28 February 2011

~Rentas desa kita: Botani 2011~


A, B, C

1, 2, 3

Where're you going?

l

l

l

V


Kalau hidup di bandar besar, mana kan ada desa. Lainlah USM Induk terchenta. Walau dok kat tengah2 Penang, masih ada desa. Desasiswa! Sapa budak2 atau ex-budak2 USM angkat tangan. Kita ada desa kan, kan, kan. Wink! Wink! Miss that moment.


Sorry, this moment takde mekap2 ye. Di sini ada kesucian. Hahahaha.

My lorong

Back to the pictures. Bertugas sebagai penjaga lorong L3 di mana anak2 jantan dari PA, Ting.1 dan Ting.2 akan berkejar2 nak masuk lorong ni dan nak minta autograph aku ambil nombor. No. 1 sampai 20 akan dapat medal, selebihnya sampai 100 akan bagi point kat rumah masing2. Ops, adakah sudah aku kabarkan tahun ni sudah tidak wujud rumah Ungu-Pesona aku dulu? Ya, aku telah dilemparkan ke rumah biru.

Sapa kata tugas pemberi kad di lorong tidak penat? Patutlah tenaga muda diperlukan dan bukannya tenaga senior (tahu maksud senior di sini?) atau tenaga ibu mengandung. Perlu bersuara lantang kerana akan terjerit2 ''Hei boy, L3, this line!", "L3! L3!'', "Hei u, L2 sana. Sini L3!'', "boy, sini, sini!''. Itu tidak termasuk berlari mengundur sebab cikgu ni rabun tak nampak nombor budak dengan crystal clear dari jarak 50m, maka sambil mengundur sambil menulis nombor. Mujur lorong itu lurus dan tugas berlari mengundur itu tidak jadi masalah besar! T__T
Lepas lari mengundur, kena jerit lagi ''Boy! Ur card!'' sambil hulur tak kira tangan kiri or tangan kanan, dah lupa adab sopan sebab speed perlu dipertingkatkan.

Lagi, kena cepat tangan, bukan nak mencuri atau apa, tapi cepat tangan mengoyak kad dan menulis nombor peserta di belakang kad. Kuasa merentap kad dari gelang dawai amat dialu2kan. Pastu, panas plak. Panas pukul 9 pagi dan ke bawah bagus untuk kulit, vitamin, tapi panas kul 10 pagi dan ke atas ni??? Peluh, ye saya dah berkongsi peluh macam situasi penagih dadah berkongsi jarum suntikan. Peluh sapa2 tah hinggap kat tangan cikgu nih. Korang takde penyakit kulit berjangkit melalui peluh kan?



Ingat tak kisah i love u sorang anak murid aku yang tak mau wat latihan sama dengan kawan2 kelas dia dulu? Sangkut jugak dapat hadiah. Tapi apasal muka masa dapat hadiah depan Guru Kanan HEM ni tak menunjukkan muka sebenar di dalam kelas ye? Innocent habis! :P



Nampak, bukan anak murid perempuan jer takut paparazzi! Dalam kelas agak diam la, ingat taktau cakap BM. Tapi hari ni punya ramah, tu penangan DSLR. Dia citer pasal DSLR Canon flip screen dia punya (or mak bapak dia punya?) yang baru beli dan dia tak habis explore lagi. Aku budget Isnin ni dia mesti tanya pasal DSLR lagi.


