Melayu nak bunuh diri. Tak pikir panjang.

Sapa tak mau anak pandai angkat tangan? Pandai dan penuh dengan pakej lain la, bukan pandai putar alam. Belajar pandai2 dan jangan tindas orang lain. Kita orang dewasa ni pun bias gak kan. Nak anak2 yang pandai belajar belaka. Kalau kita orang dewasa nak hasilkan produk straight A's je dalam peperiksaan dan tak hiraukan bakat lain anak2 pun susah. Kalau dapat semua A tapi tak pandai berdikari, tak reti hormat orang lain, tak pandai jaga hidup sendiri pun susah. Beza dengan yang kurang pandai tapi pandai bawa diri dan boleh berdikari, boleh hidup senang. Sapa kata nak hidup senang mesti ada keputusan SPM yang dahsyat2 jer? Jangan ibu bapa marah anak yang kurang pandai, lebih baik cuba didik, cuba ajar dia daripada buang tenaga membebel dan bandingkan dia dengan anak2 kawan anda yang lain. Aku yang dah dewasa ni pun tak suka dengar orang membebel, inikan pulak budak2. Mana tahan!

22 March 2011

~Kronologi drama cuti~

Hari Isnin, sekolah semula. Balik dari kampung Subuh tadi, drive dengan kelajuan optimum. Weh, tadi ada polis wat road block kat Tapah. Tak pernah2 ada road block pagi2 buta kat highway pada hari Isnin. Mantop la korang!

Sakit tekak sebab cuti seminggu tak dak latihan vokal. Hari ni terus 6 waktu, suara mesti mau mantap lagi2 bila hujan lebat. Lain la kalau kelas tu kedap bunyi macam kat lecture hall zaman belajar dulu2.

Mood budak masih mood cuti. Maka, mari dengar cerita cuti! Yang pasti, dengar cerita lebih banyak daripada depa belajar.

Esok dah mula ujian bulanan 1. Budak tanya soalan Sains susah tak. To be honest, cikgu pun tak tengok rupa soalan tu lagi. Orang lain yang setkan soalan, maka cikgu ini goyang pungkoq kaki je la tunggu skrip jawapan budak. Pastu, sorry, cikgu busy, lagi la tak mengupdate kat sini.

Sungguh, entry semua tidak berisi belakangan ini. Tidak suka. Maka, sila tunggu hingga saya dapat idea semula untuk menulis. Marilah memartabatkan bahasa melayu yang skema (yang kadang2 bercampoq loghat Kedah gak).



Cuti sekolah (tidak mengikut susunan kronologi):

1) Rasa macam anak tunggal sebab adik2 tak balik. Akulah driver, akulah tukang masak bla, bla, bla.

2) 6 pasang baju kurung baru, on da way.

3) Kucing aku sudah beranak 4! Berjaya menyelamatkan seekor baby kitten daripada putus kaki sebab terjerut tali.

4) Dapat speaker system: Logitech baru. Pasang kuat2 time hujan sangat masyuk.

5) Bermotivasi baca buku tebal2 sebab cenderung ke arah sejarah dan tambah lagi tu hadiah dari orang tersayang. Sorry, belum habis baca lagi.

6) Hikayat Merong Mahawangsa: superb untuk level filem Melayu tapi kenapa orang Goa cakap bahasa Urdhu (dan bukan Tamil)?

7) Cuti ni la aku tak pusing2 Penang. Pelik.

8) Duduk rumah tapi tak tengok berita, cerita, drama dll. Hanya bersembang atau tengok DVD atau tidur. Tidur petang tak elok tapi time cuti tiba2 jadi gian nak tidur petang.

9) Tiap2 petang hujan. Sedapnya tidoq....

10) Jahit skirt baru! Ngeh3.

11) Lagi????

Lain2 yang tak penting macam benda wajib makan, mandi, tidur malam takkan nak tulis gak ye dak?



Ok, bubbye. Perlu cari idea sebab idea makin hilang. Ke ingatan makin hilang????

19 March 2011

~Memborong di Kemboja~

Sorry la macam malas nak update kebelakangan ni. Cuti, idea pun kering nak menulis padahal tiap2 hari tak lekat rumah. Huhu. Aku baru balik dari Kemboja. Penat tau! Jalan2, habiskan duit, cuci mata.....







Hiiii, tipu je la. Aku kat dalam Malaysia lagi la. Passport pun tak dak berangan nak p oversea. Over the sea boleh la sebab hobi aku kan p Pulau Pinang.

Actually, pagi tadi aku dengan mak ke pekan hari Kemboja. Aku pun tak tau mana dapat nama ni, mungkin sebab majoriti peniaga kat situ adalah orang Kemboja kot. Orang Kemboja kat Malaysia banyak terlibat dalam perniagaan kain dan baju kan. Kalau salah tolong betulkan ye.

Mak kata tiap2 hari Jumaat dan Isnin ada pekan hari kat Permatang Tok Mahat. 90% jual kain ela, baju, tudung, telekong, kain batik dll, 10% je jual makanan minuman dan barang permainan. Ramai, tambah2 cuti sekolah ni kan. Tapi selalunya kalau minggu2 biasa, hari Jumaat lebih happening dari Isnin.

Sampai2 jer terus rambang mata tengok kain ela cantik2. Beli banyak dapat murah la, kalau beli 1 harga tetap macam biasa je. Kebanyakan yang datang sini beli secara pukal, 1 ikat @ diorang panggil 1 kodi, ada 20 pasang kain ela/kain batik/tudung. Stok peniaga gak la yang datang beli kat sini. Kain cantik2 ok, design terbaru pun ada kat sini. Tapi kena pandai pilih la sebab ada yang jual mahal, ada yang murah, ada yang boleh beli sepasang dan ada jugak yang hanya jual kira kodi jer. Kalau corak cantik2 kira berkenan giler la nak beli, meleleh air liur je la kalau dia kata jual kira kodi je tak jual kira sepasang. Kau nak buat apa beli 20 pasang kain pastu ada beberapa corak yang sama, warna yang sama, nak buat baju mentara? (mentara=rewang kot rasanya)

Aku beli kain ela, rembat sampai 5 pasang! Beli 1 RM30, beli lebih dari 5 dapat sepasang RM25. Konon angkut 5 kat situ nak try kat gerai lain plak. Mmmm, macam tak berkenan je, padahal bukan tak berkenan, duit bawak sikit. Nasib baik, kalau tak mesti aku borong lagi. Hahahahaha. Ada banyak jenis kain, macam2 harga, tapi aku berkenan kain corak bunga kecik2, viscose atau cotton plak lately.

Tudung? Ada macam2 corak tapi kebanyakan jenis tudung awning. Tak minat! Shawls ada la, sikit, tak banyak pilihan. Beli kain je la. Tahun ni buat baju baru banyak2 dan stok lama boleh bawak kampung. Kalau dulu kami sedekah baju yang elok2 kat anak2 jiran / bagi kat adik2 sepupu, anak2 sepupu. Yang elok je k, tak elok wat stok kain buruk mak kat dapur je la jawabnya.


Tak sabar nak pakai baju kurung baru pergi kerja. Tu pun bentuk motivasi jugak kan :)

17 March 2011

~Plan baru RM90~

Rasa lama tak berblog sejak balik kampung. Ni sebab misunderstanding pasal Maxis Broadband aku ni la. Mula2 rasa nak terminate terus dan tukar ke Celcom Broadband. Tapi bila pikir 3G kat kampung agak sengal, so, aku stay je la dengan Maxis.

Plan Maxis broadband aku yang sebelum ni plan lama, guna modem bentuk sabun zaman jahilliah tu lagi. Harga pun sejak beberapa bulan ni jadi RM138/month. Mana tahan! Banyak benda lagi boleh buat dengan uwang sebanyak itu, dong! Tukar plan baru ke 6GB punya. Harap laju la hendaknya!

Aku buat kat Maxis Megamall. Dia kata de promotion. So, terminate yang lama tukar ke plan 6GB dan takmau kontrak. Activation fees jadi RM180 sebab tak mau buat plan yang ada kontrak dengan Maxis, kang nak cabut susah. Monthly RM90. Plan 6GB ni untuk Ipad, so aku berangan le ada Ipad ni. Nama jer plan untuk Ipad, tapi dai bagi modem untuk aku guna dengan lappy aku. Dia kata kalau nanti2 aku beli Ipad boleh terus guna simcard tu. Masalahnya bila tahun aku nak beli Ipad tu?

Balik rumah excited la nak connect guna modem baru, nak rasa kelajuan baru. Tapi bila siap cucuk usb, tak boleh connect pun. Tak de signal 3G pun, HSDPA apatah lagi. Haish, sebelum ni ok jer. Sibuk la aku telefon 1-800-82-2000 talian Maxis Help tanya macam2. Depa cakap agen Megamall salah daftar untuk Ipad dll. Dah malam, kedai tu pun dah tutup. Esok pagi la plak baru boleh telefon Maxis Megamall tu.