23 February 2011

~Bawal/shawl/awning?~

Masih berselubung telekung menunggu Isyak (ni citer 20 minit lepas), aku lipat kain yang dah berapa kilo tu. Tah, tak timbang. lipat baju, kain, tudung. Tudung? Then aku terpikir, banyak2 jenis tudung yang aku ada kenapa aku rasa tudung bawal gak yang aku paling suka, evergreen, tambah2 tudung bawal hitam. Bila bukak closet aku, aku ada banyak koleksi tudung hitam : bawal batu, bawak sulam, tudung awning, syria, shawl, pasmina. Wajib ada warna hitam. Warna paling selamat walaupun kurang sesuai waktu panas sebab penyerap haba baik sungguh tidak baik untuk aku yang aktif berpeluh. Ada aku kesah? I like black (don't means I like black peoples :P)!
Balik kepada bawal evergreen. Aku dah try semua jenis tudung (almost la!) tapi aku paling out kalau pakai tudung awning. Pelik kan. Orang lain suka tudung awning sebab senang dan cepat je bila nak pakai. Main masuk pale jer, takkan tak reti. Muka aku tak sesuai la pakai tudung jenis ni, rasa out of confident terus walau pun kawan2 kata ok jer bila aku pakai, aku jer yang kureng self-confident dengan tudung ni kot. Aku rasa muka aku terus mengalami pertambahan diameter pipi yang agak luar biasa. Lagipun bila aku pakai tudung awning, agak looser bila time aku gelak dengan bernafsu, tudung tu mesti (ye, mesti) akan turun ke depan. Then, aku jadi macam budak sekolah rendah yang baru belajar pakai tudung yang every 5 minutes nak kena tarik tudung ke belakang. So, awning hijab---->you not my typpo!
Selendang dan pashmina ada banyak, aku dah bleh wat jualan gudang kot. Ni 2nd favorite pas bawal kot. Hahaha. Aku lagi selesa pakai anak tudung syria dengan shawls bukan shawls semata2. Rasa lebih confident sebab anak tudung syria tu aku mesti belah kat bahagian belakang panjang2 agak2 5cm la kot. So, bila pakai boleh la tutup rahang dan pipi secara maksimum! Takde la terjojol pipi labuh terkeluar. Dulu looser gak la nak belit tudung, tambah2 sekolah sesi petang kena mengharung 2 solat di sekolah. Perlu kemahiran yang tinggi untuk melilit tudung dalam masa kurang 5 minit. % minit amat berharga jika next class ko adalah kelas anak2 ayam dan itik yang perlu pengawasan rapi, kalau tak mesti keluar kandang. Betul tak cikgu2 petang? Kot environment sekolah korang lain sikit daripada sekolah aku, itu lain cerita la. Sekarang sudah agak mahir sedikit melilit dengan laju sebab dah apply selama setahun sampai cikgu penasihat Puteri Islam suh aku jadi moderator ajar ahli2 dia cekik leher lilit shawls. Persoalannya, layakkah? Gilers!!! (plural tu, tahu?)
My favorite, tudung bawal. Dulu zaman sekolah menengah, masa mula2 keluar tudung bawal mahal giler kan. Mana mampu. Aku beli yang bawal ciplak jer kat kedai, kat pasar malam. Tu pun mahal giler. Mana mampu nak pakai bawal 2, apatah lagi berangan nak pakai bawal 1 yang jarang tuh. Tengok jer la makcik2 kaya pakai sengan sulam lebat keliling tudung. Aku layak tudung bawal 3 jer time tu, keras kejung jer, ada bunga sikit2. Layak la kan, pakai pun herot, lipat tudung jadi bulat gaya ustazah2. Sekarang orang dah jarang pakai tudung bawal kot. Makcik2 dok syok pakai tudung awning, anak2 dara dan mak2 dara awal 20-an ke 30-an sibuk nak lilit2 selendang. Tak caya cuba p Jalan TAR tengok tudung pe orang kerap pakai. Aku tak tahan tu, anak2 dara dok boh bunga sejambak besaq atas pala dengan reben besaq segala! Tengok dalam majalah ok kot, bila aku tengok kat luar aku rasa sedikit pelik. Tapi tu depa punya pilihan la kan. As long ko confident dan rasa suitable dengan diri masing2, itu terpulang la kan. Aku bukan mengeji mereka2 tu, aku cuma not into it je. Serius aku respek budak2 muda sekarang berani pakai tudung gaya macam2 tu dengan baju mix and match yang berwana-warni. Aku pun tak berani. Penah try sekali warna-warni aku rasa WTF yer. Back to hijab! Aku pakai jugak tudung2 lain, tapi rasanya bawal suit me better. So, aku nak kembali ke alam 'bawal' tak nak tinggal bawal. Sekarang pun aku berselang2 pakai shawl dengan bawal ke sekolah. Bawal buat aku lagi cun kot. Hahahaha! But, shawl makes look cuter and younger! See, I'll keep wearing them coz they give me strong reason to wear them : cun, cute, young! :)

22 February 2011

~Emo tu buat aku sentap~

Aku bukan kaki sentap. Tapi bila sentap..... apa salah aku kalau orang lain exploitasi komen aku? Komen motivasi tuh. Kenapa nak kena emo kat aku?

20 February 2011

~Jom join Faceblog~

Hi semua. Saya dah join Faceblog. Faceblog tu hape? Lebih kurang Facebook la jugak, boleh chat, boleh tau bila kawan2 update blog. Fungsi lebih kurang sama dengan Facebook : cari kawan tapi Faceblog cari kawan melalui blog. Saya dapat tahu dari blog Cik Alya a.k.a Boolat.

Ok, ni copy bulat2 dari Faceblog. Jom join ramai2 :)

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH


Edit

~Kata sharing is caring.......dan aku belajar jangan ikut lemah orang lain~

Panas terik memaksa kaki berulang alik ke kantin mencari air masak. Bekal air di bilik guru dah habis, kena la cari stok. Ramai cikgu pagi melepak selepas waktu sekolah. Kebetulan masa tu aku tak de kelas. Tumpang sekali makan bubur cha-cha. Manis giler! Aku dok dengan Kak Maizan, Zati dan Kak Najwa. Sebelah kami ramai la warga pagi lain, umur baya2 aku jugak. Walaupu Kak Mai dengan Zati tu dah ke pagi, hakikatnya hati masih di petang. So, kalau ada pilihan masih duduk makan, borak dengan geng2 petang. Sambil makan dengar sorang2 mencanang cerita kelemahan masing2 selepas melalui zaman perkahwinan. Tak sangka suka dan gembira berkongsi sampai gelak mengilai2. Mujur anak2 murid dah masuk ke kelas.

"Aku tak reti isi minyak kereta."
"Habis sapa yang isi?"
"Laki aku la."

Habis kalau laki out station sebulan, macamana? Minyak dalam tangki boleh tahan sebulan?

"Akak plak tak reti isi angin keta. Macamana ek nak isi?''

Semua pun hahahahaha. Kak, kalau tetiba nak kena emergency nak jalan jauh, nak kena check angin tayar, macamana nak buat?

"Aku pas kawen tak penah p bayar bil. Semua laki aku yang buat. Dah lupa macamana nak p bayar.''

Untung akak bersuami begitu. Tapi kalau tetiba suami sakit, tak boleh g bayar bil macamana?

Aku tengok Kak Mai, Kak Mai tengok aku, dan kami......senyum :)

"Teruk la kalau macamtu Fizah. Takkan semua nak harap laki kita buat sampai ke hal yang remeh temeh macam tu. Suami ada banyak benda berat lagi nak kena fikir.'' kata Kak Mai slow2 kat aku.

Mmmmmm. Betul juga. Dah terdengar, buat iktibar je la, jangan jadi begitu nanti. Kalau 100% mengharap suami, apa pula sumbangan isteri? Takkan menjaga makan pakai, kerja rumah dan kilang anak jer? Suami pun mengharapkan isteri tahu berdikari menyelesaikan kerja2 remeh begitu.