Pagi keesokannya (skema kan!), aku telefon dan dia mintak aku bawa balik modem tu ke kedai sekali dengan laptop, dia tolong set-up. Haish, aku dah delate semua pasal Maxis Broadband sabun tu la. Bila check kat kedai petang semalam, bukan salah takde line kat rumah atau aku kurang bijak set-up; tapi simcard tu yang rosak. Nape la semalam ko tak check dulu simcard tu ok ke tak? Takde la penat aku nak drive jauh2, masuk highway bagai!

Pas settlekan simcard dan modem aku tak henti2 dapat call dari Maxis center dan kedai tu nak confirmkan broadband aku tu dah ok. Dah rupa businesswoman dah aku petang semalam asyik jawab call jer.

Sekarang internet sudah ok. Dan yang penting, lajuuuuuu. Makcik suka, nak :)



Sekarang makcik nak sambung jadi ulat buku sebab makcik dapat present kitab tebal yang makcik cari2 sebelum ni: A Doctor In The House.

14 March 2011

~Apa yang seorang abah tak boleh cakap~

Ni entry dari kampung.


Credit to Miss Bella Dela Rosa sebab bagi akak share ni. Aku nangis tau....aku jiwang ke????



Biasanya, bagi seorang anak perempuan yang sudah dewasa, yang sedang bekerja diperantauan, yang ikut suaminya merantau di luar kota atau luar negeri,yang sedang bersekolah atau kuliah jauh dari kedua orang tuanya...Akan sering merasa rindu sekali dengan ibunya..Lalu bagaimana dengan AYAH?

Mungkin kerana ibu lebih sering menelefon untuk menanyakan keadaanmu setiap hari, tapi tahukah kamu, jika ternyata ayah-lah yang mengingatkan ibu untuk menelefonmu?

Mungkin dulu sewaktu kamu kecil, ibu-lah yang lebih sering mengajakmu bercerita atau berdongeng, tapi tahukah kamu, bahwa sekembalinya ayah dr bekerja dan dengan wajah lelah ayah selalu menanyakan pada ibu tentang khabarmu dan apa yang kau lakukan seharian?

Pada saat dirimu masih seorang anak perempuan kecil.Ayah biasanya mengajari putri kecilnya naik basikal .Dan setelah ayah mengganggapmu sudah boleh menunggangnya, ayah akan melepaskan roda bantu di basikalmu .Kemudian Ibu bilang : "Jangan dulu ayahnya, jangan ditanggalkan dulu roda bantunya", itu kerana ibu takut puteri manisnya akan terjatuh lalu terluka....

Tapi sedarkah dikau?Bahwa ayah dengan yakin akan membiarkanmu, menatapmu, dan menjagamu mengayuh basikal dengan seksama kerana dia tahu puteri kecilnya PASTI mampu melakukannya.

Pada saat kamu menangis merengek meminta alat permainan yang baru, ibu menatapmu hiba.Tetapi ayah akan mengatakan dengan tegas : "Boleh, kita beli nanti, tapi tidak sekarang" Tahukah kamu, ayah melakukan itu kerana ayah tidak ingin kamu menjadi anak yang manja dengan semua tuntutan yang selalu dapat dipenuhi.


Saat kamu ditimpa sakit , ayah lah yang terlalu khawatir sampai kekadang sedikit membentak dengan berkata : "Sudah di beritahu! kamu jangan minum air sejuk!".Berbeza dengan ibu yang memperhatikan dan menasihatimu dengan lembut.Ketahuilah, saat itu ayah benar-benar mengkhuatirkan keadaanmu..

Ketika kamu sudah beranjak muda remaja..Kamu mulai menuntut pada ayah untuk mendapat keizinan keluar malam, dan ayah bersikap tegas dan mengatakan: "Tidak boleh!".Tahukah kamu, bahwa ayah melakukan itu untuk menjagamu?Kerana bagi ayah, kamu adalah sesuatu yang sangat - sangat luar biasa berharga..Setelah itu kamu marah pada ayah, dan masuk ke kamar sambil membanting pintu...

Dan yang datang mengetok pintu dan memujukmu agar tidak marah adalah ayah.Tahukah kamu,bahwa saat itu ayah memejamkan matanya dan menahan gejolak dalam batinnya, Bahwa ayah sangat ingin mengikuti keinginanmu, Tapi lagi-lagi dia HARUS menjagamu?

Ketika saat seorang teman lelaki mulai sering menelefonmu, atau bahkan datang ke rumah untuk menemuimu,ayah akan memasang wajah paling cool sedunia.... :') ayah sesekali menguping atau mengintip saat kamu sedang berbuall berdua di ruang tamu..Sedarkah kamu, kalau hati ayah merasa cemburu?

Saat kamu mulai lebih dipercaya, dan ayah melonggarkan sedikit peraturan untuk keluar rumah untukmu, kamu akan memaksa untuk melanggar jam malamnya.Maka yang dilakukan ayah adalah duduk di ruang tamu, dan menunggumu pulang dengan hati yang sangat khuatirdan bimbang.Dan setelah perasaan khuatir itu berlarut - larut.Ketika melihat puteri kecilnya pulang larut malam hati ayah akan mengeras dan memarahimu..Sedarkah kamu, bahwa ini kerana hal yang di sangat ditakuti ayah akan segera datang? "Bahwa puteri kecilnya akan segera pergi meninggalkannya"


Setelah lulus SPM, Ayah akan sedikit memaksamu untuk menjadi seorang Doktor atau Engineer. Ketahuilah, bahwa seluruh paksaan yang dilakukan ayah itu semata - mata hanya karena memikirkan masa depanmu nanti.Tapi ayah tetap tersenyum dan menyokongmu saat pilihanmu tidak sesuai dengan keinginan ayah.

Ketika kamu menjadi gadis dewasa.Dan kamu harus pergi kuliah dikota lain.ayah harus melepaskanmu di bandar.Tahukah kamu bahwa badan ayah terasa kaku untuk memelukmu? Ayah hanya tersenyum sambil memberi nasihat ini - itu, dan menyuruhmu untuk berhati-hati.Padahal ayah ingin sekali menangis seperti ibu dan memelukmu erat-erat.Yang ayah lakukan hanya menghapus sedikit air mata di sudut matanya, dan menepuk pundakmu berkata "Jaga dirimu baik-baik ya sayang".Ayah melakukan itu semua agar kamu KUAT....kuat untuk pergi dan menjadi dewasa.

Disaat kamu kesempitan wang untuk membiayai perbelanjaan semester dan kehidupanmu, orang pertama yang mengerutkan kening adalah ayah. Ayah pasti berusaha keras mencari jalan agar anaknya boleh merasa sama dengan teman-temannya yang lain.Ketika permintaanmu bukan lagi sekadar meminta alat mainan yang baru, dan ayah tahu ia tidak mampu memberikan apa yang kamu inginkan...

Kata-kata yang keluar dari mulut Ayah adalah : "Tidak.... Tidak boleh!" Padahal dalam batin Ayah, Ia sangat ingin mengatakan "Iya sayang, nanti ayah belikan untukmu".Tahukah kamu bahwa pada saat itu Ayah merasa gagal membuat anaknya tersenyum?

Saatnya kamu berjaya sebagai seorang sarjana. Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan memberi tepuk tangan untukmu.Ayah akan tersenyum dengan bangga dan puas melihat "puteri kecilnya yang

tidak manja berhasil tumbuh dewasa, dan telah menjadi seseorang" Sampai saat seorang teman Lelakimu datang ke rumah dan meminta izin pada ayah untuk mengambilmu darinya.Papa akan sangat berhati-hati memberikan izin..Kerana Ayah tahu.....Bahwa lelaki itulah yang akan menggantikan posisinya nanti.

Dan akhirnya....

Saat ayah melihatmu duduk di kerusi pelaminan bersama seseorang Lelaki yang di anggapnya mampu menggantikannya, Ayah pun tersenyum bahagia..Apakah kamu mengetahui, di hari yang bahagia itu ayah pergi kebelakang pentas pelaminan sebentar, dan menangis? Ayah menangis karena ayah sangat berbahagia, kemudian ayah berdoa....Dalam lirih doanya kepada Tuhan, Ayah berkata: "Ya Allah tugasku telah selesai dengan baik....Puteri kecilku yang lucu dan kucintai telah menjadi wanita solehah yang cantik....Bahagiakanlah dia bersama suaminya...rahmatilah kehidupan mereka Ya Allah"

Setelah itu Ayah hanya mampu menunggu kedatanganmu bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk...Dengan rambut yang telah dan semakin memutih....Dan badan serta lengan yang tak lagi kuat untuk menjagamu dari bahaya....Ayah telah menyelesaikan tugasnya....Papa, Ayah, Bapak, atau Abah kita...Adalah sosok yang harus selalu terlihat kuat...Bahkan ketika dia tidak kuat untuk tidak menangis...Dia harus terlihat tegas bahkan saat dia ingin memanjakanmu.Dan dia adalah yang orang pertama yang selalu yakin bahwa "KAMU MAMPU" dalam segala hal..

11 March 2011

~Wed's observation: success!~

Selamat hari Jumaat. Redup sungguh dengan hujan rintik2. Esok cuti sekolah ye anak2. Heeee!