Pernah di masa yang lain aku mendengar 'sharing' pasal keburukan suami masing2. Masya-Allah. Aku tak mahu cerita. Aku mengenangkan apa perasaan suami2 itu kalau mendengar isteri tercinta bercerita hal2 di rumah secara berjemaah. Dan kebetulan lagi aku mendengar 'kisah dan teladan' tu dengan Kak Mai. Kak Mai boleh dianggap senior la, umur dah 40-an tapi tetap maintain muda. Bila kami dengar kisah2 macam tu, kami diam, kami senyum. Ye, aku tak kawen lagi tapi aku tau adab 'menjaga cerita dalam kain sendiri' jangan sampai mengaibkan pasangan walaupun dalam kalangan kawan2 kamceng. Malu la aku dengar. Tu la jadi bila berkumpul ramai2 dan dah tak ada topik hangat semasa nak dibincangkan.

Aku bersyukur diajar berdikari sejak mula lagi. Kalau takut memandu jauh, aku tak balik kampung. Kalau takut bertanya, aku sesat. Kalau aku pendiam, aku tak ada kawan. Dulu aku kerap juga bertanya harga barang2 yang aku minat time window shopping kat 'dia' tapi 'dia' buat2 tak layan dan tanya aku balik, ''orang ni tokey kedai ni ke? Nak tau tanya la kat tokey tu.'' Dan alhamdulillah sekarang aku dah tak buat benda tu lagi. Betul jugak, nak tanya harga tanya tokey kedai la, watpe tanya orang yang datang sekali dengan kita. Hari tu jalan2 dengan kawan lama yang dah berkahwin dan kawan aku ulang soalan yang sama kat aku tiap kali tengok barang yang dia berkenan. Aku nak gelak gak, teringat aku dulu2 macamtu dan selalu kena sound. Dan satu hari aku cakap kat 'dia', ''awak, sekarang orang paham apa perasaan awak tiap kali orang tanya harga barang yang orang berkenan kat awak.'' Dia senyum. aku dah diajar berdikari sebelum kawen dan harap kekal sampai sesudah kawen.

Aku belum kawen, orang belum kawen biasanya sangat berdikari. Macam kawan aku kata, dulu sebelum kawen boleh drive g mana2 saja, tapi bila dah kawen stereng kereta tu macam dah diturunkan kuasa untuk kegunaan suami jer. Isteri jadi ko-pilot. Bukan dulu berjanji nak share semua sama2 ke? So, kalau kisah share semua sama2, apply la even masa driving. 'U penat? Takpe, I drive pulak.' Baru betul2 sharing everything. Bukan semua benda boleh diharap pada suami, tapi kena ingat bukan semua benda juga kita boleh buat sendiri. Pikir apa yang sesuai pada masa yang sesuai.

Kenapa malam ni aku serius ye? Aku tengok cerita anjing2 bijak kat Antartika kat TV3 ni. Kalau anjing pun boleh pikir inikan pulak kita manusia. Apa yang perlu disimpan, harap simpan. Jangan buat semua orang tahu cerita suami, isteri, anak dan rumah tangga kita. Nak ke nanti tetiba kita terdengar orang berbisik, ''oooo, ni la suami si ........ yang kelam kabut nak buat apa semua tanya....... yang dia cerita ari tu ye.'' Harap dijauhkan.

18 February 2011

~Esok sabtu, aku keje~

Baru habis menonton movie Semerah Cinta Stilleto (SCS) Lisa Surihani dan Farid Kamil. Tah kenapa kalau ada banyak koleksi citer melayu, citer Farid Kamil la tergolong kategori last aku akan tengok. Nape ek? Bias betul. Tapi citer ni best jer, takde la watak si Farid ni tak best. Lisa comel. Syok kan kalau aku secomel itu. Hehe. Berangan!
Tengok SCS sambil menulis buku rekod mengajar. Dedikasi sungguh kan siap bawak balik dan tulis di rumah. Kalau 2-3 tahun lepas bawak balik dan tulis buku rekod di rumah dah jadi perkara biasa tapi sejak tahun lepas aku akan tulis buku rekod masa datang sekolah sebelum bunyi loceng pertama. Datang awal dan tulis buku rekod di sekolah. Jarang2 sangat aku bawak balik buku rekod macam malam ni. Nape tak hantar buku rekod kat office lagi? Esok ada sekolah ganti la, so hantar esok la. Esok sekolah ganti, minggu depan merentas desa. Aku jadi hakim penamat. OK, tu cerita next saturday k.
Selalu kat sekolah korang ramai budak datang tak masa sekolah ganti hari sabtu? Masa mula2 posting dulu, budak tak suka datang sekolah ganti, alasannya ada tuition. Tapi mula tahun lepas, budak2 dah rajin datang sekolah ganti. Ni boleh digunapakai untuk budak2 Ting.1 je la. Budak2 Ting.2 konon dah taiko sikit, depa malas mai sekolah ganti. Kalau dulu budak sikit sampai kena combine kelas, sekarang tidak lagi. Cikgu boleh mengajar dengan aman dan damai sebab kelas dah tak campur dan selalunya budak2 nakal dari PA tahun lepas tak datang sekolah. Yang datang hari sabtu kebanyakannya budak2 baik dan nak belajar. Masa sekolah ganti aku suka buat revision jer. Boleh tumpu kat sorang2 budak yang tanya soalan lebih daripada hari2 biasa. Selalunya kalau budak datang sikit kena buat macam tu je la, kalau tak kena ulang balik topik yang sama in the next class sebab ramai tak datang. Nanti budak2 yang datang tu boring blajar benda yang sama 2-3 kali.
Sekarang aku nak tengok UP. Cerita takde motif kan. Saje jer nak kabo esok aku sekolah, korang cuti. Bubbye.



p/s: malam ni bulan cantik. Kalau ada lens 200mm, aku dah snap bulan :)

17 February 2011

~Tag daripada Meya l ADA APA DALAM BEG ANDA~

Beg merah ang2 baru cikgu. Dari jauh bleh tengok Cikgu Fiza nak p kelas kat Blok E.


Mau lihat isinya?????

Mau???

l

l

l

V


Dompet Louis Vuitton celup :P

Dettol, tisu lembap dengan oil control film kena ada. Instant sanitizer ni penting lagi2 bila berhadapan dengan budak2 yang aktif giler (paham maksud saya?). Film tu plak, paham2 la cikgu ngajar petang muka pun cepat berminyak. Kalau boleh guna untuk goreng telur......

Minyak Dua Singa dan Vick memang selalu kena ada sebab makcik ni stok2 kerap sakit kepala, migrain sayang sangat kat makcik, sikit2 nak datang menyerang.

Vaseline, minyak wangi Cosway, lipstick Nutrimetic yang super lembap dan super murah (RM7 jer!), BB cream yang Pn.Bunga promote ari tu (best! TQ Bunga), krim pelembap Silky Girl (dapat free tapi best), eyeshadow In2it, bedak compact, . Adoi! Semput nak sebut dalam 1 napas!

Kadang2 sekolah pun boleh tak de letrik la.......

Dah namanya cikgu, pen wajib la ada.

Jangan jeles bekas mekap merah tu makcik beli dengan harga 90 sen je ye anak2. Tempatnya kat P.Buntar.

Ni isi beg wajib ada tiap2 hari KECUALI handphone cikai kan kunci keta yang makcik tak mo tunjuk kat anak2 kat sini ye padahal makcik lupa nak snap, dah tu dah malas nak upload lagi :P

-Tammat-



Sorry Meya, lambat betul nak balas tag kamu. Nampak sungguh ke'busy'an Cikgu Fiza ini. Pasrah! OK. Tamat kisah selongkar beg orang ala2 Awal Ashaari dalam Fuhhhh tapi bezanya ni handbag cikgu bukan handbag artis walau pun anak murid aku panggil aku 'cikgu artis' dan asyik tanya bila cikgu nak photoshoot lagi. Hampeh kan anak murid aku :P

~TEAM MEDICAL DRAGON l Iryu~



Dr. Asada Ryuutarou
Dr. Ijyuuin Noboru
Dr. Fujiyoshi Keishi
Dr. Arase Monji
Dr. Kitou Shoko
Satohara Miki

Tak mau sebut semua nama dalam Team Medical Dragon season 1 sebab nama2 ni jer yang stay ada dalam season 2. Season 2 tambah dengan Dr. Toyama Seiji yang hensem, nama TOYAma tak bermaksud dia toya. Mula2 ambil kat adik aku season 1 and 2. Pastu gila gelak, senyum, nangis sorang2. Siap feeling2 dengar ost drama ni kat youtube, rasa tenang dan bersemangat. Tu rasa aku kena share kat sini tu. Asal drama ni daripada manga bertajuk Iryu. Kagum la aku kat Jepun ada manga pasal sergeon!
Dulu aku cukup takut tengok drama atau movie yang ada main pisau bedah kerat2 orang ni. Zaman sekolah dulu ada ER la dengan drama pe tah lagi 1 aku lupa tajuk pasal bedah2 ni. Gatai nak tengok, konon nanti besar kot2 la sangkut jadi doktor ke, tapi hampeh, tengok celah2 bantal bila keluar part darah banyak dan doktor tu tebuk bedah orang. Terus lupakan niat nak jadi doktor walau sangat gila suka kat Biologi. Semangat Bio sampai sekarang tak hilang. Cuba tanya soalan Bio, gila giat nak jawab tapi terpaksa redha ngajar Sains Ting.1 jer. Dulu ada sorang budak tanya pasal Chem, pasal Bio..... dah lupa daratan nak cerita level Form 6, lupa tu baru budak Form 1 :P. Nasib baik budak tu baca Readers Digest, agak2 paham la apa cikgu expain. Huhuhu.
Melalut! Aku tak sangka aku boleh gila tengok siri ni. Pembedahan tu tunjuk real punya, siap nampak jantung gerak2, guna pisau bedah jantung, darah pancut2. Tangan doktor mana la yang buat pembedahan tu kan....Aku rasa faktor utama sebab doktor dia hensem macho sangat kot. Hahaha. Gila kentang slumber buat pembedahan cara sendiri. Bukan suka2 hati tebuk jantung orang, tapi dia guna teknik yang logik, bukan betul2 ikut prosedur buku kitab medical tebal2 tu. Macamana nak expain yer? Dia kira doktor kreatif dan inovatif la yang menperkaya teknik pembedahan sedia ada. Tak tau la klentong ke tak sebab aku bukan budak madic pun, takat tahu label parts jantung tau la : aourta, vena kava, ventrikal kiri kanan etc. Arghhhh! Rindu Bio!
Dari drama ni aku tau pasal Batista Procedure (reduction left ventriculoplasty) invented by pakar bedah Brazil nama Dr. Randas Batista. Season 1 dan 2 memang tak putus2 sebus pasal pembedahan Batista ni. Kira boleh belajar gak la. Pakar bedah dah macam tukang jahit dah aku tengok. Asyik tukar2 jarum nak jahit luka : 4-0, 8-0 etc. Best! Tengok la. Aku yang penakut dulu boleh terbeliak mata tengok dah tak payah cover2 tengok celah bantal dah. Teringat dulu kat KMPP dok bedah jantung. Hebat kan, tapi hasilnya sekarang bukan seorang doktor tapi seorang cikgu. Macamana perasaan jadi doktor ye? Orang kata ibu bersalin nyawanya di hujung tanduk, doktor bedah plak macam bermain dengan nyawa pesakit di hujung tanduk?