Alhamdulillah, observation Rabu lepas selamat dan.....ok. Result pun dah keluar dengan % yang boleh buat aku senyum. Kak Zahrah, guru cemerlang observe p&p kelas 1E dalam makmal. Budak pun behave. Bagi aku, budak2 ni macam takut jer mula2 Kak Ara masuk. Kak Ara mukanya serius, cikgu Form 6 kan...So, nak jawab pun ala2 takut tak macam selalu berebut2 nak angkat tangan. Macam sopan giler la! Pas 1 masa baru la nampak diorang tak berlakon macam tadi, kembali normal. Huhu!

Kawan aku cakap kalau Kak Ara komen, tu memang betul2 sincere dan benda tu benda yang betul. Kak Ara bukan stok cakap merapu. Over all, Kak Ara puji P&P aku dan dia nasihat perlu perbaiki here and there sikit.

1) Jangan open question kat keseluruhan pelajar tapi select nama2 tertentu. Baru boleh tau budak tu faham ke tak.

2) Penilaian buku pelajar plak, select soalan2 tertentu yang menguji kemampuan pelajar dan beri markah. Contoh, kalau pelajar label 5 of 6 structures of cell correctly, tulis markah 5/6 dalam bulatan.

3) Aku selalu puji "GOOD'' untuk jawapan yang betul. Why not aku clap hands for him/her? tepuk sekali jer, macam tepuk Pengakap. Aku cakap kat Kak Ara, penah buat tapi budak tepuk panjang giler. Dia gelak dan cakap boleh, ajar diorang tepuk sekali untuk jawapan yang betul.

Lain2: OK.

Aku rasa nak ubah kedudukan every classes aku ajar. Ni dah Mac, so dah boleh kenal kemampuan pelajar. Dulu aku susun nama budak dalam makmal guna sistem nombor jer. Tak kenal lagi kan. So, after school holiday, hope kedudukan dalam makmal dah berubah. Yang agak lemah dan suka main2 dok di meja depan dalam makmal. Kedudukan dalam kelas pun kalau boleh nak ubah.

So, untuk cikgu2 baru, GSTT atau baru praktikal ke hape; jangan takut kalau kena observe sebab tu nak tolong kita improve bukan nak cari keburukan kita.





Sorang anak murid tanya, ''cikgu student lagi ke?'' masa aku ronda diorang wat keje dari meja ke meja masa observation ari tu. ''Semua cikgu pen kena macam ni, bukan time belajar nak jadi cikgu dulu2 jer." Hei, cikgu ajar korang macam biasa tiap2 hari tu kan cuma hari tu cikgu tambah sound system jer walaupun bunyi2an tu lastly sorang pun tak dapat tangkap sebab rap Systems In Human Body tu laju sangat. ''Cikgu, dia cakap Korea ke?'' Nasib baik back-up lyric tu bagus. Hampeh korang!

09 March 2011

~Esok petang bakal rap-ing dengan kelas 1E!~



Doakan PA sistem dalam Makmal 1 esok ok sebab aku jumpa benda best nak kongsi dengan anak murid. Hope depa behave sekali la. Kang over rapping plak kan.

Esok Guru Cemerlang Kimia nak observe aku mengajar. Ala, benda biasa la setahun sekali ke dua kali kena observe. Komen2 sikit, betulkan apa yang patut. Ni kerja tolong menolong, bukan kutuk mengutuk. Pn. Zahrah ni sangat bagus. Kira apa dia nasihat esok memang 99.9% betul dan bukan tokok tambah. Beliau bukan jenis suka cakap merapu, nasihat beliau memang boleh pakai!

Walau pun selalu mengajar guna power point, OHP, lukisan, hand-out macam2...tapi bila nak kena observe ni cuak jugak. Maka, malam ni gigih betul wat revision. Hahahaha. Blakon!!!

Eh, jahat korang. Aku suka mengajar, maka aku betul2 mengajar, bukan mengajar time kena observe jer.

Memang la tak selalu boleh guna ICT semasa P&P, mana mungkin boleh kejar silibus kalau asyik kejar nak mengajar secara happening. Sistem P&P Malaysia ada banyak silibus yang perlu dikejar tau! Kalau tak ikut silibus nanti kena menjawap masa post-mortem peperiksaan plak. Macam2 kan, banyak terikat dengan silibus, masa, keadaan....so, bila tengok video cikgu2 di overseas kadang2 kagum betul bila dapat mengajar dengan enjoy dan boleh buat macam2 dalam kelas. Ni, aku excited nak cerita something general knowledge je pun tak de masa nak share dengan budak2. Tapi hari tu buat2 sempat je la, patutnya cerita pasal light microscope tapi aku terlajak sampai electron microscope. Budak pun excited sebab baru guna light microscope pun dah kagum giler boleh tengok onion cells ni kan pulak aku cakap electron microscope tu leh tengok clearly apa ada dalam onion cell hingga tahap boleh tengok atom.