Sinopsis Team Medical Dragon Season 1
Sinopsis Team Medical Dragon Season 2
Sinopsis Team Medical Dragon Season 3
Batista Procedure

Aku pun tak tengok lagi Season 3. Kat Jepun pun baru abis tunjuk Season 3 Dec 2010.

Nak tengok doktor2 hensem tak? Tengok la citer ni. Kalau doktor semua hensem2 macam ni, rajin aku p hospital :P

15 February 2011

~Hari lahir Baginda vs v-day : buat pilihan yang betul~

Mood : jiwang tapi bermotivasi.

Bangun mengejut! Tadi aku lena depan lappy dengan huduh sekali yakni meniarap dengan kepala senget berbantal lengah. Hadoi, sakit tengkok aku. Tetiba terasa sunyi. Indahnya kalau buka mata ada orang tersayang kat sebelah, berdengkur pun lantak p la, sebab bunyi dengkur tu buat aku ingat ada orang kat sebelah. Buka mata, tengok dia, dia senyum dan aku boleh ucap ''selamat pagi cinta'' dan dia kiss dahi aku. Wah! Geli ke? Aku romantik gak....kadang2. Hahahaha. Nanti ye, tu kalau ada jodoh. Apa hal le jiwang pagi2 buta nih? Baik la menginsafi diri ke menginsafkan diri, aku selalu confuse tatabahasa bahagian ini. Tadi anak murid aku, Chinese, tanya aku, ''teacher, u tak sambut Valentine ke hari ni?'' aku jawap ''No''. Aku pernah sambut ke? Tak penah rasanya sejak dulu lagi. Bukan tiap2 hari boleh berkasih sayang ke? Hari ni 12 Rabiul Awal, hari lahir Nabi Muhammad saw. Tu patut ingat kan, lebih baik daripada ingat hari valentine. Apa ke jadah hari valentine baru terhegeh2 nak beli bunga, nak beli teddy bear and choc? Aku dapat Hello Kitty and choc ari tu special jugak, takyah tunggu v-day ni pun baru nak rasa gift tu betul2 bermakna. Kalau orang kita sayang bagi something tak kisah la hari apa pun sure kita suka, kita sayang, bukan payah tunggu hari2 tertentu pun. Macam birthday sendiri pun, dulu zaman muda2 remaja, time study, gedik jugak nak sentap2 kalau orang2 tertentu tak ingat birthday aku. Mak lupa birthday aku siap tertukar dengan tarikh lahir Angah ngan Pipah pun boleh sentap. Siap nak hadiah lagi dan yang pasti hadiah tu bukan sebijik tembikai macam bila aku dapat no.1 dalam kelas macam zaman sekolah dulu. Astagfirullah, riak pulak kau ye. Sekarang, cukup la orang2 tersayang ingat dan doakan aku, dah tak demand hadiah lagi. Hehehe. Tapiiii, kalau orang bagi aku lagiiiiiiiiii suka :)


Salam Maulidur Rasul. Esok cuti. Rehatlah di rumah dan tanda buku anak2 murid adalah lebih baik daripada keluar menghabiskan duit. Amin~ insaf dah rupanya aku :)

13 February 2011

~Lu sasau ke beb?~

Ke hadapan isi dompet tercinta,


Sayang, saya makin sedih sebab awak makin kurus sekarang. Semalam saya belanja tak hengat kat Jalan TAR. Lagi2 bila saya sudah import sorang pembeli barang tegar dari Bentong. Saya keluarkan awak bagi kat banyak orang. Mula2 saya bagi awak kat makcik jual nasi, tak pe la yang ni awak tolong saya tambah tenaga sebab saya nak kena jalan2 sampai petang yang redup.....oh, bukan petang sangat la,saya balik malam. Kemudian ada sorang brader tu cakap ''adik, blous cantik, 2 RM30.'' Haah, btol la cantik. Brader, lu ni rabun pe ingat saya ni budak2 U lagi ke? Dah tua dah T__T. Saya berkenan sangat blous putih tu, putih kan lambang kesucian. Saya tengok Ina, Ina cakap ''apa lagi, hang 1 aku 1.'' Saya tengok awak, eh tak, tak tengok lagi pun, baru terpikir, pastu awak kata 'takpalah, demi awak dan kesucian...lagipun brader tu kata awak cantik, saya bangga jap ni.' saya bayar RM30 kat brader tu. Pasni Ina kena bayar balik RM15 kat aku la, takde maknanya aku blanja dia sebab dia dah dapat elaun khas dari hubby dia. Hahahaha. Kemudian jalan lagi. Saya kan nak cari beg sandang baru untuk awak duduk dengan selesa. Beg lama ni dah banyak koyak sebab saya selalu isi awak sama2 dengan En. Nick-yang-besar-dan-berat. Cian awak selalu sempit kan. So, saya decide nak cari 'rumah' besar sikit kat awak. Pastu, awak demand, nak rumah kaler merah jer. Kaler lain takmau, pastu takmau rumah sempit2 lagi dah. Ooo, demand ye awak. Penat saya jalan tau, sampai hujung Jalan Masjid India baru dapat rumah baru, eh, beg baru kaler merah. Yang ni, sungguh cepat awak nak keluar dari dompet saya kan, awak memang tak sayang saya mentang2 yang jual tu awek baya2 budak form5. Benci! Awak cakap tak, awak sayang saya, yang keluar bertukar tangan p kat awek jual beg tu cuma pembantu awak jer. Awak nak dok dalam rumah baru. Cet. Hilang RM25! Bersyukurlah dapat beg merah baru =__= Pastu, Muaz! Eh, dia ni berhantu la. Semua pakai longgok2 jer. Pastu ramai plak manusia suka kat dia daripada makcik, atok,kakak, adik, adik2. Muaz ni bukan pakwe baru, ni kedai tudung, kain ela, baju2 etc. Tudung apa nak? Syria? Shawl? Awning? Pusing? Tak pusing? Last2 kepala aku yang pusing. Tudung awning RM2, tak ke harga gila tu! Bagi lagi awak kat mamat bangla cashier Muaz tu. Awak redha je la. Bye2 sayang, awak dok dengan bangla tu k. Kan, tengok, awak tak merasa dok dalam beg merah tu kan. Ada lagi saya beli, tapi tak mau la cerita kat sini, malu la semalam saya tamak sangat. Tapi awak sayang saya, awak tak kisah pun saya bagi awak dok dengan orang lain pun, awak rela jer. Awak ni sayang saya ke tak?




Yang benar,
Penyimpan isi dompet (sementara)
p/s: saya sayang kamu!

11 February 2011

~Adakah ini tanda sayang?~

Situasi 1:
Semasa berjalan keluar dari surau pas solat Asar.

A : Cepat la cakap!
B : Malu.

(Pe kes budak 2 orang ni?)

A : Cepat la. Cikgu sorang2 tu.
B : Cikgu.
Aku : Ye?
B : Cikgu comel la.
Aku : Hah? Oh, TQ.
(aku ada ajar budak 2 orang ni ke?)


Situasi 2:
Koridor Blok E tingkat 3.

Budak A : Cikgu, nak salam.
Aku : Ok.
Budak B: Cikgu, nak salam gak.
Aku : Ok.
Budak C : Cikgu, salam.
Aku : Ok.
Budak D: Cikgu, nak salam.
Aku : Ok.

Dan lagi, dan lagi, dan lagi.

Arghhhh!

Aku : Ok, ok dah. Senget dah cikgu nak jalan dengan buku banyak nih.
(aku ajar korang ke? eh, aku tak ajar 1G.)


Situasi 3:
Kat mana-mana jer dalam sekolah.

Budak-budak : Hai cikgu comel.
Aku : Ye. Hai.
Budak-budak lain : Hai, lau se'. Wa an. Bye2 lau se'.
Aku : Hai. Wa an. Bye.
Budak-budak lain daripada di atas : Hai teacher. You so pretty today.
Aku : Everyday I'm pretty :P


Situasi 4:
Bilik guru.

Budak R: Teacher, today got Science aaaa?
Aku : No, not your class.
Budak R : Aaaaa :(


Situasi 5:
Lepas keluar kelas relief Peralihan 2.

Budak H : Cikgu, u mau ini aaa?
Aku : Ini gula2.
Budak H : Ha. U mau ke?
Aku : Tak mau. Tak pe, u simpan nanti baru makan.
Budak : Hait! Bye2 lau se'



Cukup la. Adakah ini tandanya budak2 ni sayang aku?

10 February 2011

~I love u~

Aku telah berjaya 'menjinakkan' sorang budak yang agak 'hiper' dalam kelas 1K hari ini. Syukur! Bukan hiper sebab apa, dia rasa silibus tu dia dah tau, kawan2 lain a bit slow la nak paham dan dia faham on da spot, dia boring pastu kacau orang. Hari ni dia dah baik dan tekun jawab soalan yang lain daripada kawan yang lain. Senyum lebar sebab 'mummy' cakap ini special for u coz u r clever boy. Kes malas salin pun satu hal, maka anakku, silakan menjawab di dalam kertas yang 'mummy' dah sediakan. 1 and only, just for u. Actually, soalan tu untuk homework kelas 1B. Aku pun tak berani nak bagi kelas hujung2, tapi aku rasa dia boleh buat, and guess wat dia boleh buat 3 of 4 questions! Bagus la kan. Selalu buku nota dia salin half of the notes and exercises dia dah give up malas buat, pastu g kacau orang tapi hari ni aku sia keje tu tanya nak kena wat pe lagi? So, from now on, u've got different type of exercise, same topic but quite hi-level from ur friends. So tadi aku tengok dia tekun semacam and keep asking question, yes, aku boleh senyum. He's not that bad! But, the bad thing is, anak2 kelas aku dah agak ok, ada anak orang lain terlepas plak! Tak ke tensyen aku ni nak kena jaga anak orang. Anak sendiri dah 36, nak tambah lagi 4-5 kepala budak2 nakal kelas lain yang terlepas? Aku cari sapa 'mak pak' depa sampai dapat! Sebab tu aku seboleh2nya control 'anak2 aku yang baik2' belaka tu jangan sampai terlepas kandang, ponteng kelas; nanti depa kacau kelas lain. Cikgu2, tolong jaga 'anak2' korang tu jangan ponteng ke kelas orang lain. Tak terjaga anak sendiri nak kena jaga anak korang plak. Benci! Ops! Ni iklan...

Tadi aku dah kenal ada lagi sorang maybe boleh bagi extra works macam budak tadi, tapi tahap dia low sikit la, yang ni minat culculation. Boy jugak. Some of them memang pandai Science tapi sebab BM teruk, kena masuk kelas Peralihan atau terpaksa dok kat kelas2 hujung. Good in Science doesn't mean good in every subject kan. Hukum alam la semua tu. Aku ok Sains tapi aku looser akaun even tahap PMR dulu2!