"Teacher, what is atom?"

Ok, we'll learn bout it in chapter 3 bla...bla...bla...

Tu la, jangan bagi overdose sangat. Macam makan ubat gak la, overdose minum ubat batul boleh lalok! Kan dah keluar soalan sebelum silibus sebenar bermula :P

08 March 2011

=__=

Bustard!

What the hell????

What the fuck????

And all kinds of 'mencarut' came out from the small mouth of my students (and I don't want to list it here).




''You know the meaning of the words that you just said? In front of me lagi."

"Hehehe. Don't know teacher.''

"So stop saying all-the-'I-don't-know-the-meaning-of-that-words'."


Is it easy to be the teacher?

Easy to name yourself as teacher but hard to carry the tittle of teacher.



07 March 2011

~Aku sudah jatuh cinta dengan lagu ini~



Anywhere you are, I am near
Anywhere you go, I’ll be there
Anytime you whisper my name, you’ll see
How every single promise I keep
Cuz what kind of guy would I be
If I was to leave when you need me most

What are words
If you really don’t mean them
When you say them
What are words
If they’re only for good times
Then they don’t
When it’s love
Yeah, you say them out loud
Those words, They never go away
They live on, even when we’re gone

And I know an angel was sent just for me
And I know I’m meant to be where I am
And I’m gonna be
Standing right beside her tonight

And I’m gonna be by your side
I would never leave when she needs me most

What are words
If you really don’t mean them
When you say them
What are words
If they’re only for good times
Then they don’t
When it’s love
Yeah, you say them out loud
Those words, They never go away
They live on, even when we’re gone

Anywhere you are, I am near
Anywhere you go, I’ll be there
And I’m gonna be here forever more
Every single promise I keep
Cuz what kind of guy would I be
If I was to leave when you need me most

I’m forever keeping my angel close

05 March 2011

~3 things make my saturday more memorable ~

Hari sabtu yang sangat banyak benda penting:



(1)

Kelas tambahan berjalan lancar walaupun hanya sejam (kurang beberapa minit ke 1 jam). For your information, students ada 11 orang je ok. 11! Mula2 kalau pikir patut marah, tapi yang tak datang tu bersebab. Ada terlibat dengan Program Pengurusan Jenazah dan Program St.John. Tak pe la. Aku ajar jugak. Dah siap buat peta minda bagai. 1 jam untuk discuss 1 chapter, summary je pun kan, sat jer boleh siap. Pastu bagi latihan, discuss.

Maka penuh la whiteboard tu dengan peta minda pasal CELL. What is cell? Unicellular and multicellular organisms, cell organisation in human body..... Kelas tadi untuk Kumpulan 1, students pun dari kelas 3A, 3C dan sorang jer sesat dari 3I. But she's not that bad. Banyak jugak soalan dia. And, kenapa budak2 cina kelas 3A dan 3C pemalu betul? Suara, mak ai, ''what?'', ''louder'', ''I can't hear you." Jangan2 aku yang dah pekak kot, tiap2 hari aku dengar budak menjerit2, bila orang cakap soft jer aku tak dengar. Tersenyum2 depa. Padahal last year aku ajar je kelas depa, takde la pemalu sangat. Ke terkejut 1st time aku ajar Sains kat diorang?

Sebelum balik,

''ada dapat ilmu baru atau saya ulang apa yang kamu semua dah tahu je?''

"ada cikgu. banyak info baru.''

Oh, leganya aku. 1 jam yang berbaloi dan bermakna bila diorang tunduk hormat dan cakap ''terima kasih cikgu.'' dengan senyuman.




(2)

tiba2 pop chat kat FB aku. Arm Arm***? Sape kah? Oh, budak sekolah aku dulu rupanya. Tu la bahana accept tapi jarang sembang...

''hai! salam.''

"wslm."

"ni adik afifah kan?''

Aik? mamat nih, jap tengok gambo. Tak kenai pun. Junior aku le nih. Wait, Afifah? Ni pe kes aku jadi adik kepada adik bongsu aku nih? Ada sesape boleh tolong jawab?

"SPM tahun bila nih?''

"ni adik afifah kan?''

??

''haah.'' <---- means dia sama adik aku la.

"sorry. ni akak sulung dia.''