Pas ni iklan lagi....

Apasal anak2 sekarang dah makin kurang ajar dengan guru? Ada yang macam tak tau batasan nak cakap dengan cikgu macamana. 24 jam ingat cikgu suka2 nak bergurau dengan depa. Aku selalu cakap ''gurau tu gurau jugak, jangan 24 jam nak bergurau dah la. nanti orang benci!'' Sekarang nak hi-5 dengan cikgu time cikgu jalan keliling kelas tengok depa wat keje, panggil cikgu kelam kabut just to say ''teacher, peace!'', cikgu marah berapi2 depa boleh senyum kerang busuk and more ''cikgu, tulisan cikgu hari ni cantik''-just sebab aku denda tak siap kejeingat nak dapat belas ehsan, padahal tulisan aku tiap2 hari macam tu. Then, aku selalu ulang ''jangan jadi kurang ajar, kurang bijak takpe lagi, boleh belajar, kurang ajar orang benci sampai bila2.'' Ada jugak yang manja lebih, seriously aku lemas betoi kalau ada budak2 macam ni. Bukan manja sangat la, more to tergedik2 nak tarik perhatian. Cikgu perasan korang semua, jangan risau walau pun nama2 unik korang agak susah nak ingat, tapi cikgu ingat muka korang. Ce tunjuk sifat2 lain yang boleh cikgu kenang selain daripada gedik? Budak2 sekarang tak tau rasa cikgu ni macam mak bapak diorang gamaknya. Kita dulu pikir macam tu, sebab tu rasa hormat tu tinggi betul. Apa cikgu cakap mau telan bulat2. Susun atur ayat sebelum cakap dengan cikgu, salah cakap berdosa. Budak sekarang ingat cikgu macam kawan2 depa kot, sebab tu tak segan silu nak tepuk tampar tangan cikgu ( girls la nih!) siap cuit2 says ''peace!''. Sorry girls, I'm not into that type of teacher. Do respect me as I'm your mother. Nak dengar cikgu bagi syarahan free? Silakan...berdarah la telinga kau!

Cerita seorang cikgu takkan ada 100% happy dalam 1 hari, takkan ada 100% looser dalam 1 hari. Cerita seorang cikgu banyak kaler macam sebaran cahaya melalui prisma. Tapi ada ke cikgu yang tak sayang anak murid?

08 February 2011

Burung ber'party'

8.00-9.30 am:
Di sekolah. Latihan rumah biru untuk merentas desa lagi 2 minggu. Dulu time aku sekolah takde palak latihan untuk merentas desa. Terus redah lari je hari merentas desa tu. Lalu depan rumah sendiri, siap pesan kat mak pukul sekian2 tunggu kat tepi jalan dengan botol air masak. Huhu.

Lepas latihan terus cepat2 jalan nak balik rumah. 'Boleh tido kejap nih! Hahaha.' Biasa la orang takde laki, takde anak, mana de kisah pasal benda lain kecuali tilam bantal. Kalau le boleh lena tadi....

12 noon:
Pergi sekolah macam biasa. Tempat pertama singgah : kantin. Walau pun makanan takleh challenge mak aku masak, kalau dah kat perantauan ni buat2 la berangan macam makan masakan mak. Baru la boleh habis dengan laju. Ari ni ada 5 kelas + 1 kelas relief. Sesi petang ni biasa la kalau dapat relief sebab cikgu tak ramai. Kalau ada sapa2 yang MC ke CRK ke, kawan2 ni kena la ganti secara berjadual. budak2 sekarang tak sebaik budak2 dulu ke? Dulu tak payah relief pun kan. Huhu.

Aku masuk 1K, budak2 perempuan cina menjerit2 sebab ada burung merpati jalan2 masuk dalam kelas. burung tu tak boleh terbang kot2 sayap patah ke hape. tak pun burung tu berminat sangat nak belajar sampai masuk dalam kelas. Budak2 cina ni, anjin depa tak takut. Siap peluk, cium, lambung2 lagi. Tapi bila tengok kucing, burung, siap jerit2 berdiri atas kerusi. Agaknya sama situasi macam aku takut tengok anjing la kot ye.

Masuk kelas 1D di debelah 1K pun burung tu masuk lagi. Tapi budak2 1D ni aku tengok takde la plak takut terjerit2 tengok burung tu jalan2 dalam kelas siap ikut orang berjalan dalam kelas lagi.

''Cikgu, ini sudah masuk 5 kali tau itu burung masuk kelas.''

''Woo. Patut la korang tak takut macam amoi2 kelas sebelah ye.''

Teringat kes tahun lepaskat sini, doktor pernah pesan jangan suka2 hati sentuh burung merpati, takut ada virus yang boleh bawa penyakit. Teringat tu terus pesan kat budak2 ni.

Sambil budak2 1D ni buat latihan Sivik,

''Tahu tak ni burung apa?''

"Pigeon."

"Tu BI. Dalam BM, apa nama burung tu?''

"Burung berpati!" 0__o

Confident giler budak India ni.

"Haaa? Merpati la. Bukan berpati. Dah macam burung ber'party' plak.''

Teruk betoi! T__T



Dah buang gambar header. Nak cari ilham gambar baru plak nanti. Boring tengok header sendiri. Eh, encik2, puan2 dan cik2 followers, TQ follow blog saya. Semalam tunggu sapa la yang nak jadi yang ke-200, tup2 hari ni terus dapat sampai ke-201 :)

Luv ya, followers!

Muahhhh

05 February 2011

~Kenapa bila menyanyi melalak lama2 badan anda berpeluh kuasa maksima?~

Kenapa bila menyanyi melalak lama2 badan anda berpeluh kuasa maksima?




Ye la. Tadi aku melalak. Gilak! Rock kapak zaman Amy Search, Wings, Rahim Maarof Cinta Kristal. Amik ko. Sapa tengok Hantu Kak Limah Balik Rumah? Part Awie nyanyi lagu Cinta Kristal 'terus memancor' tu sempoi ah! Teman suke bebenor. Hehehehe. Cakap macam tengok jer citer tu. Yela, aku tak tengok lagi pun (-__-)', aku tau part lagu tu sebab adik aku cakap tadi suh aku tengok kat Youtube.

Balik kepada persoalan di atas. Ko kalau dah terkinja2, terjerit2 walau pun bukan bawah lampu spotlite, sure la berpeluh. Berpeluh tu kan bagus. Tambah2 time cuti yang asyik makan tidoq je nih. Bawak2 la exercise. Kawan aku cuti ni p panjat bukit. Aku? Ukoq pekan dah tak leh sangat sebab CNY banyak kedai tutup kat sini. Dah tergendala urusan membuang peluh. Tadi aku qada la 3 hari aku bela lemak, buang la sikit2, buat pe kedekut nak bolot semua lemak tu. Sapa nak? Aku boleh sedekah sikit :P


Tengok Cinta Kristal-Awie kat sini (baru la ada something yang 'memancor'!)

Ori oleh Rahim Maarof di sini

** sudah... jatuh cinta kat lagu ni plak

03 February 2011

~Happy Chinese New Year ~

Malam makan busar. Esok talak bole sapu sampah lor. So, jangan buat sampah manyak2 ini malam k. Bunyi melcun sulah lede. Sulah habis main melcun musti manyak sampah kan. Waa, esok talak bole sapu sampah ma. Manyak suwei. Ini malam kasi belesih semua boleh ka apek? Semua olang talak bole tido la apek. Sulah sumbat telinge nengan kapas pun munyi manyak kuat lor. Tak pe la. Laye cina setahun sikali saje. Wa bole tahan telinge nengar itu melcun pom pom pom. Kite kan 1 Malaysia. Nanti raya puasa apek boleh dengar munyi meriam buloh plak kalau ade la. Apek, ang pow ala ka? Bagi wa 1 lor. Wa belum kawen, boleh lapat ang pow lagi kan ini tahun. Kan kan (^^,)



To: Apek, nyonya, aso, popo, leng chai, leng loi etc.

HAPPY CHINESE NEW YEAR: THE YEAR OF THE GOLDEN RABBIT.
May all Malaysians share the prosperity (^__^)

02 February 2011

~Why I Luv Holiday? Macam2 ada...~

Bila di kampung, nafsu untuk mengurangkan ukur lilit perut agak terganggu sebab godaan masakan mak yang takde kat KL mencucuk2 lubang hidung. Kalau kat KL boleh hidup kalau makan sekali sehari, tapi di kampung, cukup masa kena makan. Perkataan 'kena' makan serupa macam 'wajib' makan la. Tahan kena jerit2 panggil makan dari dapur selang seminit oleh orang berbeza2 selagi bontot tak lekat kat tempat makan? Waaaa, gua tak tahan beb. Boleh bayangkan tak? Ulang baca ayat tersebut sampai anta paham situasi sebenar k. Kawan2 yang pernah tidur kat rumah aku tau situasi sebenar itu :P

Tu baru cerita nafsu makan. Nafsu serakah mem'baju' tak tengok lagi. PB banyak baju murah2 dan nice kalau betul2 kena gaya pilihnya tau. Tambah2 kain2 indah untuk buat baju kurung. Hidup sebagai seorang cikgu tegar buatkan collection baju kurung dan kebaya dah overloaded macam perut kenyang nak termuntah dalam closet kat KL. Aku tak mungkin nak ulang situation yang kawan aku penah kena ''cikgu pakai baju semalam ke?'' hanya sebab kawan aku pakai baju kurung dengan latar tanah yang sama 2 hari berturut2. Belajar daripada kesilapan kawan aku itu, aku tak pakai warna yang sama atau corak yang sama marathon beberapa hari berturut2. anak murid scan baju cikgu sebelum belajar. Kalau budak2 yang blue depa scan apa? Wooo, astagfirullah! Fikir positif, mengajar untuk bagi anak2 yang beratus2 tu pandai. Ok, balik kepada baju, oh, I dapat baru. Jangan marah. Tak rugi investment aku kat Angah dulu ek! Hahahaha. Angah dok kat Kuching tu tak joli katak so dia 'agak' kaya berbanding aku kat KL. Hasilnya, gue dapat baju kurung moden pelangi dengan manik mewah kat bahagian dada. Ye, kat dada, kalau manik mewah kat peut, lupakan saja, nanti orang fokus kat perut dan wow, ''asal perut u tak flat macam perut i ye darlink?'' Kan dah rasa bersalah nak pelempang kawan sendiri. Sekarang ramai awek2 gojes kembali ke zaman mak kita muda2 dulu ye. Pakai skirt labuh dengan kemeja la, kardigan, baju cute2 dengan high heels. Rasa comei la plak kan. Jom try! Baju sopan confirm mak aku tak terbeliak mata :)

Cuti ni la baru boleh layan dvd tapi tak buat marathon pun. Every night tengok 1 movie. Dah tengok The Proposal dan Life As We Know It. Dah abis movie, boleh layan sambungan Naruto Shippuden terchenta. Wow, I loveeeeee holiday eve!

I've got new Hello Kitty kawaii. Hello Kitty pink dengan choc! Good combination la kan :)

Kan, see why I love holiday~

01 February 2011



I really miss my bebear :(