Dan.........diam. Hahahahaha. Weh, macamana aku boleh jadi adik kepada adik bongsu aku kat FB nih? Mengong betoi!



(3)

Tok! Tok! Tok! (bukan atok atok di kampung, tu bunyi orang ketuk pintu rumah aku kul9.++ malam). Ida pakai lebih senonoh, so dia bukak pintu.

"kenapa uncle?''

"itu Viva silver u punya kan?"

"PHM *** ke?''

"haah."

"u pergi turun bawah cepat. kereta u kena langgar."

Haaaaaaa!!!!!

Keta aku! Lepas tu aku dah tak tentu arah. Tengok ke bawah dari tingkap bilik ramai dah kerumun keta aku. Damn! Teruk ke? Semua tengok bontot kanan keta aku, sudah, teruk la tuh....

"Ida, mana seluaq aku?"

Tak ke soklan gila seluar sendiri tanya kat hausemate! Berlari2 kami turun tengok kereta. Tak kemik, alhamdulillah, calar2 jer dan ada kesan cat bumper keta yang langgar aku tu. Agak2 polish jer boleh hilang tak calar2 dan kesan cat tu? Dia nak reverse masuk lot parking tak lepas kena pintu belakang sebelah kanan. Tukar2 nombor dan dia akan bayar semua kos pebaik Viva aku. Hai, baru petang tadi Ida plan nak polish Gen2 dia esok, tengok2 Viva aku pun kena polish sekali =__=





Sangat memorable kan sabtu aku ni....

~Form 1 syllabus : Cell as a unit of life~

Esok:

Kelas tambahan Sains PMR 2011.


Every year aku terlibat dengan kelas tambahan PMR sejak posting ke sini lagi. Selalunya dapat time cuti sekolah. Ikut persamaan kuadratik aku sendiri:

Cuti sekolah = (Relax kat kampung + jalan2)kuasa dua

Maka, esok aku kira tuisyen ganti untuk cuti sekolah nanti la. Apa makna aku dok kat kampung 300++ km pastu nak datang KL awal sebab nak ajar tuisyen 2j jer? Dengan inisiatif yang lebih kreatif daripada cari cikgu Sains yang ganti hari rabu cuti sekolah nanti (yang pasti semua cikgu tak mau, nak balik kampung macam aku jugak), baik aku ganti kelas tu awal2. Kelas tambahan bermula minggu ni, setiap sabtu ada kelas tambahan mengikut jadual yang dah disiapkan dan subjek2 tertentu. Gilir2 la, takkan Sains jer tiap2 minggu. Kerja gila! Ada 4 kelas melibatkan budak2 yang nak belajar sahaja, ok! Aku dapat mengajar kumpulan 1 (kelas rabu cuti sekolah tu la).

Seperti di atas, esok aku sambung kelas budak2 ni kul12-1 petang. Actually, kelas esok mula 8 pagi sampai 12 tengah hari, 8-10 pagi Sains (Cikgu Harisson), 10-12 tengah hari Matematik (Cikgu Rosnita), pastu kelas aku. Aku cakap boleh jer nak makan makanan ringan dalam kelas, jangan bawak bekal nasik lemak ke tapau nasi bungkus dah. Nanti kebuluran plak budak2 tu.

So, esok kita belajar chapter 2 form 1 ok. Cell pun selalu kuar PMR kan. Jaga korang kalau tak ingat langsung. Ni kelas 3A dan 3C, jangan wat malu kelas depan!

03 March 2011

~Cikgu: tukang dengar, tukang pujuk, tukang nasihat~

2 kisah tangisan hari ini:

1) clash dengan bf.

2)kena warning sebab report budak kelas sebelah main kaca nak gores tangan sendiri.




Budak2 sekarang sungguh tidak matang bercouple bila kawan2 semua ada couple dia pun nak juga. Pastu clash, nangis2 atas riba kawan. Ye, tu anak murid aku kat 1K. Sungguh, dia menangis, tapi comel, nangis kejap jer. Then aku cakap ''ok, cry, then after u stop, do my work.'' Pas 10 minit dah berhenti nangis, aku tanya '' dah ok?''.....''Waaaa, teacher. Not ok lor.'' Padahal boleh senyum2 comel sambil cakap tak ok. So, mana 1 nak percaya ni, muka or mulut dia?

Kenapa anak2 cina kelas hujung ni manja2? Nak kena jalan2 tengok, kalau lagi malas tengah tido kena kejutkan, malas lagi, cikgu tolong keluarkan buku, tak bawak buku teks, cikgu offerkan buku cikgu. Sungguh mengada2! Kurang kasih sayangkah? Tak jugak. Pernah jumpa sorang murid dengan parents dia, sungguh rapat. Tapi gedik2 nak bermanja tu, ya Allah. Tak layan sembang, tak buat kerja. Back to that girl, pas pergi toilet dan nangis 10 minit, dah ok dan buat kerja. Comel kan? Kalau adik aku, mau kena lempang dah kecik2 gatai nak couple2 bagai. Adik sepupu aku yang dulu mak aku jaga pun aku tengok kat FB, oi, sakan! In relationship! Oih, paham ke maksud 'in relationship' tu? Berasap aku. Baik punya kena dengar khutbah, free. Pastu, diam, terus dia tak cakap apa2. Kenapa aku anti sangat dengan couple budak sekolah? Dari dulu, ye, dulu2 zaman aku sekolah sampai sekarang, sekolah bagi aku tempat belajar, jangan ada sapa2 yang ada dekat2 aku ( means adik2 aku le) yang gatai nak couple time sekolah. Sungguh tidak munasabah.

Ke-2, ni budak India, perempuan. Masa aku masuk terus senyap tak cakap padahal selalu mulut becok. Dia sekolah cina, so, pandai cakap cina. ''Cikgu, salah ke saye sebab saya report dia main kaca nak potong tangan bunuh diri?'' Ha? WTH? Sapa plak dah tak mau hidup lama ni? Ni budak peralihan kelas sebelah, tah la tujuan dia. Nak main2 je ke atau nak prasan dia kebal ke atau sebab dia nak tunjuk darah dia warna biru ke, tak tau le. Bila si budak India tadi report kat cikgu yang masuk sebelum aku, budak perempuan yang konon kebal tadi siap angkut geng nak marah2. Budak laki kira nak bagi settle jer. Tah la istilah 'settle' depa tu apa maksud (masa tu la sebab konon nak 'settle' ni dengan budak perempuan) sebab selalu 'settle' tu bermaksud nak p gaduh tengok sapa menang. Cakap bahasa cina, laju, haram sepatah aku tak paham. Kalau slow2 tu agak2 boleh la paham 1-2 perkataan. Nangis la budak india ni. Dah jadi kecelaruan identiti nak tau dia buat tu betul ke salah. Budak india ni diangkut oleh cikgu kaunseling yang lagi pandai ilmu korek dan pujuk daripada aku. Aku nasihat sikit2 jer. Betul la apa dia buat tu kan, cuma dia cakap depan2 geng-konon-kebal tu menyebabkan dia pulak yang kena serang walau pun dia buat tu benda yang betul.


1 hari ni, dalam 1 kelas, 2 orang nangis. Kadang2 rasa macam baby sitter plak.

01 March 2011

~Sharing is caring...again, its photography~


Yang baik boleh ikut....




Saya baca 1 artikel pasal photography. Baca sendiri la ye. Malas nak wat sinopsis di sini. Kang tersilap tafsir maklum la aku bukan bijak bab ini. Baru mengesot, merangkak pun belum. Karangan pendapat, maka anda bebas nak ikut atau tak. Betul tak?






Dah baca? Panjang kan. Sebab tu aku suh korang baca sendiri. Baru ada feel! :)



Yang tu ulasan otai. Aku ni sapa la kan. Apa pun yang kita baca, tapis dulu. Mungkin ada yang betul dan boleh diambil iktibar kita amik la sebab sharing 'mungkin' menjana ilmu cetek menjadi lebih dalam. Tapi, berpada2 lah. Jangan serap dan percaya 100%. Itu opinion orang tersebut. Mana baik, ikut; mana agak tak boleh diterima otak kita, dengar, baca dan pikir2 je la nak ikut ke tak. Nama pun pandangan. Tak ada betul atau salah. Kalau karangan pandangan dan pendapat masa sekolah menengah dulu pun cikgu boleh terima kalau kita ikut atau bantah pandangan tu kan, depends dengan pengolahan kita. Sama la situasi di sini. Nak terima, terima la; kalau tak terima pun takde sapa nak marah :)


Dia sungguh jujur berbicara :)


Kawan maya aku kata 'kalau depa tangkap gambaq hanjing, takkan kita tak buleh tangkap gak'. Wahida, aku ubah statement ko, English dah diMelayuKedahkan. Hahahaha.


Tapi kalau pikir ada ke baby baru lahir terus boleh berlari???? Aku nak adopts wat anak angkat la. Huhuhuhu.




Kenapa aku kerap mimpi orang yang patut aku mimpi?
Aku tak teringat dia pun sebelum tido?
Aip, I baca doa sebelum tido tau!
Babap kang!!!